Bab 46

Drama Completed 53004

"Dah cakap dah kita tak sesuai. Saya sepatutnya sedar diri. Saya bukan perempuan yang baik." Nurin tertunduk menahan tangis. Hari yang sepatutnya mencatat sejarah bahagia tiba-tiba dirundung petaka. Air muka jatuh serendah-rendahnya. Aibnya terbuka luas. Semua yang hadir tahu tentang masa gelapnya gara-gara Eryn.

Nizam memandang Nurin sayu. Dia melepaskan satu keluhan berat. Kenapa begini akhirnya? Masih terbayang indahnya senyum yang Nurin ukirkan. Dalam sekelip mata keindahan itu hilang gara-gara Eryn yang kehilangan akal warasnya. Nizam tahu Nurin malu diperlakukan begitu. Masa silam Nurin cuma dia dan keluarga terdekatnya saja yang tahu. Malah staf restorannya yang bergaul dengan Nurin selama ini pun tidak tahu langsung tentang siapa Nurin sebelum ini. Kenapa Eryn tiba-tiba sibuk nak dedahkan masa silam Nurin? Ish, Eryn memang gila!

"Maafkan saya, Nizam. Saya punca semua kekacauan ni. Saya dah malukan keluarga."

"Merepek apa ni, Nurin? Yang buat kacau tu Eryn. Dah kenapa nak minta maaf? Sekarang ni Eryn yang sepatutnya datang melutut minta maaf dekat kita."

"Saya sepatutnya sedar siapa saya. Awak tahu tak? Saya pelacur! Saya bekas gadis pelayan! Eryn betul. Saya memang kotor!" Benteng air mata Nurin pecah sepenuhnya. Terbayang kehidupannya yang lalu.

Berpakaian seksi dan mampu memukau setiap mata yang melihat. Dia sentiasa menghairahkan pada pandangan mata setiap pelanggan yang memandang. Ada yang sengaja singgah ke kelab hampir setiap hari semata-mata mahu melihat tubuhnya yang menggiurkan di sebalik pakaian ketat dan pendek yang digayakan. Tidak kurang juga yang sanggup memberikan harga yang tinggi semata-mata mahukan dia untuk menjadi peneman. Betapa banyak tangan-tangan yang sudah menyentuh kulit tubuhnya yang terdedah. Tidak kurang juga yang sudah memeluknya penuh berahi. Benar, dia sungguh kotor!

"Shh, jangan nangis sayang. Nurin, cuba dengar sini elok-elok dan simpan rapi-rapi. Dah beribu kali dah saya cakap yang saya tak peduli siapa diri Nurin sebelum ini. I don't care! Semua tu masa lalu. Kalau masa lalu tu menyakitkan, kenapa perlu kita nak ingatkan? Sekarang ni kita nak bina masa depan bersama. Tinggalkan masa lalu tu untuk dijadikan kenangan dan pengajaran. Kalau terlalu sakit, tolong lupakan semua tu. Apa-apapun saya janji selagi mana nafas dan degup jantung ni tak berhenti, selagi tu saya akan pegang tangan awak dan pimpin awak ke arah yang lebih baik. Kita sama-sama berubah untuk jadi lebih baik." ujar Nizam sambil menggenggam erat tangan Nurin.

Semakin kuat esak tangis Nurin. Segera Nizam menarik Nurin ke dalam pelukannya. Ah, hari ini sepatutnya menjadi hari pertama mereka berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan secara rasmi setelah bergelar suami isteri namun sebaliknya pula yang berlaku. Hanya tangis dan sendu yang kedengaran. Itulah perkara pertama yang mereka kongsikan.

"Nurin tu...kalau bukan kerana perbuatan aku mesti Nurin tak kan digelar pelacur." Nadzir bersuara perlahan sambil memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Menanti khabarnya Nurin yang sedang ditenangkan suaminya. Majlis berakhir lebih cepat dari yang dirancang. Kemeriahannya juga tidak lama. Kekacauan yang berlaku merosakkan semua.

"Tak perlu dikesalkan semua yang dah berlalu, Nadzir. Tak payah salahkan diri." Balas Encik Lutfi yang baru beberapa jam bergelar besannya.

"Betul tu. Tak payah dikenang benda yang lepas. Lagipun bukan kamu yang jadi punca majlis hari ni rosak." sampuk Puan Hasnah. Dia masih lagi geram dengan Eryn. Dah kenapa datang kalau sekadar nak buat kacau? Duduk diam-diam dekat rumah jauh lebih baik daripada datang buat sakit hati orang.

"Maafkan aku Lutfi...Hasnah. Sepatutnya aku jaga dia elok-elok bukannya humban dia ke dalam lembah hina macam tu."

"Nadzir, siapa pun dia sebelum ni kami tetap terima dia dengan hati yang terbuka. Kami tak pandang semua tu. Siapa kami untuk menilai buruknya dia di masa lalu?" Encik Lutfi bersuara lagi. Baginya siapa Nurin yang sekarang lebih penting daripada siapa Nurin di masa lalu. Sungguh pun Nurin di masa lalu itu gelap kehidupannya, namun bukahkah Nurin sudah berubah? Nurin sudah berusaha untuk meninggalkan kehidupannya yang lalu. Kenapa harus disebutkan lagi?

Bunyi daun pintu terbuka membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling. Kelihatan Nizam keluar dari bilik yang tertutup rapat tadi dan dengan perlahan dia menutup kembali pintu bilik tersebut.

"Nurin macam mana?" Tanya Puan Hasnah apabila kelibat Nurin tidak kelihatan.

"Teruk dia menangis, mak. Tu tengah tertidur dekat dalam. Penat menangis agaknya."

Puan Hasnah mengangguk. Kasihan menantunya itu. Hari bahagianya direntap begitu saja.

"Lepas ni Nizam nak keluar sekejap."

"Nak ke mana kamu?" soal Encik Lutfi.

"Nak pergi ajar perempuan tak beradab tu. Sakit sangat rasa hati ni. Tak pasal-pasal Nurin menangis teruk on her own wedding day. Hilang terus keyakinan Nurin. Tak habis-habis kata dia perempuan kotor. Semua ni gara-gara Eryn!"

"Tak payah nak menambah keruh keadaan, Nizam. Tak payah nak ke mana-mana. Duduk saja dengan Nurin tu. Dia tengah down tu. Lagipun mak rasa Mak Long kamu dah cukup untuk buatkan Eryn terdiam. Tak kuasa dah budak tu nak cakap apa-apa lepas ni."

"Maksud mak?"

"Mak Long kamu ada hantar messages tadi. Dia kata dia dah terlepas cakap."

"Terlepas cakap apa? Ish, mak janganlah cerita sekerat-kerat macam ni, mak."

"Alah, Mak Long kamu beritahu asal-usul Eryn sebelum dia dijadikan anak angkat."

"Biar betul? Dia beritahu Eryn sendiri?" Terbeliak mata Encik Lutfi mendengarnya. Kalau betul, tak hairanlah kalau Eryn terdiam.

"Apa pula tak betulnya, bang."

"Dah kenapa pula?" Nizam masih lagi kebingungan. Ada yang dia tak tahu ke? Nadzir yang duduk diamjuga diterpa rasa ingin tahu. Kenapa? Ada apa sebenarnya?

"Kamu hingusan lagi waktu tu sebab tu kamu tak tahu apa-apa." Selamba Encik Lutfi bersuara.

"Sekarang dah tak berhingus so tell me now."

Puan Hasnah menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritanya.

"Dulukan Mak Long aktif dengan program kesukarelawan yang selalu dijalankan dekat bandar. Macam-macam Mak Long kamu buat termasuklah program untuk membela nasib wanita yang tak bernasib baik termasuklah...nasib para pelacur. Ada yang memang memilih untuk melacur dan ada juga yang terpaksa. Dalam ramai-ramai yang berjaya diselamatkan, salah seorang tu tengah mengandung. Mak Long kamu jatuh kasihan jadi dialah yang paling sibuk uruskan pelacur yang mengandung tu sampailah hari dia beranak. Mak Long kamu juga yang sibuk sediakan semua kelengkapan, sediakan makanan dan ubat-ubatan apa semua tu. Hari kedua selepas melahirkan, si mak dan baby dah boleh discharge. Mak Long kamu pergi uruskan semua dan masa itulah maknya baby tu serahkan baby untuk Mak Long jaga sebab dia tahu dia tak mampu nak buat apa pun untuk anaknya. Dia tak ada tempat tinggal, tak ada duit apa semua. Senang cerita dia tak ada apa-apalah."

"Baby tu... Eryn?" Soal Nizam setelah mendengar cerita yang tidak pernah didengarnya sebelum ini.

Puan Hasnah mengangguk. Sejak itulah Eryn menjadi sebahagian daripada keluarga. Dia menerima layanan yang sama rata. Kasih sayang dicurah tanpa ada batasan. Semua ahli keluarga tidak pernah membeza-bezakan Eryn malah sangat menjaga Eryn. Mengenangkan nasib dirinya yang lahir ke dunia tanpa kenal siapa ayahnya mahupun siapa ibunya. Masing-masing bersimpati akan nasib si kecil Eryn maka tidak hairanlah ramai yang memanjakan Eryn. Tidak ada seorang pun yang mempertikaikan Eryn lahirnya dari rahim seorang pelacur sehinggalah kini. Semua rahsia hitam yang kelam tersimpan rapi. Hanya yang tua-tua saja tahu kisah sebenar.

"Elok juga dia tahu asal-usul dia. Sedap mulut mengata orang pelacur. Senang sangat nak judge orang lain. Menunding pada buruk orang." Komen Encik Lutfi tiba-tiba.

"Ish, tak baik ayah cakap macam tu." Tegah Nizam. Hatinya yang sebentar tadi panas tiba-tiba mereda dengan sendiri. Terbayang wajah Eryn. Mereka membesar bersama. Terlalu banyak yang mereka kongsikan. Eryn tak salah pun lahir di dunia ni. Apa agaknya yang sedang Eryn fikirkan sekarang ya?

"Betul apa yang ayah kamu cakap tu, Nizam. Mungkin ada baiknya dia tahu. Eryn yang sekarang bukan lagi Eryn yang dulu. Dulu dia polos sangat. Tapi tadi tu...lain macam sangat. Risau kalau dia bertindak lebih teruk mendera perasaan Nurin. Harapnya selepas dah tahu siapa yang lahirkan dia, kita dapat balik Eryn yang dulu."

Nizam mengangguk perlahan. Semoga Eryn diberikan kesedaran. Semoga juga perasaan Nurin yang terhiris pulih seperti biasa. Besar kesan yang Eryn tinggalkan. Namun Nizam tetap mengharapkan yang terbaik untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience