Bab 36

Romance Completed 30624

Sudah hampir 1 bulan perkenalan Aizuddin dan Aina. Mereka dilihat serasi bersama. Aina akur yang dia selesa bersama dengan lelaki itu. Aizuddin itu mempunyai peribadi yang menyenangkan.

"Me and my ex-wife jodoh tak panjang. She's cheating on me. masa itu saya ada latihan kenaikan pangkat polis di luar negeri." luah Aizuddin pada Aina.

Malam itu mereka sedang mengadakan sesi luahan di kolam memancing yang bertempat di serdang.

"Kesiannya awak. Dah ada anak?". Aina bertanya.

Aizuddin tersenyum. lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya dan di hulurkan pada Aina.

Aina tersenyum melihat gambar seorang budak perempuan sedang memeluk patung beruang.

"she's cute. berapa umur dia?".

"5 years old". kata Aizuddin, matanya fokus membetulkan umpan pada mata kail jorannya.

"But she stay with my mom. Hak penjagaan jatuh pada saya kerana anak saya memilih saya dan saya ada bukti kecurangan my ex-wife semasa di mahkamah." Terang Aizuddin tentang kisah hidupnya.

Aina hanya menggangguk sambil memandang Aizuddin. Kisah hidup lelaki ini tidak seceria peribadinya.

"Nanti saya bawak dia jumpa awak ok". Kata Aizuddin

Aina tersenyum suka . "sure".

"Then how about you?". Pandangan Aizuddin di halakan pada Aina di sebelahnya.

Aina tertunduk senyum. "Saya dan dia tak sehaluan. Kami berkahwin atas dasar amanah."

"Then?". Tanya Aizuddin lagi Berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

"Dia tak boleh terima saya. Kami bawa haluan masing-masing sekarang ni. Tetapi masih sah suami isteri hanya pada nama". Aina tersenyum hambar.

Aizuddin hanya ralit memandang Aina. Gadis ini dari tadi tak lekang dengan senyuman. Banyak perasaan sedih yang dia sembunyikan. Kisahnya Aina ini tidak kurang sadis seperti kisah dia juga.

"Awak tak minta cerai? Kenapa biar tergantung hubungan ni? kalau dah masing-masing tak boleh ngam". tanya Aizuddin hairan.

"Saya hanya tunggu lagi sikit masa sebelum saya yakin nak buat keputusan macam tu. Saya lebih suka kalau dia yang bertindak. Jika dari bibir dia yang lafaz menerima dahulu, biarlah dari bibirnya juga lafaz untuk melepaskan. Itu keinginan saya kalau boleh."

Aina kelihatan seakan berkaca matanya. Sayu hati Aizuddin melihat.

"Dia tak cari awak?". Tanya Aizuddin lagi.

"Tak pun. Saya rasa dia lagi suka bila saya tak ada mungkin". Balas Aina sambil menjongketkan kedua bahunya.

"Kesian awak juga. Macam terseksa. Tapi saya percaya yang awak ni kuat". kata Aizuddin.

Entah kenapa Aina terasa sangat lega bila berkongsi masalah kisah hidupnya kepada lelaki itu. Aizuddin itu memang kawan sejati yang kata-katanya menyenangkan hati.

Tiba-tiba joran Aina bergetar. "Hah, ada ikan !". teruja Aina ingin menarik joran itu tetapi di tegah oleh Aizuddin.

"Eh takpa biar saya buat, nampak berat sangat tu sampai ke bawah joran awak". Kata Aizuddin.

Aina hanya membiarkan perlakuan Aizuddin itu.

kelihatan Kereta Audi R8 berhenti di hadapan rumah sewa Aina. Aizuddin tersenyum memandang Aina yang lena di buai mimpi pada kerusi di sebelahnya.

Di terokai wajah bujur sirih Aina yang comel itu. Alis mata yang lentik. hidung cantik terletak serta bibir yang nipis sedikit itu sangat sempurna di matanya. Sungguh dia jatuh sayang.

Lalu di bisikkan perlahan pada gadis itu. "Aina... bangun, kita dah smpai."

Aina yang terasa ada hembusan nafas pada mukanya itu terjaga. Di lihat jam pada tangannya itu menunjukkan pukul 12 malam. Nasib baik esok hari cuti.

"Eh, sorry saya tertidur. Saya tak tahan mengantuk sangat. Air cond pulak sejuk sangat sedap tidur". sengih Aina malu.

Aizuddin tergelak. "Tak apa saya faham. Thanks teman saya mancing kat kolam malam ni".

"Oh, tak dak hal. Saya pun suka buat aktiviti outdoor ni. Lain kali kita pergi lagi ok?". Balas Aina ceria.

"sure, dah pergi masuk cepat saya tunggu awak". Aizuddin memberikan arahan pada Aina untuk segerakan langkahnya. Maklumlah dah lewat malam.

Aina yang menutup pintu kereta milik Aizuddin itu lalu melambaikan tangan ke arah lelaki itu sambil bergerak masuk menuju ke dalam rumah.

Sejurus Aina menutup pintu rumah, Kereta Audi R8 itu bergerak meninggalkan perkarangan lorong rumah.

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhati pergerakkan mereka.

******

Yazid yang melihat Syafiq berdiri dan kelam kabut bangun mencari sesuatu itu terus di tegur.

"Kau nak pergi mana tu?".

Syafiq memandang Ke arah Yazid semula bila bungkusan plastik berwarna putih itu dia gapai.

"Aku nak naik pergi bilik Tuan Aizuddin kejap. Ada barang dia kirim masa aku nak keluar lunch tadi."

Setelah itu Syafiq terkejut dengan kehadiran Aizuddin yang tiba-tiba di mejanya. Terus dia membuat tabik hormat. "Tuan !".

Anggota yang lain ada di situ juga bertindak perkara yang sama.

"Saya baru je nak naik ke bilik Tuan tadi. Sorry, Tuan tunggu lama ke?." Kata Syafiq.

"Eh takpa-takpa, saya dah turun ni alang-alang saya singgah ke meja awak nak ambil". kata Aizuddin

Lalu plastik putih itu bertukar tangan.

"Banyak betul coklat tu Tuan. Tuan suka makan coklat ye? sebab saya tengok semua flavor sama aje". Tanya Syafiq.

Yazid yang dari tadi hanya menjadi pendengar terus terhenti pergerakkan tangannya pada tetikus komputer. Dia terus memasang telinga.

"Haah saya suka, kawan saya yang ajar makan coklat yang ni mula-mula dulu. Lepas itu, saya terus tak boleh lupa."

Kata Aizuddin sambil tangannya mengeluarkan 2 kepingan coklat cadbury black forest itu dan satu di hulurkan pada Syafiq dan dia juga bergerak sedikit ke meja Yazid serta di letakkan atas meja lelaki itu.

"Makan tau". Kata Aizuddin tersenyum kepada Yazid.

Yazid mengerakkan sedikit kepalanya.
"Terima kasih Tuan".

"Eh tapi Tuan, ni ada duit lebih lagi." Syafiq menghentikan langkah Aizuddin yang ingin berlalu dari situ sambil menunjukkan duit RM20".

"Tak apa , ambil je itu upah awak sebab tolong belikan".

Kata Aizuddin dan bergerak meninggalkan perkarangan unit traffik itu. Ada senyuman sinis di balik wajahnya itu yang di tujukan pada Yazid !

"Baiknya Tuan Aizuddin tu. Orangnya pun dah la handsome. Tapi handsome-handsome pun duda ye. Rugi bekas bini dia tu. haih...dunia...dunia". Ngomel Syafiq sendiri.

Mata Yazid yang terpaku pada kepingan coklat hadapannya itu mehanan rasa panas yang membara di hati.

********

Seorang budak perempuan berundur sedikit kemudian dia bersembunyi di balik sepasang kaki ayahnya sambil memandang sedikit ke arah wanita itu. Dia berasa tidak selesa pertama kali berjumpa dengan wanita itu.

"Hei, kenapa menyorok belakang papa ni? go , salam Aunty tu". Arah Aizuddin kenapa anaknya itu.

Aina yang melihat kelakuan kanak-kanak perempuan itu tersenyum sambil menundukkan badannya sedikit ke arah kanak-kanak itu.

"Awak ni comel la, siapa nama ni?" Tanya Aina kepada budak perempuan itu.

"Aizura". balas budak perempuan itu.

"Manisnya nama...macam tuan dia". Lantas di cubit perlahan pipi itu.

Aizuddin hanya tersenyum memerhati gelagat dua gadis kesayangannya itu.

'manis juga yang bertanya ini'. Bisik hati Aizuddin.

"Awak nak kawan dengan Aunty tak?. Aunty tak ada kawan". Aina mencebikkan mulutnya sedih.

Kemudian, budak perempuan itu perlahan-lahan bergerak keluar dari bersembunyi di belakang ayahnya dan menuju dekat dengan Aina.

Budak itu kemudiannya memegang pipi Aina yang di lapik seledang merah hati itu.

"Aunty jangan sedih ok. Zura nak kawan dengan Aunty."

Tersenyum riang Aina memeluk Aizura.

"Habislah papa lepas ni, Zura dah ada best friend. Mesti lupa kat papa". Acah merajuk Aizuddin pada anaknya.

"Mana ada la papa ni, zura tak lupa papa pun". Kata Aizura yang mendongak memandang ayahnya yang tinggi melangit itu.

Riang Aina melambai ke arah Aizura yang sedang seronok bermain di gelongsor permainan di dalam pasaraya itu.

"Zura tu susah nak mesra dengan perempuan dewasa lain selain my mom and my sister sejak i ambil dia dari mamanya."

"Kenapa Zura macam tu?". tanya Aina.

"My ex-wife kasar dengan dia. Segala masalah dia lepaskan pada Aizura." jelas Aizuddin.

"Kesian Aizura. Kecil-kecil lagi dah merasa kena macam tu". Aina menghembuskan nafas berat.

"But I'm impressed yang awak boleh attract attention anak saya". Kata Aizuddin kagum dengan Aina.

"Well of course, aura saya kan kuat." kata Aina membanggakan diri di hadapan Aizuddin itu.

"Hmm kuat sangat sampai papa dia pun tertarik sekali". kata Aizuddin berseloroh.

"Yang papanya tu saja gedik !". Aina memutar bola matanya ke atas.

Riaksi wajahnya itu di sambut oleh ketawa Aizuddin.

"Aunty balik dulu tau. Nanti kita jumpa lagi ok?". Tanya Aina melutut sambil memandang Aizura.

Aizura hanya mengangguk faham kemudian tangannya di lepaskan dari genggaman tangan Aina dan menuju ke arah ayahnya.

"Awak park kereta kat mana?". Tanya Aizuddin.

"Saya park dekat atas, awak pulak?." Jawab Aina yang memikirkan keretanya pada parking bertingkat yang di sediakan oleh pasaraya.

"Ouh, saya parking dekat luar sana. Hati-hati balik tu. Kalau ada apa-apa call saya. Dah sampai rumah pun call juga." Pesan Aizuddin.

"Yes boss". Balas Aina tersenyum pada Aizuddin.

sesampainya Aina di keretanya. Dia membuka pintu pemandu.

Tiba-tiba....pintu itu di tolak semula supaya tertutup oleh tangan yang lain.

Terkejut Aina akan tindakan itu. Dia memandang si pelaku.

"Yazid !!!". Aina terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience