Mata Nurin membuntang. Terkejut bukan kepalang apabila susuk tubuh yang dia kenal itu ada di pusat urut tempatnya bekerja. Apa yang lelaki itu buat di situ? Memang nak berurut atau sengaja datang untuk mencari dia? Nurin segera menyorok di salah sebuah bilik urut dengan harapan lelaki itu tidak dapat menjumpainya. Malang apa yang mengekorinya sehingga ke mari?
Macam mana kalau Richard sekali lagi memaksa dia untuk mengikutnya? Mampu ke tak untuk dia mengulangi kejayaannya meloloskan diri? Sebelum ini pun Richard boleh bertindak untuk cuba membawanya pergi secara paksa rela cuma pada hari itu nasibnya baik kerana dapat melarikan diri. Bagaimana pula nasibnya hari ini? Adakah nasibnya akan baik juga?
Saat matanya sibuk melilau mencari tempat untuk menyorok, pintu bilik dikuak perlahan.
"Nurin, you buat apa dekat sini?" soal Dinaah yang hairan melihat Nurin berada di situ padahal setahu dia Nurin tiada pelanggan.
Nurin hanya mampu memberi isyarat senyap. Belum pun sempat Nurin menjawab, pintu bilik dibuka luas. Ah sudah, Richard!
"Honey, I'm missing you." Ujar Richard lalu mendekat. Dia tersenyum lebar. Tak sangka boleh terjumpa gadis yang didamba. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Niat untuk merehatkan tubuh dengan urutan akan menjadi lebih baik. Untung nasib dia bukan saja dapat diurut badan, malah batinnya sekali. Lagi bertuah jika gadis itu ialah Nurin. Apa pun jadi hari ini adalah harinya.
"Tapi Encik pelanggan saya." Dinaah yang kebingungan cuba bersuara apabila Richard langsung mengabaikan dia.
"I want her." Richard tersengih. Sekian lama dia memendam rindu, baru kini bersua kembali. Ah, mahunya tak tersengih panjang.
"I tak nak rampas pelanggan rakan sekerja I so Dinaah will asisst you today yah." Ujar Nurin namun tangannya segera disambar Richard.
"Stop running from me, dear. Apa yang tak kena dengan you? Dulu you manja sangat dengan I. Kenapa sekarang you tak nak jumpa I, sayang?" Richard menyoal. Alah, dia sengaja melengahkan Nurin. Dia sendiri tahu punca Nurin lari. Tak lain tak bukan sebabnya dia terlalu memaksa Nurin untuk melayan nafsunya yang bergelora hebat. Dia sendiri pun tahu Nurin tak akan melayannya di ranjang namun semakin kuat Nurin menolak, semakin kuat pula keinginan hati. Maknanya Nurin tak boleh lari. Walau bagaimana sekalipun, dia mesti merasa tubuh itu. Terlalu kemaruk rasanya untuk mendapatkan Nurin. Tak mahu kempunan katanya. Bertahun lamanya dia cuba bersabar. Apa itu semua tak cukup lagi?
"I bukan Nurin yang dulu, Richard. I nak berubah. You kata you sayang I. Kalau betul you sayangkan I, kenapa you tak support I?"
"You boleh berubah. I faham you tak nak jadi gadis kelab, tapi you sekarang gadis urut, kan? Apa bezanya? Lagi pula sayang, bila masanya I tak support you? Sebagai tanda I support you lah I nak you yang attend I hari ni."
"Jauh bezanya, Richard. Kalau dulu income I hasil peluk cium lelaki tapi sekarang I ada hak untuk tentukan hubungan I dengan pelanggan. Cukup sekadar tukang urut dan pelanggan sahaja. Not more than that. Kalau you rasa you nak lebih dari I, then forget it. Lupakan sajalah. I memang tak akan bagi lebih dari apa yang sepatutnya."
"You tak nak income lebih macam dulu? Layan I minum, izinkan tangan I merayap macam dulu and then wow five thousand akan masuk akaun you. Kerja senang saja. Sekarang servis you lebih murah, jauh lebih murah. Tak kan you tak nak duit lebih? Atau you nak jumlah yang lagi besar? I boleh bagi asalkan you...boleh layan I. Just spill it berapa yang you nak. Well, you pun tahu Martina dah tak ada untuk tolong you puaskan nafsu I Nurin so you kena belajar sendiri. No worries my dear. I akan ajar you step by step. Oh wait, I akan buat semua. You just need to enjoy. You tak payah buat apa-apa."
Meremang bulu roma Dinaah yang menyaksikan pujuk rayu Richard. Nasib baik Richard tak mahu menjadi pelanggannya. Setakat ini tidak pernah ada pelanggan yang berani memujuk seperti Richard yang seakan-akan lebih kepada memaksa. Jika ada urutan lain yang diminta, segalanya bergantung kepada budi bicara tukang urut. Jika ditolak, tidak pernah pula mereka membentak. Paling kurang mereka buat muka merajuk. Muncung panjang sedepa dan keluar dengan muka masam mencuka dari bilik urut. Lain pula jika mendapat, wajah ceria akan dipamerkan. Penuh kepuasan.
"Encik, kalau Encik Richard tak jadi mengurut rasanya Encik boleh balik sebab Nurin ada pelanggan selepas ni." Dinaah cuba membantu Nurin keluar dari situasi itu.
"Oh sure, I balik sekarang. Come with me, Nurin." Richard menarik Nurin melangkah bersamanya.
"Dah kenapa I nak ikut you?"
"I bayar you. Jangan risau. You ambil cuti untuk hari ni but no worries I akan bayar you berlipat kali ganda."
"Lepaskan I!" Nurin mula meninggikan suaranya namun Richard masih lagi tersengih. Dia sudah membayangkan aksi-aksi yang akan dilakukan nanti. Tak sabar rasanya untuk pulang ke rumah.
"Dinaah, tolong aku!" Nurin meronta dan memanggil Dinaah. Segera Dinaah meminta tolong tukang urut lelaki yang lain untuk menghalang Richard daripada membawa Nurin pergi. Damian datang dengan niat cubaan menyelamat namun Richard mengangkat sedikit bajunya lalu dengan sengaja menayangkan pistol yang terselit di pinggang. Sedar betapa seriusnya situasi itu, Damian terpaksa mengundur diri. Dia risaukan Nurin namun dalam pada masa yang sama, dia juga risaukan dirinya sendiri. Silap langkah, tak pasal-pasal malam ini tidur di dalam keranda.
Nurin menjerit sekuat hati. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri namun lelaki itu jauh lebih kuat dari jangkaannya. Richard bukan lawannya Nurin. Rakan sekerjanya sekadarĀ mampu untuk menjadi pemerhati. Mereka tidak pernah berdepan dengan situasi itu. Lebih-lebih lagi apabila situasi itu melibatkan pistol. Risau juga jika nyawa melayang seandainya mereka terus mencuba untuk mempertahankan Nurin. Sebaik sahaja Nurin dan Richard hilang dari pandangan mata, Dinaah segera menghubungi Dylan. Apa-apa pun yang berlaku dia mesti melaporkan kepada Dylan memandangkan Dylan yang menguruskan pusat urut tersebut. Apatah lagi sekarang salah seorang daripada tukang urut mereka dibawa lari oleh pelanggan.
"Bos, ada orang bawa Nurin pergi. Dia culik Nurin. Dia heret Nurin keluar dan culik Nurin. Dia dah bawa Nurin!" Dinaah terus kepada isi penting tanpa sempat memberi salam. Dylan yang mendengarnya agak kabur namun hatinya berdebar kencang apabila mendengar nama Nurin. Dia pantas menangkap mesti ada sesuatu yang terjadi di pusat urut dan sesuatu itu melibatkan Nurin!
"Calm down, Dinaah. Siapa dia tu?"
"I tak kenal..tapi..ah, tadi dia ada daftar sebagai pelanggan. Hah, Richard! His name is Richard. Dia yang bawa lari Nurin. Dia ada pistol, kami semua takut. Kami tak dapat nak pertahankan Nurin." ujar Nurin bersama tangis. Dia bagaikan baru tersedar betapa seramnya situasi yang mereka hadapi sebentar tadi.
"Damn! Jantan tu memang nak cari nahas."Dylan menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar. Amarahnya membuak-buak. Dia mengetap giginya. Geram dengan perangai Richard yang dah melampau.
"Macam mana ni bos? Apa akan jadi dengan Nurin?" Suara Dinaah membawanya ke alam realiti semula.
"Jangan risau, I akan uruskan." Dylan memutuskan talian telefon dan mencapai pistolnya dari dalam laci. Dia harus menyelamatkan Nurin walau apa pun yang terjadi.
"Dia ingat dia seorang saja ada pistol? Kita tunggu siapa yang makan peluru lepas ni." Dylan berbisik sendiri. Dia memanggil dua orang anak buahnya untuk ikut serta.
Alahai Richard, dari dulu lagi aku dah kata jangan nak melebih-lebih dengan Nurin. Hati Dylan bersuara sendiri. Dia sudah tidak sabar untuk bertentang mata dengan Richard. Berani-berani melangkau sempadan. Memang sah sengaja nak cari nahas.
Share this novel