Bab 13

Drama Completed 53004

"Baby sayang, lama betul I tak jumpa you."

Terkejut Nurin apabila Richard datang dari belakang lalu memeluk pinggangnya. Hah sudah, malang betul boleh pula terserempak dengan si miang itu. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan Richard.

"Eh, hai..." balas Nurin perlahan. Dia mengerling kiri kanan, risau jika ada mata yang memerhati. Ish, tak senonoh betul Richard memeluknya di tempat umum. Ini bukannya kelab Dylan.

"Kenapa you pergi tak inform I? You tahu tak I tercari-cari you dua minggu ni? Hari-hari I ke kelab sebab rindukan you." Richard mencapai tangan Nurin dan membelainya perlahan. Mencuba nasib mengumpan Nurin ke pelukannya.

"Dylan tak Inform yang I dah keluar kelab? I dah tak kerja dengan Dylan." Perlahan-lahan Nurin menarik tangannya kembali. Tak mahu dibelai-belai di depan umum. Entah apa pandangan orang kalau ada yang melihat.

"Kalau macam tu lagi elok, jom ikut I."

"Ikut you ke mana?"

"Kerja dengan I. Kerja senang tapi gaji masyuk. Kerja you kena layan I. Special punya. Gaji you I bagi bulanan. Yang ni tetap. You tak payah bingung tentang duit bulanan, I akan bagi extra." ujar Richard sambil tangannya sekali lagi menarik tubuh Nurin ke dalam pelukannya. Kali ini lebih erat. Nurin melepaskan diri sekali lagi.

"Why, honey? Kenapa you macam mengelak dari sentuhan I?"

"Kita bukan di kelab, Richard. Malu orang tengok."

"I don't care about them. I tak bercakap tentang orang lain kiri kanan, I bercakap tentang kita."

"Kita ni dekat tempat awam. Ada mata yang memerhati. Ada budak kecil, ada remaja. Tak kan nak berperangai tak senonoh dekat sini."

"Tak senonoh apanya pula? I cuma nak peluk you."

"Nak berpeluk tu dalam bilik, bukan dekat tempat awam." Balas Nurin. Memandai saja si miang tu nak membela diri. Nak peluk saja konon, padahal sambil tu tangan merayap. Dah memang dasar miang sampai tak boleh nak sorok.

"Kalau macam tu you ikut I balik. I bawa you masuk bilik. Bolehlah you layan I. Sejak you keluar kelab, I tak berkenan dengan sesiapa. Kalau sebelum ni ada Tina yang akan tolong you puaskan I, tapi sekarang dia dah tak ada. So, you kena jalankan tugas you sendiri. You kena layan I sampai I puas sama macam Tina."

Meremang bulu tengkuk Nurin mendengar kata-kata Richard. Nak layan dia di ranjang? Ah, memang tak! Mana mungkin dia senang-senang nak serahkan kehormatannya kepada lelaki itu. Penat-penat dia menjaga daranya sehingga kini. Bukannya senang nak jaga dara kalau hidup di lembah hina seperti dulu. Richard  pula tak ada sebarang hubungan istimewa, tiba-tiba nak jadi orang pertama yang menyentuh dia. Eh, memang tak mungkinlah! Dylan sendiri pun tidak pernah menyentuh dia lebih-lebih, inikan pula  si miang tua.

"I tak nak."

"I don't care. You sentiasa buatkan I rasa ghairah semacam. I dah lama nak kan you dan you tahu tentang tu. Selama ni I tak boleh nak buat apa-apa sebab you ada Dylan, but now you are alone. Dylan is not around. So..." Richard semakin mendekat dan memegang erat lengan Nurin bagi mengelakkan Nurin terlepas. Dia tersenyum. Sebentar lagi Nurin akan ditakhluki.

Nurin cuba untuk melepaskan pegangan Richard namun kekuatan Richard bukan tandingan bagi Nurin. Selamba saja Richard menarik Nurin dan memaksa kaki Nurin melangkah mengikut jejak kakinya. Berkali-kali Nurin memohon untuk dilepaskan namun Richard hanya tersenyum. Seolah-olah dia sedang terhibur dengan rayuan Nurin. Mereka menghala keluar dari pusat membeli-belah itu dan menuju ke arah tempat letak kereta. Nurin mula meronta, Richard pula semakin teguh memegangnya. Nurin menoleh ke kiri kanan. Mencari kelibat sesiapa yang ada di situ untuk memohon pertolongan.

"Lepaslah!" Nurin meninggikan suaranya.

"Makin you marah, makin tu I geram."

"I tak nak! You tak faham bahasa ke?"

"Marahlah lagi, sayang. I suka." Kata Richard sambil membuka pintu keretanya dan menolak Nurin masuk ke dalam perut kereta. Nurin terduduk di tempat penumpang.

"Bagu, sayang. I tahu you pun nak kan I so tak payahlah jual mahal sangat." ujar Richard lalu menghempas pintu kereta dan berjalan ke arah pintu pemandu. Nurin mengambil kesempatan itu meloloskan diri dari perut kereta dan mula berlari tanpa menoleh ke arah Richard lagi.

"Damn you,Nurin!" Richard mengejar Nurin. Dia mesti mendapatkan Nurin. Tak kira apa pun kerana hatinya sudah pun meronta-ronta mahukan tubuh gadis itu.

Nafas Nurin tercungap-cungap. Dia tidak tahu mahu lari ke mana. Dia menyorok di antara kereta yang sedang diparkirkan di situ. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah kereta Proton X70 berwarna hitam. Pintu kereta di bahagian pemandu kelihatan terbuka sedikit. Kelihatan pula seorang lelaki sedang berdiri di tepi kereta sambil berborak di telefon. Barangkali itu pemiliknya. Ah, ini peluang Nurin. Kalau Nurin berjaya lolos masuk ke dalam kereta itu, mesti Richard tak akan menjumpainya. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah pintu kereta di bahagian belakang dan membukanya perlahan tanpa lelaki itu sedar. Dia menyelinap masuk dan menutup perlahan pintu tersebut. Tak lama kemudian kereta itu mula bergerak. Kira-kira dalam 10-15 minit bergerak, barulah Nurin benar-benar rasa selamat.

"Maaf encik, tapi saya tumpang ya." Nurin bersuara. Lelaki itu segera menoleh ke belakang dan terkejut bukan kepalang. Mahunya tidak, tiba-tiba ada perempuan di dalam keretanya. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Nasib baik dia masih mampu mengawal rasa terkejutnya. Silap-silap haribulan boleh kemalangan dibuatnya.

"Awak siapa?" tanya lelaki itu. Dia menoleh untuk memandang Nurin.

"Laa, mak lampir!" ujar lelaki itu.

Tiba-tiba Nurin juga teringat siapakah gerangan lelaki itu sebaik saja mendengar perkataan 'mak lampir' yang diucapkan olehnya. Bukankah itu jirannya yang lemah semangat malam tu? Ya, tak lain tak bukan. Dialah tu! Nurin dapat mengecam wajahnya walaupun keadaan pada malam kejadiaan agak gelap.

"Mak lampir buat apa kat dalam kereta saya? Tak habis-habis nak buat saya terkejut dah kenapa?"

"Hei si lemah semangat, sedapnya mengata orang mak lampir. Cepatlah jalan! Berhenti dekat sini dah kenapa?"

"Amboi, dah lah menumpang kereta orang tak minta izin, tak pula diundang. Sekarang nak arahkan kita pula?"

"Cepatlah jalan! Rumah kita sebelah menyebelah saja, kan? Tak kan tak boleh nak tumpangkan?"

"Masalahnya sekarang, saya tak kenal awak. Dah tu tiba-tiba ada dalam kereta saya ni dah kenapa? Awak menyelinap eh?"

"Ya, saya menyelinap! Saya curi-curi masuk. Dah, cepat jalan."

"Eh, dah kenapa pula saya nak ikut arahan awak? Saya tak kenal awak pun. Dah, cepat keluar!"

"Tak kenal apanya pula? Saya jiran awak! Dah, cepat jalan!"

"Turun cepat!"

"Tak nak! Cepat jalan! Kita balik!" Nurin menjerit. Gila ke apa dia nak turun di sini. Dah alang-alang ternaik kereta jiran, apa salahnya tumpangkan sekali sampai ke rumah.

"Sakit otak betul perempuan ni." ujar lelaki itu. Dengan berat hati dia memasukkan gear D dan menekan pedal minyak. Perlahan-lahan kereta itu menyusur semula di jalan raya dan menghala ke arah kawasan perumahan tempat kediaman mereka.

"Terima kasih." ujar Nurin. Dia mula tenang kerana kali ini dia benar-benar yakin bahawa Richard sudah pun berada jauh darinya. Mungkin Richard masih lagi mencari Nurin di tempat letak kereta pusat beli belah itu. Huh, padan muka dasar miang. Carilah sampai kiamat.

"Awak ni siapa? Kenapa suka sangat muncul tiba-tiba?"

"Sorry, saya Nurin. Bukan niat saya nak muncul secara tiba-tiba, dah situasinya asyik tak mengena. Nak buat macam mana."

"Kenapa menyelinap masuk dalam kereta saya?"

Nurin diam sejenak. Tak kan dia nak kata dia sebenarnya sedang melarikan diri dari si miang tua?

"Saya... tak ada duit tambang untuk balik. Haa, sebab tu saya masuk ke dalam kereta awak."

"Haih, tadi keluar guna apa?"

"Grab."

"Dah tu balik ni boleh pula menumpang orang yang awak tak kenal macam tu saja?"

Nurin diam. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu.

"Apa-apa pun saya Nizam. Lain kali jangan buat macam apa yang awak buat tadi tu. Jump into strangers car bukan langkah yang bijak kalau sungguh pun tak ada duit buat tambang balik. Kalau termasuk ke kereta penyangak, hah macam mana? Awak tu perempuan. Cubalah senonoh sikit perangai tu."

Nurin mengerling ke arah Nizam. Aduh, kalaulah lelaki itu tahu situasi yang sebenar. Tapi tak kisahlah. Yang penting dia sudah pun selamat dan hampir sampai ke rumah.

Tidak lama kemudian mereka pun sampai. Nurin segera keluar dan menuju ke arah pagar rumahnya dengan kadar yang segera.

"Lain kali kalau nak keluar tapi duit tambang tak cukup untuk pergi balik, boleh ketuk pintu rumah saya. Jangan buat macam tadi." Ujar Nizam.

Nurin memandang Nizam sejenak. Nak ketuk pintu rumah orang? Eh, tak apalah. Mereka sendiri pun baru kenal. Lebih baik kalau lain kali dia ajak Dylan saja. Biar Dylan yang menjemputnya dan menghantarnya balik. Lagi selamat.

"Anyway, thanks for the ride." Ujar Nurin lalu melangkah masuk.

Nizam menghantar Nurin dengan pandangan matanya. Pertemuan kali pertama saja sudah pun kekok, ditambah lagi dengan pertemuan kali kedua yang jauh lebih tak kena situasinya. Ah, abaikanlah. Yang pasti, hati Nizam terasa semacam sebaik saja kelibat Nurin menghilang. Eh, tak tahulah rasa apa. Sesungguhnya rasa itu aneh, seaneh pertemuan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience