Bab 37

Drama Completed 53004

Nizam kebingungan. Langsung tak dapat memahami apa yang sedang Puan Hasnah sampaikan.

"Tak pernah-pernah kamu berahsia dari mak dengan ayah. Kali ni dalam diam kamu buat kerja ya? Tup tup dah plan nak kahwin."

"Siapa nak kahwin?" soal Nizam kembali. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tak payah nak pura-pura sangatlah. Mak dah dengar semuanya dari mulut bakal menantu mak sendiri."

Aduh, makinlah Nizam bingung. Siapa pula bakal menantu yang dimaksudkan?

"Dengar apa?"

"Ish, menyampah betul mak dengan kamu ni. Kamu berdua dah plan nak kahwin hujung tahun ni, kan? Hah, serahkan pada mak dengan ayah. Tak sabar rasanya nak uruskan majlis kamu."

"Kamu dah kenapa Nizam? Ramai sangat calon ke sampaikan kamu tak pasti bakal menantu yang mana satu yang mak kamu maksudkan?" Encik Lutfi menyampuk.

"Eh...tak... Masalahnya sekarang Nizam tak ada calon mana-mana pun." Katanya jujur. Ya, dia punya calon pada awalnya namun dia gagal pada sesi temu duga untuk menjadi suami gara-gara gelojoh tak bertempat.

"Sudah-sudahlah berlakon tu. Mak dengar sendiri dari Nurin masa dia berbual dengan Eryn siang tadi. Mak curi-curi dengar." Puan Hasnah tersengih sendiri. Kantoi pula dia curi-curi dengar perbualan Eryn dan Nurin siang tadi.

Nizam terkejut. Nurin dah kenapa? Bukankah dia sendiri yang menolak Nizam? Belum pun lama dia berkata tidak. Tak kanlah sebentar kemudian berkata ya?

"Mak salah dengar kot." Nizam cuba menyangkal.

"Ish, mak tak salah dengar. Eryn datang siang tadi nak jemput mak ke rumah Mak Long kamu. Mak duduk dekat ruang tamu dan tiba-tiba mak dengar macam ada bunyi suara orang tengah berbual. Mak pun keluar menjenguk. Rupa-rupanya Eryn ke rumah sebelah ni haa. Berdepan dengan Nurin. Berebutkan kamu. Tak sangka Nurin pertahankan kamu."

"Hah? Berebutkan Nizam?"

"Sukalah tu ada orang rebutkan dia." Encik Lutfi menyampuk lagi namun disulamnya dengan tawa. Siapa sangka si terunanya ada yang sudi merebut. Geli pula hati tuanya.

"Eh, kejap mak. Lebih baik Nizam pergi tanya Nurin sendiri."

"Pergilah tanya sendiri. Memang betul si Eryn datang tadi."

Nizam segera menghantar pesanan kepada Nurin. Tak boleh jadi. Dia kena tahu apa sebenarnya yang berlaku. Adakah Nurin sengaja main-main? Ish, kena tahu juga! Risau takut tak boleh tidur dibuatnya.

Jumpa dekat luar sekejap - Nizam

Okay - Nurin

Segera dia keluar dan menunggu Nurin. Seketika kemudian Nurin keluar dari rumahnya.

"Apa yang berlaku tadi siang?" Nizam bertanya terus. Nurin tersengih. Sedar bahawa pembohongannya sudah sampai kepada Nizam tapi... masalahnya Puan Hasnah percaya sungguh. Nak buat macam mana?

"Eryn datang jumpa saya tadi siang."

"Lepas tu?"

"Dia minta saya tinggalkan awak. Tapi since kita dah menipu dia sebelum ni, I thought maybe saya kena teruskan. Awak bukan kaki penipu so mesti ada sebab kenapa awak tipu dia tentang hubungan kita. So, I just follow the flow dan...tak sangka lain pula jadinya."

"Awak cakap apa?"

"Saya cakap kita nak kahwin hujung tahun ni." ujar Nurin sambil tersenyum kelat.

"Saya cuma teruskan penipuan kita. Itu saja! Saya tak tahu sebab apa awak menipu dia sebelum ni. Tak kanlah saya nak dedahkan semua sedangkan saya tak tahu reason awak buat macam tu. So, saya teruskan saja but maybe too much sampaikan your mother percaya sungguh."

Nizam mengeluh perlahan.

"You know what, my mom memang menaruh harapan pada awak untuk jadi menantu dia. Bila dia dengar apa yang awak cakap siang tadi tu, tak berhenti dia senyum sampai sekarang."

"Eh, tapi tadi tu main-main saja."

"Tak apalah. Nanti saya cuba clearkan balik semua salah faham ni. Yang penting saya dah tahu apa sebenarnya yang berlaku."

"Sorry." Nurin tersengih. Lega hatinya apabila Nizam berjanji untuk menjernihkan salah faham yang terjadi.

Nizam mengangguk cuma sebelum berpaling untuk kembali ke rumah. Hatinya sedikit kecewa kerana pada awalnya dia menyangka Nurin berubah hati. Disangkanya Nurin menarik semula penolakan sebelum ini namun ternyata semua itu hanyalah salah faham. Nurin hanya meneruskan permainan mereka dengan Eryn. Tidak lebih dari itu.

"Nizam, are you okay? Ada masalah?" Nurin bertanya. Lain benar reaksi wajah Nizam. Tidak terpancar langsung kelegaan sama seperti yang dia rasa.

"I'm fine. Esok turun kerja dah, kan? Pergilah tidur. Saya pun baru balik tadi. Terkejut dengan khabar berita yang mak sampaikan. Nak tak nak saya kena clearkan dulu semua baru boleh rehat. kalau tak nanti risau tak boleh nak tidur."

"You look...upset? Nizam, awak harapkan pembohongan saya tadi tu betul-betul berlaku ke?" Nurin meneka. Wajah sugul itu adalah wajah yang sama dilihatnya sewaktu dia menolak 'lamaran ' Nizam sebelum ini.

"Tak payahlah awak fikirkan tentang tu. Nurin. Saya okay." Nizam mengukir senyum.

"Selamat malam. Jumpa esok." Ujar Nizam lalu melangkah masuk.

Tiba-tiba Nurin merasakan seolah-olah bahunya berat disebabkan rasa bersalah yang hadir. Dia tahu tentang rahsia hati Nizam yang menyimpan perasaan terhadapnya. Cumanya dia tidak membalas rasa itu walaupun dia selesa berada di sampingnya. Nurin sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang dicari.

Hatinya seolah-olah mendingin selepas sekian lama meyimpan perasaan pada Dylan. Tangan yang dihulur menunggu untuk disambut juga semakin layu. Dylan tidak mahu menyambut hulurannya hanya kerana kehidupan mereka yang berbeza. Apatah lagi sekarang. Dylan bakal lama berada di sebalik tirai besi.

Satu yang pasti, sekeping hati Nurin tidak lagi menunggu Dylan. Dia sudah mampu untuk menerima kenyataan bahawa jodohnya bukan dengan lelaki itu. Hadirnya Dylan hanya sebagai perisai.

Ya, Dylan pernah mengakui dia juga mencintai Nurin namun apalah ertinya cinta jika tidak boleh bersatu? Saat cinta itu dilafaz, Nurin sendiri bingung. Apa yang akan berlaku? Apa langkah seterusnya? Malah Dylan menyatakan bahawa cinta tidak semestinya memiliki. Bukankah itu satu petanda bahawa Dylan sebenarnya dalam diam menolak untuk bersamanya? Sampai bila? Hatinya membengkak dan meretak setiap kali ditolak hinggakan jiawanya membeku dan membatu. Hatinya mendingin malah dia berhenti untuk menghulurkan tangannya. Dia menyerah kalah dalam perjuangannya sendiri untuk mendapatkan Dylan. Apakah itu juga yang dirasakan oleh Nizam?

Tapi dia dan Nizam belum lama kenal. Baru beberapa bulan. Hadirnya Nizam disaat dia berhenti percaya pada cinta. Dia tidak menafikan ada ketikanya hati bagaikan mencair saat bersama Nizam. Tapi dia yang sengaja dengan segera membekukan semula hatinya. Risau jika cinta itu hanya satu permainan yang sementara. Dia telah memberi segalanya dengan mudah untuk Dylan sebelum ini dan kerana itulah dia tidak akan memberikan segalanya dengan mudah untuk Nizam. Bimbang jika nanti apabila dia telah menyerahkan seluruh hati dan jiwa, Nizam pula tidak menghargai.

Bila difikirkan semula tentang siapa dia sebelum ini namun Nizam masih mahu menerima, seharusnya dia bersyukur kerana masih ada yang sudi untuk melamarkan menjadi seorang isteri sedangkan kisahnya gelap. Hidupnya sangat tidak sempurna. Tubuhnya puas dipeluk dan diramas. Nizam tahu dan sedar tentang hakikat itu namun tidak pula menolaknya bahkan dia yang mengenepikan Nizam. Bukankah seharusnya Nizam yang perlu memilih untuk menyingkirkan dia?

Tidak cukup dengan itu, keluarga Nizam yang tahu buruk baiknya dia turut menerimanya dengan hati yang terbuka. Dia membayangkan wajah lembut Puan Hasnah. Sungguh pun wanita itu terkejut saat mengetahui masa silamnya, namun tidak pula wanita itu menilainya buruk. Nurin bertanya sendiri. Bukankah dia seharusnya bersyukur?

Nurin melabuhkan punggungnya di sofa. Telefon bimbitnya dicapai. Dia nekad. Nizam layak mendapat peluang untuk cuba menduduki hatinya. Tidak salah mencuba.

Nizam, awak dah bagitau your mom ke tentang tadi? - Nurin

Beberapa minit kemudian baru Nizam membalas.

Sorry, baru habis mandi. Not yet. Don't worry lepas ni saya bagitau dia. - Nizam

Nizam, awak betul-betul maksudkan ke perkara yang awak cakap dekat pasar malam tu? - Nurin

Perkara yang mana satu?- Nizam

Do you love me?? - Nurin

Nurin bertanya langsung. Biar lebih cepat selesai.

I do. - Nizam

Like really do? Why? - Nurin

Idk. Saya sendiri tak pasti sejak bila tapi saya yakin yang saya betul-betul dah jatuh cinta. - Nizam

Tapi saya bukan macam perempuan lain. Awak tahu masa silam saya macam mana, kan? Boleh awak terima kekurangan saya? -Nurin

Masa silam awak tu milik awak. Saya belum muncul dalam hidup awak waktu tu. Sekarang saya dah ada dan kalau awak izinkan, saya sudi untuk bersama awak dan lakarkan masa depan yang lebih baik untuk kita berdua. - Nizam

Why Nizam? Knp baik sangat? - Nurin

Hati Nurin mencair sedikit. Seolah-olah keikhlasan dari Nizam menghangatkan perasaannya.  Lain benar rasanya malam ini.

Jangan tanya kenapa. Awak dah reject saya sebelum ni pun saya tak mampu nak buang perasaan saya kat awak. I love you. Kalau ikutkan rasa hati, dah lama saya panggil awak sayang. - Nizam

Gatal dia! Belum apa-apa dah nak panggil orang sayang - Nurin

Dah memang betul saya sayangkan awak. - Nizam

I'm not sure my feeling towards you. Please make me fall in love with you. Jom beri peluang untuk hati kita. - Nurin.

Berkali-kali dia menaip dan memadamkannya kembali. Dia masih berkira-kira untuk memberi ruang kepada hatinya bagi menerima Nizam.  Ah, redah sajalah! Akhirnya dia menghantar pesanan itu. Dia berdebar menunggu balasan dari Nizam. Ish, lambat pula mamat ni.

Serious ke ni?! - Nizam

Damn serious. Nak ke tak nak? - Nurin

Gila tak nak? Mestilah nak! So can I call you sayang? - Nizam

Ikut suka awak. - Nurin

Kalaulah awak tengok keadaan saya sekarang ni, berpeluh menggeletar. Tak percaya. Rasa macam mimpi. - Nizam

Jangan nak suka sangat. Belum tentu saya suka awak. -Nurin

Kita tengoklah nanti. - Nizam

Nurin tidak lagi membalas. Dalam diam hatinya mekar sedikit. Terbayang wajah Nizam berserta senyumannya. Ish, macam mana nak berdepan dengan Nizam esok? Dia tersipu sendiri. Ya ampun dia dah kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience