Bab 41

Drama Completed 53004

"Alhamdulillah, terbuka juga hati awak ya." Nizam melafazkan syukur. Sekian lama dia mendoakan agar hati sekeras batu milik Nurin itu akan mencair.

"Tak payahlah nak perli orang."

"Siapa pula yang memerli? Sayang, dengar sini elok-elok. Saya dah lama dah doakan agar hati awak tu terbuka luas untuk menerima semula kehadiran ayah awak. Baik buruknya dia, awak tetap anak dia walaupun sekadar bergelar anak tiri. Sayang tahu pangkatnya sama dengan ayah kandung, kan?"

Nurin terdiam. Wajahnya masam. Menyesal pula rasanya bercerita tentang apa yang sedang dilaluinya saat ini. Tapi cuma Nizam yang dia ada.

"Nizam, apa patut saya buat? Saya tak suka rasa ni. Rasa macam terhimpit. Sakit sangat. Dada rasa sesak. Sendat."

"Sesak tu disebabkan rasa rindu atau mungkin rasa bersalah."

"Pandai bercakap. Mana tahu yang sesak ni disebabkan rindu atau rasa bersalah?"

"Eh, macam tu laa yang saya rasa kalau saya rindu awak. Rasa sesak." balas Nizam sambil memegang dadanya sambil berpura-pura menahan nafas.

Nurin dapat merasakan mukanya memerah. Nizam memang sengaja buatkan dia tersipu. Menyampah! Bukannya Nurin tak tahu. Makin diberi peluang, makin menjadi pula si Nizam.

Ah, kononnya Nurin marah diusik begitu walhal sebetulnya hati sedang berbunga mekar penuh setaman. Penat rasanya nak sorok rasa bahagia tu. Tak nak bagi Nizam nampak sangat. Biar jual mahal sikit dari sekarang daripada terlanjur mencinta dari awal. Siapa tahu apa yang akan berlaku esok lusa?

"Main-main lagi. Nak baliklah!"

Nizam ketawa. Jelas kelihatan wajah Nurin yang kemerahan. Seganlah tu. Kalau rasa segan, ada maknalah tu. Layanan Nurin mungkin tidak sehangat layanan yang diberikan Nizam tapi Nizam agak yakin bahawa Nurin sebenarnya sudah pun jatuh hati tanpa Nurin sendiri sedar. Dari reaksinya yang sering malu-malu setiap kali diusik pun dah cukup jelas sebagai petanda.

"Nak balik ke mana? Balik rumah? Macamlah kita duduk jauh sangat."

"Nizam, orang tengah serius. Tak nampak ke orang tengah ada masalah? Saya sekarang ni tengah blur. Tak tahu nak mula dari mana."

"Okay, meh saya tolong beritahu langkah pertama."

"Apa?"

"Mula-mula sekali, Nurin kena cakap Nurin sayangkan saya."

Laju saja cubitan ketam Nurin singgah di lengan Nizam.

"Orang dah suruh serius dia nak main-main sangat. Haa, ni makan dia."

Nizam mengaduh sakit. Alah, tak sakit mana pun. Sengaja dia mengada sikit. Baru ada feel orang tengah bercinta.

"First time kena cubit dengan perempuan." ujar Nizam sambil menyapu-nyapu lengannya.

"Yalah tu, konon sangat first time. Entah-entah dah several times."

"Betul, first time. Syok juga rupanya."

"Kena cubit pun suka?"

"Macam ni rasanya orang bercinta, ya? Kena cubit pun suka."

"Awak seorang yang suka kena cubit."

"Nurin, jom kahwin. Kali kedua dah ajak ni." Nizam memandang Nurin. Kali ini pandangannya redup. Senyuman nipis turut terukir. Serta-merta jantung Nurin berdegup kencang. Ish, tak betul si Nizam ni. Belum lama declare sebagai pasangan terus ajak kahwin.

"Gelojoh..."

"Biarlah nak kata apa... Gelojoh ke, lapar ke... yang penting niat nak ajak kahwin ni ikhlas dari hati."

Nurin diam.

"Kalau tak tahu nak jawap apa, angguk je kepala tu."

"Eh? Memang tak bagi peluang orang say no langsung, kan?

"Of course!"

Nurin diam lagi. Kali ini dia cuba untuk bertentang mata dengan Nizam yang sedari tadi memandangnya. Buat seketika dia cuba merungkai pandangan mata itu namun tidak lama. Dia juga yang melarikan lirikan matanya. Nurin tewas. Tiada keraguan yang terpancar di kaca mata Nizam malah dari matanya saja jelas menunjukkan bahawa lelaki itu benar-benar mahu memperisterikan dia. Pandangan yang dilontarkan sarat dengan kasih. Tersipu Nurin mengangguk perlahan. Mungkin ini yang terbaik.

Jika difikirkan semula, siapa juga yang akan sudi memperisterikan dia. Bekas gadis kelab yang puas mendedahkan tubuh dengan pakaian yang menjolok mata. Tak cukup dengan itu, tubuhnya juga puas dijamah jantan-jantan tua keparat yang datang ke kelab. Alasan itu saja pun sudah cukup untuk menidakkan dia menjadi seorang isteri.

"Sayang, you angguk ke tadi tu?" suara Nizam menyedarkan dia semula.

Sekali lagi Nurin mengangguk.

"So kita kahwinlah ni?"

Nurin mengangguk lagi.

Nizam tersenyum lebar. Akhirnya!

"Okay, kalau macam tu barulah saya boleh nak serius. So berbalik kepada masalah tadi, first of all kita kena jumpa dengan ayah tiri sayang. Kita kena jumpa dia dan huraikan segala simpulan yang terikat antara sayang dan dia."

"Mesti ke?" Nurin bagaikan terlupa sebentar dengan masalah yang dia hadapi pada mulanya tadi. Mahunya tidak, dia baru saja dilamar sekali lagi!

"Mesti! Kita nak bina masjid ni kena dapatkan restu orang tua supaya rumah tangga yang kita bina tu nanti bahagia, tenang, dirahmati selalu."

"Ikutlah awak....saya serahkan dekat awak semuanya. Malas nak serabut. Berat rasa kepala fikirkan masalah yang tak sudah."

Nizam tersenyum. Tak sia-sia janji temu mereka malam ini. Untung badan beroleh persetujuan dari Nurin untuk berkahwin. Aduh, entah bagaimana harus dia lelapkan mata malam ni sedangkan sekarang pun dia rasa seolah-olah dia tengah bermimpi. Kalau dah dapat persetujuan macam ni, barulah dia senang sikit nak masuk campur. Maklumlah, bakal isterilah katakan.

"Tak sabar nak beritahu mak." Kata Nizam sambil tersengih lebar.

"Tak payah. Bukan ke dia memang sangka kita nak kahwin dah?"

"Eh, waktu tu kita belum confirm pun lagi. Ehem...Nurin, terima kasih sebab tak menolak kali ni."

Nurin melepaskan satu keluhan kecil.

"Nizam, minta maaf sebab saya bukan perempuan yang baik. Tak adil pula rasanya, kan? Awak baik sangat sedangkan saya... Saya tak rasa akan ada lelaki lain yang akan terima saya selepas tahu masa silam saya. Tapi awak..."

"Saya ikhlas, Nurin. Janganlah cakap macam tu."

"Tapi betul apa yang saya katakan sekarang. Tak semua lelaki boleh terima perempuan macam saya untuk jadi isteri."

"Itu lelaki lain, bukan Khairil Nizam."

"Awak betul-betul tak kisah?"

"Sumpah tak kisah!"

"Tapi saya gadis kelab. Banyak mata dah jelajah tubuh saya dulu. Pakaian sentiasa tak cukup kain. Kalau ingat balik...saya rasa macam.."

"Kalau pahit tak payahlah ingat balik semua tu. Dah namanya pun dulu, maknanya benda tu dah lepas. Kalau sakit jangan dikenang. Yang penting sekarang saya tahu siapa Nurin yang dulu, dan saya kenal siapa Nurin yang sekarang. Saya boleh nampak your effort untuk bina kehidupan yang jauh lebih baik. Itu lebih penting."

Nurin terdiam. Wujud ya lelaki seperti Nizam? Kenapa dia baik sangat? Ada juga rupanya lelaki yang tak kisah tentang masa lalunya. Kalau betul itu jodohnya, akan dia jaga sebaik mungkin. Nurin melontarkan janji untuk dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience