Bab 14

Drama Completed 53004

Nurin memanjangkan lehernya ke luar pintu. Mencari gerangan pemilik suara yang memberi salam. Kelihatan kelibat Nizam sedang tercegat di hadapan pagar rumahnya.

"Apa pula mamat ni nak?" getus hati Nurin. Perlahan-lahan dia menyarungkan selipar dan melangkah ke arah paagr.

"Waalaikumsalam. Ada apa ya?"

"Saya nak keluar lepas ni. Awak ada nak keluar? Boleh saya tumpangkan sekali. Dah alang-alang saya nak keluar." ujar Nizam.

"Oh, tak. Hari ni saya tak rancang nak keluar pun. Terima kasih ya."

"Baiklah kalau macam tu. Risau kalau awak panggil abang grab tapi lepas tu nak balik masuk kereta orang lain lagi sekali."

"Eh, tak. Jangan risau, itu first and last I jumped into stranger car. Lepas ni tak buat dah." Nurin tersengih. Bila diingat semula, dia termalu sendiri. Apa boleh buat, nak selamatkan diri punya pasal. Tak sanggup rasanya jika tubuhnya diratah si miang tua. Jijik!

Tiba-tiba sebuah kereta datang mendekat dan menarik perhatian mereka berdua menoleh serentak ke arah kereta tersebut. Kereta Honda berwarna hitam itu betul-betul berhenti di hadapan rumah Nurin membuatkan mereka tertanya-tanya. Tidak lama kemudian Dylan keluar dari perut kereta. Keningnya berkerut sedikit melihat Nurin. Hatinya tertanya-tanya siapakah lelaki yang berada di samping Nurin?

"Laaa, you rupanya Dylan." Nurin tersenyum senang. Sudah seminggu tidak bersua dengan penghuni hati, tiba-tiba tanpa sebarang khabar hari ini muncul di depan mata.

Dylan berjalan perlahan mendekati mereka berdua. Dia menghulurkan salam kepada Nizam.

"Hai, saya Dylan. Awak..."

"Oh, saya Nizam. Jiran sebelah rumah ni." Nizam menyambut salam yang dihulurkan beserta senyuman mesra.

"Oh, jiran sebelah rumah."

"Saya...abang angkat Nurin."

Berkerut dahi Nurin mendengar pengakuan Dylan. Sejak bila jadi abang? Eh, geram betul. Apalah salah kalau kata dia tu buah hati Nurin ke apa? Dah kenapa nak menyembunyikan fakta daripada Nizam?

"Eh, baiklah. Saya minta izin undur diri ya. Nak keluar sekejap." Nizam menghulur salam sekali lagi sebelum melangkah masuk ke perut keretanya dan berlalu pergi.

"Oi bodoh, dah kenapa jadi abang angkat I pula?"

"Apa salahnya?"

"Selamba beruk tanya apa salahnya? Eh, you tu someone yang special dalam hati ni. Silap-silap haribulan you jadi husband I tau."

"Nurin, tak habis-habis lagi ke?"

"Tak boleh nak habis sebab I love you."

"Macam ni lah, apa kata you try dengan Nizam tu? Kalau sekali pandang macam budak baik-baik tu."

"Eh, ikut sedap dia nak suruh kita try. Kenal pun tak dengan dia tu."

"Tadi elok berborak sekarang boleh pula tiba-tiba tak kenal?"

"You ingat I apa? Ikut senang you nak pass I dengan Nizam? I nak you. Itu pun tak boleh nak faham ke?"

"You try dulu, mana tahu you sesuai dengan dia."

"Oit, dia tu orang. Bukan makanan yang ada tester kita boleh try."

"Bahaya you kalau sampai tahap tester tu."

"Eh, mengada betul. Benci!" Nurin merajuk dan berpaling membelakangkan Dylan. Kakinya dihayun untuk masuk semula ke dalam rumah. Dylan segera menyambar tangannya.

"Eleh, itu pun nak marah. Nah, kunci kereta." Dylan menyerahkan kunci kereta di tangan Nurin.

"Kunci kereta?" Nurin berkerut seribu.

"Tak payah nak pura-pura terkejut. Mulai dari hari ni, you pakai kereta tu. Apa-apa jadi senang you nanti. I tak nak you susah-susah naik grab."

