Bab 7

Drama Completed 53004

"I tak boleh terus berada di sini, Dylan. I terseksa." Nurin bersuara sayu. Ya, jiwanya terseksa dengan kehilangan Martina dan berada di situ bukanlah satu langkah yang bijak untuk melupakan setiap kenangan yang tercipta saat bersama.

Sejujurnya, Nurin bagaikan tidak mampu untuk menelan kenyataan bahawa Martina sudah tiada di situ. Perginya Martina ke dunia abadi memberikan satu tamparan buat Nurin. Martina yang mengajarnya cara untuk hidup dengan selamat di situ. Martina juga orang pertama yang mampu meraih kepercayaannya. Hampir segala-galanya yang bermula di situ adalah kerana Martina. Bagaimana dia hendak menerima kenyataan bahawa Martina tidak akan pernah ada lagi di sisi? Kononnya, kalau benar pun Martina memulakan hidup baru, mereka masih boleh bertemu namun kini situasinya tidak lagi sama. Martina tiada lagi di dunia yang fana.

"Nurin, dah sebulan. Enough is enough!" Suara Dylan tegas. Sampai bila Nurin terus menangisi kematian Martina? Nurin mesti belajar untuk berdiri sendiri.

"You senanglah cakap. Bukan you yang kena jual! Bukan you yang kena mulakan hidup dengan bergelumang maksiat. You tak tahu apa yang I alami. You tak tahu Dylan dan tak akan pernah tahu."

"Bergelumang maksiat apa pula? Hei, I jaga you elok-elok. Tak ada sesiapa pun yang
pernah sentuh you sampai ke ranjang. Apa lagi yang you nak?"

"Oh, habis tu elok sangatlah I pakai baju ketat melekat? Skirt pendek dedahkan paha? Dengan baju tak pernah cukup kain tu ke yang you maksudkan you jaga I elok-elok?"

"Apa yang tak kena dengan you, Nurin? Dah kenapa tiba-tiba melalut sampai ke situ?" Dylan merenung tajam ke arah Nurin. Ah, dah kenapa Nurin memberontak tak tentu pasal?

"I kenapa? Oh ya, baru sekarang you nak tanya? Sebelum ni you tak pernah tahu pun I okay ke tak. Semuanya Martina yang sibuk ambil tahu. You cuma tunggu laporan dari dia dan sekarang bila dia dah tak ada...I terasa sangat..." Nurin tiba-tiba menangis.

"You tahu tak, Dylan? I pernah rasa terbuang. Eh, tak! I sememangnya dibuang. I jadi benci dengan diri sendiri tapi Martina sentiasa ada. Dia yang tenangkan I. Dia juga yang buatkan I rasa... I still can be someone... Dia buatkan I bangkit dari rasa terbuang tu. Hari-hari tanya khabar. Dia tahu semua tentang I. Dari gerak-geri I dia boleh tahu sama ada I okay ke tak. You faham tak macam mana perasaan I sekarang? I sunyi... I miss her a lot... I rasa I tak ada sesiapa. I benci perasaan ni." Tangis Nurin semakin rancak.

Dylan terkedu. Ya, silap dia juga kerana terlalu bergantung kepada Martina menjadi orang tengah di antara dia dan Nurin. Sekarang bila keadaan jadi macam ni, tak pasal-pasal Nurin tertekan sendiri. Tenggelam dalam perasaannya. Kalau dibiarkan, teruk budak ni.

"Shhh, calm down please." Dylan menarik Nurin ke dalam pelukannya. Bajunya dibiarkan basah dengan air mata Nurin. Tiada sebarang kata-kata yang meluncur keluar. Hanya tangisan Nurin yang membelah kesunyian antara mereka. Makin lama tangis itu semakin perlahan. Dylan mencuri pandang wajah Nurin yang tersembam di dadanya. Ah, boleh pula Nurin tertidur di dalam pelukannya. Sesekali sedu sedan Nurin masih mengambil alih walaupun matanya tertutup rapat. Perlahan-lahan Dylan membaringkan Nurin dan menyelimut tubuh Nurin. Dia mengesat air mata yang membasahi wajah gadis itu.

"Be strong, Nurin. You pernah bangkit sebelum ni dan I percaya you still boleh bangun tak kiralah berapa kali pun you jatuh tersembam." ujar Dylan perlahan, Dia tahu Nurin tidak akan mendengar kata-katanya itu. Cukuplah dia sudah meluahkannya. Anggap sajalah itu satu doa. Bukankah kata-kata itu diibaratkan seperti doa?

Dia merenung wajah Nurin. Jelas kesedihan terukir di situ. Hampir sebulan Martina tiada dan selama itu jugalah Dylan tidak lagi melihat senyuman manja Nurin yang sering mengusik jiwa lelakinya. Kadang-kala Nurin sengaja mengusik dengan senyuman nakal. Lenggok dibuat-buat untuk menggoda. Semakin ditenung, semakin menebal rasa rindu untuk melihat Nurin kembali normal.

Kalau sebelum ini segala usikan Nurin dibalasnya dingin namun kini dia rindu dengan telatah gadis itu yang sering kali mencuba untuk memancing hatinya. Tidak dinafikan ada ketikanya dia tewas, namun apabila dia membalas semula, riak wajah Nurin yang berubah membuatkan dia kembali tersedar. Ya, dia sendiri sering bertarung dengan rasa cemburu setiap kali ada yang memandang Nurin namun dia sedar dia bukan siapa-siapanya Nurin. Dia sendiri keliru dengan perasaan yang hadir. Tanpa sedar, bibirnya mengucup lembut bibir Nurin yang sedang lena. Hanya seketika sebelum dia kembali merenung gadis itu.

"I think...I'm falling in love with you, babe." bisik Dylan sambil membelai lembut wajah Nurin. Namun tidak lama. Dia bagaikan tersedar semula. Mana mungkin mereka akan menyatu. Dia bukan lelaki yang baik untuk Nurin. Kalau dia baik, tak mungkin dia boleh biarkan Nurin hidup di situ. Kalau dia baik, mesti dah lama dia bebaskan Nurin dari dunia maksiat sepertimana yang Nurin katakan. Tapi, kalau dia bebaskan Nurin, dia pula yang rasa seperti kehilangan Nurin. Oh tidak, dia tak kan pernah bersedia untuk membiarkan Nurin pergi. Kalau boleh dia nak Nurin sentiasa berada di sisinya. Sehari tak bersua, hatinya bagaikan ditusuk rindu yang tajamnya menyiksa jiwa dan raga. Senang kata dia tak kan pernah senang duduk kalau sehari tidak melihat Nurin. Jadi, persoalannya macam mana dia nak biarkan Nurin pergi dari situ jika akhirnya nanti jiwanya sendiri yang terseksa?

Tapi untuk bersama Nurin pula juga bukanlah satu kemungkinan yang boleh diterima akal. Jarak usia mereka terlalu jauh. Nurin hanyalah gadis mentah yang baru menginjak dewasa. 15 tahun bukanlah jarak yang sesuai. Lagi pula, Nurin layak untuk bersama lelaki yang benar-benar boleh menjaganya terutama kehormatannya. Dia? Ah, dia sendiri yang menyediakan pakaian tak cukup kain. Dia yang mendedahkan Nurin. Dah sah-sah dia bukan lelaki yang boleh menjaga Nurin dengan baik. Dylan bangun dari situ dan menapak pergi. Biarlah masa yang menentukan. Dia hanya mengikut arus kehidupan. Takdir sudah sedia tertulis. Biarlah dia hanya akur dan tidak langsung menentang. Mungkin inilah yang terbaik untuk mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience