Nurin Nekad. Dia harus pergi dari situ. Dylan? Ah, walaupun Dylan sedar tentang perasaannya, semua itu langsung tidak mendatangkan apa-apa maksud bagi Dylan. Dylan sekadar mempermainkan dia dengan kucupan yang diberikannya semalam. Hati Nurin menyumpah. Benci kerana Dylan tidak memandang serius terhadap sekeping hati yang tulus menyayangi. Tiada gunanya dia kekal berada di sisi Dylan sekiranya tiada sebarang cinta untuk dirinya. Jika selamanya Dylan menidakkan hatinya, bukankah dia sudah membuang masa untuk terus berada di situ? Lebih baik dia keluar dan mencari Nadzir. Meskipun dia belum jelas tentang rancangannya untuk membalas dendam, namun dia nekad untuk mencari semula bekas ayah tirinya.
Bunyi ketukan di pintu memaksa Nurin menghentikan segala kerja mengemasnya. Dylan tercegat di depan pintu. Mahu saja Nurin menghempas pintu bilik semula namun Dylan lebih pantas menahan dan melangkah masuk tanpa dijemput.
"You nak ke mana?" Soal Dylan. Almari baju Nurin terbuka luas. Hampir separuh almari itu kosong. Selebihnya sudah pun berlipat kemas di dalam beg pakaian di atas katil.
"Rasanya I dah informed you yang I nak pergi dari sini."
"So, you serious? Maksud I you benar-benar maksudkannya?"
"Kenapa? I nampak macam main-main ke?"
"Nurin, you tahu I tak akan lepaskan you keluar."
"Do I look like I care? I tak perlukan persetujuan you."
"Yes, you do!"
"Why? You bukan siapa-siapanya I. Dah kenapa you nak halang I? Oh, sebab ayah tiri I jual I pada you? Itu ke yang buatkan you berkuasa ke atas I?"
"Damn it, Nurin. You dah kenapa?"
"Apa lagi sebab lain? So, berapa you bayar dia dulu? Tell me now, I boleh bayar balik harga kebebasan I supaya you tak rugi satu sen pun."
"Kenapa you tak habis-habis nak cari pasal dengan I? Kenapa asyik nak memberontak ni?" Dylan merenung Nurin tajam. Sejak kematian Martina, Nurin semakin susah untuk dikawal. Ada saja yang tak kena.
"Dylan, kalau I stay pun apa yang I dapat? You nak I stay sampai bila? Betul apa yang Martina pernah kata, makin lama I pun akan makin tua. Kalau dah tua besok lusa, ada ke lagi yang nak kan I?"
"Bukannya besok lusa you terus tua pun!"
"Ya, dan bukannya besok lusa I boleh survive terus dekat luar sana. Semua tu perlukan masa."
Dylan meraup wajahnya. Asyik nak menjawab saja kerjanya Nurin. Kalau macam ni sampai tahun depan pun tak kan habis nak bertekak.
"So, you nak keluar ke mana?" Dylan cuba berlembut.
"Ke mana saja."
"Okay, fine. I bagi you keluar selama tiga bulan. You try survive dekat luar tapi ada syaratnya."
Segera Nurin memandang tepat wajah Dylan. Wajahnya berubah daripada ketat kepada riak teruja.
"Apa syaratnya?" Soal Nurin berserta sebuah senyuman yang gagal disorokkan.
"First, you akan stay dekat rumah I. Rumah tu sepatutnya I sewakan tapi buat masa sekarang tak ada penyewa, so you can stay there."
"Oh, boleh. Tak jadi masalah langsung."
"Second..."
"Oh, ada yang second pula dah? Banyak pula syaratnya." Nurin mencelah.
"Haip, listen to me! Jangan mencelah kalau orang tengah bercakap."
Nurin tersengih. Hilang dah rajuknya yang sedari semalam. Ah, kalau tentang Dylan tak pasal-pasal moodnya berubah. Sekejap marah, sekejap elok.
"Syarat yang kedua, you kena always keep in touch with me. I tak nak kalau I call, you tak angkat. Kalau sekali you tak pick up my call, I akan segera datang dan angkut you balik ke sini semula."
"No biggie my sweetheart." ujar Nurin lalu memeluk Dylan erat. Ah, senangnya dalam hati. Keluar dari situ pun dapat, Dylan pun dia dapat. Eh, tak! Maksud Nurin, tak sangka sangat dia berjaya keluar dari situ tanpa melepaskan Dylan. Eh, bukan! Ah, apa-apa sajalah! Dia keluar pun, Dylan stay ada untuk dia. Haa, itu baru betul!
Hati Dylan terasa berat namun dia tidak mahu Nurin curi-curi lari seperti dulu. Kalaulah betul Nurin pegi dari situ tanpa pengetahuannya sekali lagi, dia mungkin akan menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan Nurin pergi bersama sekeping hatinya. Lagi parah kalau perginya Nurin tanpa sebarang berita. Entah hidup, entah mati. Entah cukup makan, entahkan tidak. Mungkin ini yang terbaik. Biarlah dia mencuba nasib di luar sana buat sementara waktu. Nanti-nanti pandailah Nurin mencari jalan pulang.
••••••••••••••••••
"Good night, Nurin. I'm missing you."
"Eh, mengada. Baru dua hari I tak ada. Bukannya dua bulan."
"Itulah masalahnya sekarang. Ini baru dua hari, tak boleh I nak bayangkan macam mana kalau dua bulan."
Nurin mengetap bibir. Benci betul dengan Dylan. Sengaja main-main dengan ayat-ayat manis yang tak pasal-pasal boleh buatkan dia terperasan sendiri. Terasa blushing tiba-tiba tapi bila mengenang semula perangai Dylan yang asyik tarik tali, sekejap hendak sekejap tak hendak, ah cepat-cepat Nurin mengusir rasa itu.
"Cukup-cukuplah tu nak mainkan hati I."
"Mainkan apa pula?"
"Well, you now that I fell for you tapi you buat bodoh. Lepas tu you sengaja bagi ayat-ayat manis untuk I. Huh, sengaja sangat nak mainkan orang."
Di hujung talian sana, Dylan tersenyum. Ya, dia tahu cinta Nurin milik dia dan sesungguhnya cinta dia juga milik Nurin namun perbezaan mereka yang membuatkan dia sekadar melafazkan cintanya di dalam hati. Hanya dia yang tahu tentang gelora sebenar. Bukan niatnya untuk mempermainkan Nurin, tapi kadang-kala dia terlepas cakap. Terlalu jujur tentang apa yang dirasa, lepas tu terpaksa berselindung semula. Itu yang buatkan dia seperti mempermainkan hati Nurin.
"Orang lain, kalau dah suka cakap terus suka. Tak payah nak main tarik tali, I tak nak main. Lebih baik direct. So, you rindu I sebab you love me, right?" Nurin menguji.
"I rindu sebab tak ada kawan gaduh. Tak ada yang kacau I."
"Hek eleh, yalah tu tak ada kawan gaduh. Teruskanlah menipu hati sendiri. Kalau suka cakap suka, orang tak sudi I pun tak teringin nak terhegeh-hegeh dah."
Dylan tergelak. Terasa kekosongan hatinya terisi hanya dengan mendengar suara Nurin.
"Baiklah, Nurin. Esok kita borak lagi. Bisnes partner I dah sampai office."
"Hmm, bisnes partner mengajak ke neraka tu. You tak payahlah masuk bisnes dadah tu lama sangat. Kantoi dengan polis, baru you tahu tinggi rendah langit."
"Alah, pandai makan pandailah simpan."
"Kalau ada waktunya simpan tak bersih, sisa makanan tu ada tertinggal, hah macam mana pula?"
"Pandai-pandailah I jaga diri I, Nurin. You tu jaga diri. Tak payah nak risaukan I. Okay, bye."
Talian dimatikan. Nurin merungut sendiri. Tak payah nak risau konon. Mahunya tak risau kalau tahu dia sedang melakukan sesuatu yang dah memang sah-sah salah.
"Benci betul. Selain daripada tak nak mengaku suka dekat aku, boleh pula suruh aku jangan risau padahal dia yang sedang bermain dengan api." Nurin bercakap sendiri. Dalam pada masa yang sama tangannya ligat mengikat plastik sampah untuk dibawa keluar. Dia menyarungkan selipar dan berjalan ke arah tong sampah yang terletak di luar pagar rumah.
"Astaga, orang rupanya!"
Satu suara garau membuatkan Nurin terjerit. Lampu jalan yang tercegat di depan rumahnya tidak berfungsi malam ini menyebabkan suasana sekeliling sangat gelap. Nurin pula tidak terfikir untuk menghidupkan lampu di luar rumah memandangkan dia hanya keluar untuk seketika cuma. Tak sangka pula ada suara garau menegurnya.
"Eh, sorry! Saya tak berniat nak kejutkan awak tapi awak yang kejutkan saya dulu. Lain kali cubalah ikat rambut tu kalau keluar malam-malam. Dah lah gelap, awak pula keluar senyap-senyap. Terbang semangat saya."
Satu kelibat lelaki muncul di hadapan Nurin. Laa, jiran sebelah rupanya. Nurin meraup rambutnya. Ya tak ya juga, rambutnya yang panjang dilepaskan begitu saja. Kebetulan pula adanya angin malam menyebabkan rambutnya berterbangan sedikit. Mungkin sebab itu jirannya itu terkejut. Tapi masalahnya dia pun terkejut. Tak perasan langsung jirannya itu ada di luar rumah juga.
"Ah, sama-sama nak buang sampah rupanya." ujar Nurin di dalam hati.
"Maaf, saya pun tak ada niat nak kejutkan awak." Nurin meminta maaf walaupun dia kurang pasti adakah dia benar-benar bersalah.
"Lain kali jangan keluar tak ikat rambut. Dah lah gelap. Kus semangat"
"Alaaa, dah awak sendiri yang terkejut bukan salah saya pun. Awak tu haa, dah kenapa lemah semangat sangat." Elok-elok orang dah minta maaf, masih juga nak membebel.
"Eh saya ni terkejut disebabkan awak."
"Habis tu? Salah saya seratus peratus? Bukan salah saya kalau awak lemah semangat."
"Eh, sedap mulut kata orang lemah semangat. Kalau datangnya dah semacam mak lampir, mananya tak terkejut."
"Amboi, rileknya mengata orang macam mak lampir. Eh hello, saya dah minta maaf tadi tu, kan? Hah, nak apa lagi? Kalau ikutkan, saya tak perlu nak minta maaf pun. Awak terkejut, saya terkejut, Isn't that fair enough?"
"Alah, perempuan mana pernah salah."
"Masalahnya saya tak salah apa pun. Kalau nak kata saya datang gelap-gelap dengan rambut mengurai, itu hak saya. Saya nak ikat rambut ke, nak potong rambut ke, apa kaitan dengan awak? Kalau diri tu dah jenis pengecut, memang patut pun mudah terkejut. Silap-silap haribulan saya bertudung litup sekali pun, awak boleh lagi terkejut." Nurin melepaskan geramnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ish, muka cantik lawa tapi berlagak." Lelaki itu menjuihkan bibirnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Share this novel