"Laa, apa salahnya naik grab? Berkongsi rezeki namanya tu. At least ada jugalah job untuk abang grab."

"Kalau perangai abang grab tu macam budak sebelah rumah ni tak apalah juga, sopan gayanya. Tapi bayangkan kalau dapat abang grab yang perangai tak senonoh macam Richard. Hah, siapa nak tolong?"

Aduhai, nama Richard pula dipetik. Mendengar namanya saja sudah cukup untuk membuatkan bulu roma Nurin berdiri tegak. Nurin ada bercerita tentang pertemuannya dengan Richard kepada Dylan tapi tak pasal-pasal Dylan memintanya untuk kembali ke kelab kerana khuatir dengan keadaan Nurin di luar sekiranya Richard benar-benar berjaya mendapatkan Nurin. Tak mahulah! Alih-alih hari ni Dylan datang bawa kereta pula untuknya gara-gara khuatir sekiranya ada pemandu grab yang punya perangai sama seperti Richard.

"I tak nak. I selesa macam ni. You kena belajar untuk biarkan I berusaha sendiri. I tak nak terus-menerus susahkan you."

"I nak bagi you selesalah ni. Kereta ni you guna supaya you senang bergerak. You tu perempuan. Apa-apa jadi you sendiri yang senang kalau ada kenderaan sendiri. "

"You ni kan, tak boleh nak dibantah."

"Siapa suruh you membantah?"

"I boleh tak membantah dengan syarat, you kena jadi milik I."

Dylan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduhai Nurin,tak habis-habis nak menjerat dia. Ya, Dylan dah sedia maklum dengan rasa hati Nurin tapi kenapalah Nurin tak sedikit pun mencuba untuk faham bahawa mereka berdua tidak ditakdirkan untuk bersama sebagai pasangan. Dylan sedar betapa jauhnya dia sendiri terpesong dari ajaran agamanya, inikan pula nak mendidik dan membimbing Nurin. Mereka terlalu banyak beza. Bukan saja jarak usia yang terlalu jauh, malah mereka juga berbeza dari segi agama. Nurin pula ingin berubah hidup manakala dia selesa dengan jalan ini. Jalan yang memberikannya peluang untuk memperoleh wang dengan cara yang mudah asalkan pandai makan, pandai simpan. Dia belum bersedia untuk meninggalkan dunianya yang sekarang. Dia menghormati pendirian Nurin yang memilih untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Tidak dinafikan dia juga memberikan sokongan buat Nurin, tapi untuk dia sendiri berubah mungkin tidak lagi. Dia tidak bersedia.

"You ni....boleh tahan eh? Tak habis-habis nak menggatal."

"I gatal dengan orang yang tepat. Gatal dengan you."

"Tu lah I bagi cadangan tadi, cuba test budak sebelah rumah ni. Siapa namanya tadi? Oh ya, Nizam. I tengok kalau dari segi luaran ni tak ada pula nampak cacatnya di mana-mana. Handsome juga. Kalau I yang lelaki pun tengok dia handsome, tak kanlah you langsung tak berminat?"

"Eh, you tahu tak? Perempuan ni kalau dia dah suka dekat someone, only that person yang paling sempurna di mata mereka. Walaupun bagi orang lain muka that person macam muka pecah rumah ke apa tapi kalau hati dah berkenan, semuanya nampak sempurna."

"Hamboi, muka pecah rumah ya? Habis tu I ni muka apa? Muka tak siap?"

"Eh, you ni muka terlebih siap. Handsome gila! Dah lah cool, macho pula tu."

"Eh, melampau-lampau. Dah jom keluar, you yang drive. Hantar I balik."

"Eh, baliklah sendiri."

"Bijak sangat. Nak balik macam mana kalau kereta tu I tinggalkan untuk you?"

Nurin tersengeh-sengeh. Tak terfikir pula tentang tu.

"Okay, sekejap I bersiap." Balas Nurin lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Dylan yang memerhati gelagat Nurin yang berlari-lari anak masuk ke rumah tersenyum sendiri.

Alahai Nurin, sayangnya engkau tidak layak untuk ku miliki. Hati berdetik sendiri. Dia memandang kosong pada rumah di sebelah. Hmm, Nizam ya.... Boleh tahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience