Aina terimbau kembali kejadian tempoh hari.. Kenapa Wanita itu seperti ada sesuatu dengannya? Seolah bertemu dengan musuh lagaknya. Aina rasakan sesuatu bila terfikirkan wanita itu. Ada yang tak beres ni ...
Sentuhan tangan yang lembut di bahunya itu menyentakkan Aina dari terus mengelamun. Di lihat Ibu Hatijah yang senyum dan melabuhkan punggung di sebelahnya.
"sampai mana dah tu? jauh sangat termenung tu."
"Tak ada la ibu. saja ambil angin petang ni".
"yang lain sihat?". Ibu rindu akan anak-anaknya asuhan yang lain
"Alhamdulillah ibu, sihat je. diorang kirim salam".
"Waalaikumsalam, Aina dengan Ustaz apa cerita?".
Aina terkejut di terpa soalan sebegitu.
"Maksud ibu?" huishh takkan la ibu ....
Ibu Hatijah tersenyum-senyum.
"Ibu tahu la. ibu makan garam dulu dari kamu. Tengok cara ustaz Akhtar tu pun dah tau".
semakin pelik ayat kona tak patah Ibu Hatijah itu.
"Aina tak faham la ibu. ibu cakap apa ni? ". Aina merengek dengan menarik-narik tangan ibu Hatijah yang seakan mahu mengusiknya itu.
"Ustaz tu ha, setiap kali kalau ibu ada sebut pasal kamu ke apa, ibu selalu nampak dia tu macam malu-malu. Ada apa-apa ke?" kening Ibu hatijah terjongket sebelah.
"Erm ... Aina suka je kat Ustaz tu ibu. tapi Aina risau la Aina ni syok sendiri je. taktau la padan ke tak dengan ustaz tu". kakinya di kuis pada rumput tiruan di lantai itu.
Kepala gadis di hadapan Ibu Hatijah itu di gosok perlahan tanda kasih.
" Yakin dengan Allah sayang, doa banyak-banyak. Layak ke tak.. hanya DIA yang tahu. serah je dekat DIA."
Aina menyandarkan kepala di bahu Ibu Hatijah. Terharu akan nasihat ibunya itu. Sedikit sebanyak dapat mengusir keresahan yang bersarang di kepala itu.
"kakak, jom la masuk. Nak berbuka dah ni". tangan yang di capai oleh kanak-kanak perempuan itu dia pandang. Senyuman manis di beri.
"jom!" pipi si kecil di cubit manja. mereka bersama-sama berlalu masuk ke dewan makan di Darul Izzah itu.
"Assalamualaikum..".
salam di beri di muka pintu rumah sang pujaan.
Fatimah terpacak di hadapan pintu pagar kecil pada beranda rumah Akhtar bersama bekas makanan di tangan.
"Waalaikumsalam, ye anak cari siapa?" Ustazah Zainab keluar menyapa gerangan yang ada di luar rumahnya itu.
Seorang wanita muda yang berkurung kedah warna hijau serta bertudung labuh hitam tersenyum menanti di luar itu. Dia bersalaman dengan Ustazah Zainab.
"Maaf ganggu makcik, ni rumah Ustaz Akhtar kan?" fatimah inginkan kepastian.
"Haah ye. Makcik ni Maknya Akhtar. Anak ni siapa?" ibu jari Ustazah Zainab itu sopan terarah ke wanita muda di hadapannya itu.
"Saya Fatimah. Kawan Ustaz Akhtar masa belanjar di Mesir dulu".
"Ouh ye ke? Akhtar tak ada ni kat rumah. Dia keluar tadi belum balik lagi rasanya."
"Eh tak apa makcik saya singgah nak bagi makanan sikit. Ada masak lebih".
bekas makanan sudah bertukar tangan.
"Terima kasih ye susah-susah aje. Maaflah makcik tak ada apa nak balas lagi. Hari ni berbuka dekat masjid. jadi makcik tak masak".
Rasa bersalah Ustazah Zainab terpandang bekas makanan yang cantik itu.
"Wah banyak ke orang berbuka kat surau mak cik?"
"Tak ada la banyak sangat tapi boleh laa nak rapatnya hubungan silaturahim dengan orang kampung."
"Boleh aje kalau anak nak datang berbuka nanti. Terbuka Sapa-sapa nak datang pun boleh".
"Inshallah Mak cik" hati fatimah girang menyusun strategi.
"Eh kamu ni baru datang dari mana? maaflah amk cik lupa nak tanya awal-awal tadi". Ustazah Zainab menggaru dagu yang berlapik dengan penutup dagu di tudung itu.
"Saya baru aje kat sini. Jadi ustazah di Tadika Al Islah hujung kampung ni". Fatimah tersenyum sopan.
Akhtar yang baru pulang dari terawih itu terus menggapai gelas dan mencari air. Dahaga sangat rasanya bila dia bacakan surah yang panjang semasa mengimamkan solat terawih tadi.
Baru nak telan air sudah tersembur dari mulut bila terpandangkan bekas makanan di atas meja itu. Terkejut bukan kepalang !
"Macam mana boleh ada kat atas meja ni?"
Akhtar mengomel sendiri. Trauma benar dia dengan bekas makanan yang mirip dengan yang pernah dia terima beberapa tahun lalu. Sama pulak tu ! mana mungkin dia boleh lupa. satu minggu kena tadah telinga kerana selalu menjadi bahan gurauan rakan-rakan rapatnya semasa di mesir dahulu.
"Hah tu kawan kamu yang datang bagi petang tadi". kata Ustazah Zainab yang timbul di pintu dapur.
Akhtar hairan. "Kawan mana pulak ni Umi?".
"Haih, bnyak kawan perempuan ke?" di jeling si anak terunanya itu.
Akhtar menolak kebelakang sedikit kopiah di kepala sambil menggaru ubun-ubun rambut yang di rasakan gatal itu.
"Perempuan? Sapa nama dia umi?"
"Fatimah"
terus terbeliak biji mata si ustaz itu. di harapnya bekas makanan itu hanyalah koleksi yang sama pemberian dari jiran. Tak ! dia tak mahu lagi bekas makanan itu datang dari orang yang sama..
"Kenapa tu muka macam gitu?" Ustazah Zainab pelik melihat respon anaknya itu.
"Tak ada apa" Akhar membalas.
Hajah Zainab membuka bekas makanan yang di beri fatimah itu. Kelihatan penuh dengan pelbagai kuih muih. Akhtar hanya melihat perilaku ibunya.
"Tapi kan, Umi pernah nampak dia tu sekali kat masjid minggu lepas. Masa tu dengan Aina".
Zap! laju saja kepala Akhtar mendongak dari tadi yang asyik merenung meja makan itu.
"kenapa boleh ada dengan Aina pulak?". Akhtar seperti gelisah.
"Umi nampak yang masa tu diorang terlanggar satu sama lain di masjid. tapi umi tak tahu la siapa yang salah. Macam tegang aje situasi masa tu."
Ustazah Zainab bercerita penuh yakin dengan gambaran memori kuatnya pada malam itu. Ya dia nampak semuanya !
Akhtar tak keruan, dia gelisah. Fatimah ini bukan gadis biasa. Dia kenal benar akan sikap wanita itu. Hatinya di hambat kegusaran mengenangkan Aina.
Malam itu Akhtar termenung sendiri di bilik. tangan di silangkan di melapik kepala sambil merenung syiling. Mencari cara untuk tidak menangguh lagi perancangannya itu supaya tiada anasir lain yang datang mengganggu. Tapi mahukah Aina terima dirinya? dia sendiri tidak pernah mendekati mana-mana wanita dan takut caranya tidak dapat menambat hati si gadis.
' haih, permudahkanlah urusan aku Ya Allah '
Di dalam kedai pemborong kain itu Wahida yang kelihatan tekun menyiapkan kerja-kerja di biliknya, datang seorang wanita membawa segelas air kopi untuk di hidangkan kepada bosnya itu.
"minum ye kak, kuat kerja sangat tu." di lihat wajah serius yang ralit dengan tugasannya itu. wanita itu tersenyum sejurus Wahida mengganguk dan berterima kasih.
Sedang dalam dia sibuk mencatat sesuatu di kertas itu...tiba-tiba dia di serang sakit kepala yang sangat menekan serta pandangannya bertukar menjadi kabur. Dahinya berkerut menahan kesakitan yang amat. setelah di picit sebentar kepalanya, dia kembali menarik nafas lega. kesakitan di kepala dan kekaburan pandangan reda beransur. Jiwanya gusar memikirkan yang dia sering sakit kepala kebelakangan ini.
notifikasi di telephone berbunyi. Tersenyum dia melihat gerangan yang menghantarkan pesanan untuknya. Si tunang kesayangannya !
Share this novel