Bab 3

Drama Completed 53004

"Honey, I miss you damn much!" Richard tersenyum senang sebaik saja matanya menangkap susuk tubuh Nurin yang semakin mendekat. Bentuk tubuh nurin yang menggiurkan disertakan dengan lenggok pinggulnya serentak dengan langkah kaki yang teratur membuatkan hati lelakinya tidak keruan.

Nurin tidak mengambil tempat di sebelah Richard sebaliknya dengan selamba dia mengisi kekosongan di pangkuan lelaki itu. Semakin berderau darah miang Richard dibuatnya.

"Kata rindu, tapi kenapa baru sekarang datang jumpa I?" Nurin sengaja berlagak manja. Kononnya tak suka ditinggal-tinggal padahal dia sendiri bukannya ikhlas mahu bersama Richard kalau bukan kerana duit.

Richard merangkul tubuh Nurin. Mencium tubuh itu berkali-kali membuatkan Nurin tergelak kecil. Ah, hanya itu yang dia mampu lakukan. Nak dijelajah habis-habisan tak boleh pula. Dylan dari awal lagi dah warning, Nurin bukan gadis pelayan di atas katil namun sekadar teman minum dan bermanja. Terpancing nafsu, dia terpaksa juga memilih gadis lain. Dia sendiri dah beberapa kali merayap tangan ke sana ke mari, cuba memancing Nurin agar jatuh ke tangannya namun tidak semudah yang dijangka. Nurin pandai mengelak dan menepis secara halus. Nurin sentiasa terselamat. Kalau boleh, Richard nak Nurin sendiri yang rela untuk menyerahkan tubuhnya. Dia sayangkan gadis itu, tak mungkin dia juga yang akan memaksa Nurin untuk bersamanya di ranjang. Tak enjoylah kalau macam tu! Bertepuk sebelah tangan sama saja seperti syok sendiri. Kalau boleh, kedua-dua pemain harus mengambil bahagian. Hah, itu baru hangat!

"Ish, gatal you! Tak habis-habis nak cium orang." Nurin mengada. Sebolehnya dia mahu memancing nafsu Richard. Kalau terpancing, bolehlah rakan seperjuangannya yang lain dapat untung lebih.

"Bau you sedap! I geram betul, rasa macam nak gomol you puas-puas."

"Nak gomol macam mana tu, dear?"

"Kalau I dapat you, tak cukup satu round I kerjakan you. Mesti ada dua tiga round baru puas."

"Amboii, larat ke?"

"Tak percaya? Try tanya Tina."

Nurin tersenyum. Oh ya, minggu lepas dia pass Richard kepada Martina atau lebih dikenali sebagai Tina. Ah, Tina memang tak akan pernah menolak. Anggap sajalah hidup Tina sememangnya dibanjiri duit. Tidur, mandi, makan dan minum semuanya beralaskan duit.

Siang-siang Tina bertugas sebagai tukang urut. Alah, bukannya Nurin tak tahu. Tugas Tina lebih daripada mengurut. Tina sendiri pernah cerita. Dalam ramai-ramai pelanggan yang datang untuk mengurut, paling kurang hanya 30 minit yang pertama saja sesi mengurut berlangsung. Seterusnya sesi lain pula. Poket pun dapatlah extra juga. Kadang-kadang sekadar ringan-ringan pun boleh tahan hasilnya.

"You tak nak ke kalau I dengan you?" Richard berbisik perlahan. Niatnya untuk meraih nafsu Nurin. Dia tahu, baik macam mana pun Nurin, Nurin tetap ada nafsu. Kalau betul adjust, mesti mendapat punyalah!

"You tahu I bukan gadis macam tu, kan? Kalau you sentuh I lebih-lebih, nanti tak pasal-pasal mengamuk Dylan."

"I tahu you pun suka, kan?" Richard terus-menerus membelai bahagian paha Nurin yang terdedah.

"Well I tahu, you sendiri pun suka. Betul tak?" Balas Nurin. Sengaja dia membiarkan Richard membelainya. Ah, sikit masa lagi mesti Richard tak mampu mengawal nafsu. Kalau betul tuahnya, dapatlah dia extra income hasil daripada share Tina nanti. Just wait for a while...

Nurin dengan sengaja mendekatkan wajahnya dengan Richard. Bibir mereka hampir bertaut namun Nurin cepat-cepat melarikan semula wajahnya menyebabkan Richard geram. Ish, hampir saja! Nurin memang lain! Jinak-jinak merpati, bila didekat tinggi pula terbangnya.

"Damn girl! Geramnya, bila lagi boleh I dapat you?" Luah Richard. Nurin tertawa kecil.

"Itu you kena tanya Dylan, dear. Dia yang jaga I, tak kan I nak abaikan dia. I kena akur, dah bertahun dia jaga I."

"I nak you... You make me horny, sayang..."

"I make you horny tp you tahu kan? You terpaksa make up dengan orang lain?"

"I nak you..."

"Tak boleh, dear. Kalau you degil, I risau tentang apa yang Dylan akan buat dekat you."

"I don't care..."

"You tak sayang I? You tahu Dylan akan halang you jumpa I lepas tu, kan? Kalau rindu, macam mana...?"

Richard mengeluh. Ah, dia memang sedar Dylan yang jadi penghalang. Dia yakin Nurin juga dahagakan dia sebagaimana dia dahagakan gadis itu. Nurin pula sudah pun bertakhta di tempat yang paling tinggi di hatinya. Namun usia Nurin yang baru 19 tahun itu menyebabkan Dylan sangat menjaga Nurin. Tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menyentuh Nurin walaupun Nurin sendiri seringkali sengaja mendedahkan dirinya.

"Itu nantilah I handle, but now... you kena bertanggungjawab. Sekarang I dah horny, you kena tolong I... siapa yang boleh tolong I sekarang?" Richard kembali tersenyum nakal. Celaka, dia benar-benar teransang. Dia yang membelai, dia juga yang teransang. Ah, penangan Nurin memang bukan biasa-biasa.

Nurin mengucup telinga Richard. Nafas hangatnya dihembus perlahan. Perlahan dia berbisik.

"Are you ready? Kawan baik I dah ready untuk you."

Kemudian, Nurin beralih pula pada kawasan leher Richard, Dihembusnya perlahan nafas hangat, membuatkan Richard semakin lemah.

"Shit! Bawa I sekarang, sayang. Tak sabar rasanya."

Nurin bangun dari riba Richard lalu mencapai tangan Richard. Lelaki itu mengiringi setiap langkah Nurin sambil matanya tidak lari dari memandang lenggok pinggul Nurin. Perlahan-lahan tangannya menyentuh pinggul itu menyebabkan Nurin berpaling.

"Hey, tak baik tau." Ujar Nurin namun berserta senyuman.

"Sorry, but I need that untuk aksi seterusnya." balas Richard nakal sambil menepuk manja pinggul Nurin sekali lagi.
Kaki Nurin semakin laju melangkah. Ah, terpaksa dia bersabar seketika dengan sentuhan liar dari Richard. Sebentar lagi dia akan bebas juga.

Sebaik saja sampai di depan pintu berwarna merah itu, Nurin memulas tombol dan mengajak Richard masuk. Martina yang sudah pun siap sedia menunggu kedatangan mereka segera bangun dan mendapatkan Richard. Gaun nipis yang dipakai menyerlahkan segala aset indah yang seharusnya disorok.

"Have fun, my dear. Tina, please take care of my man." Ujar Nurin.

"Don't you want to stay? Having fun together?" Richard menyoalnya.

Eh, gila! Nurin sekadar menyumpah di dalam hati. Luarannya pula dia masih tersenyum manis.

"Maybe next time."

"Tak nak join tak apa, but you can stay." Richard memujuk. Ah, kalau Nurin tahu prestasi dia di ranjang, pasti Nurin sendiri yang datang. Dia yakin!

Eh, tak betul mamat ni. Tak kuasa nak tengok free show! Nurin sekadar berani membentak sendiri. Nak diluah, risau pula pelanggan lari.

"You can suprise me next time. Sekarang, you need to bayar bil air you." balas Nurin sambil tersenyum.

"Come, Richard. You practice dengan I dulu, Nurin next time ya?" Martina bersuara. Dia juga sedia maklum yang Nurin dilarang keras untuk berhubungan dengan sesiapa. Dylan sangat menjaga Nurin. Mereka semua akur kerana faktor usia Nurin juga masih terlalu mentah. Siapa sangka Nurin masih kekal dara walaupun hidup dalam sangkar maksiat.

Martina mula mengucup bibir Richard untuk menarik semula Richard supaya fokus dengan tujuannya. Ah, sebentar saja Richard sudah pun hanyut dengan kucupan itu. Kedua-duanya bagaikan tidak sedar dengan kehadiran Nurin yang masih tercegat di situ. Eh, kurang asam! Segera Nurin melangkah keluar dan menutup pintu itu. Lantak merekalah apa nak jadi, yang penting dia bebas. Bodoh betul Richard, bayar lima ribu untuk dia tapi end up dengan Martina juga. Hmm, berapa banyak duit Richard keluar semata-mata untuk membayar maksiat? Nurin terfikir sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience