Bab 33

Drama Completed 53004

"Celaka!" Dylan menyumpah keras. Sudah dua bulan dia bersembunyi di situ. Hidupnya terasa bosan dan tidak bermakna. Kalau betul apa yang Steven sampaikan tadi, apalah maknanya dia bersembunyi selama ini?

"Apa yang mereka tanya kau?"

"Nothing else."

"Apa petunjuk yang membawa mereka kepada aku?"

"Sorry tapi aku tak tahu. Aku tak boleh nak tanya mereka lebih-lebih. Risau kalau mereka ragu dengan kenyataan aku. Tapi aku rasa mereka berjaya kaitkan kau dengan kes Richard sebab kau menghilang tepat pada pembunuhan Richard. They may smelt something fishy was going on."

"Sial betul. Aku dah naik gila menyorok di sini. Hidup seorang diri, tak boleh keluar ke mana-mana, itu tak boleh ini tak boleh. Nak call someone pun aku kena adjust sungguh-sungguh. Itu pun dah berminggu aku tak keluar dari sini sejak kes bedebah tu tiba-tiba ada kemajuan. Aku dah buat yang terbaik untuk berdiam diri but still terpalit dengan kes bedebah tu. Dah mati pun masih menyusahkan aku."

"Sebab tu aku tak bawa kau keluar ke mana-mana. Aku rasa mereka track kau melalui telefon kau tu. Aku ada beritahu kau yang aku terserempak dengan mereka dekat pekan few weeks ago, kan? Mesti pihak polis dapat kesan isyarat telefon kau melalui menara di sana. Nasib baik kau tak keluar langsung lepas tu sebab aku rasa sekarang mereka dah loss kau dah."

"Mereka mungkin akan cari Nurin."

"No worries, aku dah uruskan bahagian tu. Jangan risau. Semua rekod kau dan Nurin anggap settle."

"Good but not enough. Sekarang ni macam mana nak buat mereka berhenti cari aku? Kalau segala apa yang aku buat ni tak cukup bagus untuk mengelak, apa bezanya hidup di sini dengan di penjara? Sama saja terperangkap terkurung."

"Habis tu? Apa yang kau fikir? Tak kan nak serah diri?"

"Mungkin hidup dalam penjara jauh lebih baik dari hidup sebagai pelarian macam ni."

"Kau menyerah?"

"Aku penat." Dylan menyatakan kebenaran.

Sungguh, dia penat hidup begini. Dia bukan orang yang baik tapi dia tidak pernah berdepan dengan sebarang pembunuhan. Itu sesuatu yang baru. Kalau setakat jual beli perempuan, arak, dadah, pelacuran dan perjudian itu umpama celah giginya saja. Apatah lagi pihak berkuasa yang sepatutnya membanteras berjaya dikawalnya dengan rasuah. Yang sepatutnya handle pelacuran, terlampias pula nafsu sendiri dengan layanan gadis-gadis kelab. Terpuas pula nafsu serakah sendiri yang mana akhirnya membuatkan mereka masing-masing buat-buat buta. Yang handle dadah pun sama buat-buat buta. Mereka sendiri pun perlu meyimpan stok untuk diri sendiri, tak kanlah mereka nak buat kerja sungguh-sungguh. Kalau semuanya clean, susahlah mereka nak cari makan. Mana nak dapat stok kalau habis nanti? Tapi untuk kes homisid, dia sedar tiada apa yang boleh dilakukan. Sukar untuk menyembunyikan mayat seseorang. Nak hapuskan mayat tak semudah dia menghapuskan dadah.

"Kau tahu akibatnya kalau kau menyerah? Kau tahu hukumannya?"

"Kalau aku mengaku bersalah, mungkin hukumannya penjara seumur hidup."

"Macam mana kalau hukumannya nanti hukuman mati?"

"Ah, aku tak tahu."

"Habis tu macam mana dengan Nurin?"

Dylan terdiam. Wajah Nurin terbayang di ruangan matanya. Oh Tuhan, sungguh dia merindui Nurin, gadis pertama yang mencuri hatinya. Ada ketika dia tertanya sendiri, kenapa mereka ditemukan dalam kehidupan yang penuh dengan onak dan duri? Kenapa harus mereka bertemu ketika masing-masing tidak menjalani kehidupan dengan baik? Kenapa hati saling bertaut disaat mereka tidak mampu untuk menyatu?

"Dia harus jalani kehidupan dia tanpa aku."

"Kau pula? Sedia untuk teruskan hidup tanpa dia?" Steven menyoal.

Dia tahu Dylan mencintai Nurin. Gadis itu satu-satunya individu yang dihubungi Dylan sepanjang persembunyiannya. Dylan bergelar pembunuh pun kerana gadis itu. Ada ketika Steven bagai mahu meletakkan kesalahan kepada Nurin kerana hadir dalam hidup Dylan. Sebelum kehadiran Nurin, hidup Dylan baik-baik saja. Sentiasa cermat dalam setiap langkahnya. Tapi setelah adanya Nurin, kelihatan Dylan terlalu menjaga gadis itu sehinggakan langkahnya pincang dan membawa kepada kesilapan yang sukar untuk disorok. Tapi apakah benar Nurin yang bersalah? Bukankah hati Dylan turut bersalah kerana membenarkan cinta itu hadir?

"Aku dan dia bukan ditakdirkan untuk bersama jadi dia kena teruskan hidup tanpa aku dan aku pun terpaksa hidup tanpa dia."

"Hold for a sec. Aku rasa kau perlu bertahan sedikit saja lagi. Kita tak tahu apa langkah pihak polis yang seterusnya. Aku tak nak kau ambil keputusan yang terburu-buru."

"Kau tak bosan hidup macam ni, Steven? Kau tak rasa jemu dengan rutin kau yang terpaksa menjenguk aku ke sini? Dah dua bulan kau buat kerja yang sama. Kau tak bosan?"

"Tak, aku okay dan aku tak bosan. Aku buat semua ni bukan sebab kau yang memaksa tapi aku memang nak tolong kau."

"Perbuatan kau ni mungkin akan jadi jerat untuk kau sendiri nanti."

"Kalau kau boleh buat apa saja untuk aku, kenapa aku tak boleh?"

Suatu ketika dahulu, Dylan hadir dalam hidup Steven dalam waktu yang paling teruk. Waktu itu dia terbeban dengan hutang. Isteri diperkosa di depan mata sedangkan dia sebagai suami tidak mampu berbuat apa. Semakin dia meronta untuk menyelamatkan wanita yang disayang, semakin teruk dia dikerjakan. Rentetan dari itu, mereka kehilangan anak yang baru tiga bulan hidup di dalam kandungan. Isterinya trauma teruk. Dia berjumpa Dylan dengan niat mahu meminjam lagi. Perbuatan Steven pada waktu itu umpama gali lubang, tutup lubang namun dia tiada pilihan lain. Nasib Steven berubah apabila Dylan menawarkan dia untuk bekerja dengannya. Masalah hutang-piutang ditanggung oleh Dylan sepenuhnya. Bagi membayar budi, dia berkhidmat untuk Dylan. Menjadi orang kepercayaan Dylan sepenuhnya. Hidupnya berubah 100% termasuk statusnya yang berubah duda selepas isterinya memohon cerai. Trauma akibat daripada peristiwa yang lepas menyebabkan isterinya pergi membawa diri kerana risau sekiranya dia akan menjadi mangsa sekali lagi. Hidup dengan Steven tiada sebarang jaminan bahawa dia akan selamat di masa akan datang. Steven akur kerana dia tahu jalan yang dia lalui tidak menjanjikan sebarang keindahan dan mungkin kerana itu jugalah Dylan memilih untuk terus solo sehingga kini walaupun pujaan hatinya berada di depan mata. Mungkin lelaki seperti mereka tidak selayaknya punya pasangan.

"Kau betul-betul nekad nak serah diri? Aku pula yang berat hati. Kalau kau tanya aku memang aku tak bagi."

"Habis tu sampai bila aku nak macam ni? Urusan bussiness pun kau yang uruskan. Makan minum aku pun kau yang handle. Habis aku ni nak jadi apa? Dah macam tak ada fungsi."

"Kita tunggu keadaan reda dulu. Lepas tu kita bincang lagi."

"Dua bulan dah aku menyorok. Polis tetap dapat kaitkan aku dengan kematian dia."

"Habis tu? Apa plan kau?"

"Kan aku dah cakap aku nak serah diri. Hidup macam ni pun tak ada makna. Aku tercanguk-canguk seorang diri siang malam pagi petang. Kalau kau ada barulah ada teman nak berborak. Kalau tak hampir gila aku terkurung sendiri. Apalah sangat bezanya kalau aku stay dalam penjara sekali pun. Malah mungkin lebih elok kehidupan aku dekat dalam sana nanti."

"Aku...risau...kalau hukuman kau..."

"Apa? Membawa ke mati?" Dylan tertawa kecil. Bagi dia lebih baik dia tahu tarikh kematiannya daripada dia terus berteka-teki tentang nasibnya di esok hari. Hidup sebagai pelarian ternyata memberi kesan. Segalanya tentang sesuatu yang tidak pasti. Nak tidur pun tak lena. Risau kalau-kalau tengah tidur ada yang masuk tanpa izin. Bayangkan kalau tengah lena, tiba-tiba bangun tangan sudah siap bergari. Ah, lagilah dia tak suka elemen kejutan seperti itu. Itu baik lagi kalau setakat digari kerana penghujungnya sudah tentu ke penjara juga. Macam mana kalau peluru tak bermata yang datang meluru? Mahunya dia terus ke lubang kubur.

"Kau betul-betul nekad?"

"Yeah... sebab aku bosan."

"Nurin?"

"Aku percaya dia mampu uruskan kehidupan dia sepertimana yang dia impikan."

"Kau tak nak jumpa dia kali terakhir sebelum nak serah diri?"

Dylan diam sebentar. Gila tak nak? Hati merindu bagaikan nak pecah. Kalau ada peluang, sudah lama dia berlari ke arah Nurin. Jika diikutkan rasa hati, mahu saja dia membawa Nurin bersamanya. Berjauhan seperti ini membuatkan dia benar-benar sedar bahawa dia sememangnya sudah pun menyerahkan seluruh jiwanya untuk gadis itu. Dia yang sengaja menafikan rasa hati kerana risau perbezaan usia dan kehidupan yang mereka impikan bakal menjadi penghalang. Perpisahan ini menyedarkan dia bahawa dia sememangnya hanyut dalam rindu dan bayangan Nurin tapi apakan daya. Situasinya yang sudah sedia buruk kini semakin memburuk selepas nyawa Richard dan anak buahnya berakhir di tangan Dylan. Mungkin inilah yang dikatakan mencintai namun tidak memiliki? Ah, kenapa ini laluan hidup yang terbentang? Penuh liku dan cabaran. Tiada langsung jalan baik yang boleh dilalui. Kiri, kanan, depan dan belakangnya hanyalah jalan beronak, berduri dan bersimpang-siur namun tiada satu pun di antara jalan itu yang memiliki cahaya untuk ke arah kehidupan yang sebenar. Apakah dia terkecuali dari sesuatu yang namanya bahagia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience