Bab 27

Drama Completed 53004

"Nah, good job my girl. Satu langkah yang baik untuk dapat apa yang you nak. So, how it feel?"

"Its feel different, Dylan. Tak sama rasa macam sebelum ni. Sebelum ni kerja jugak tapi kerja tak betul, kerja tak senonoh melayan maksiat." ujar Nurin tertawa kecil. Sungguh ada satu kelainan yang dia rasakan. Rasa lebih lapang dan tenang. Tak ada benda yang dia nak risaukan. Tak perlu risau ada tangan yang melingkar pinggang, menyentuh aset dada mahu pun mahkota berharga.

"Baguslah kalau macam tu. I pun rasa senang dengar perkembangan you. Lagi-lagi bila I tahu majikan you sekarang ni jiran sebelah rumah. Siapa nama budak tu?"

"Eh, payah betul dia nak ingat nama Nizam tu."

"Haha biasalah dah tua, mudah lupa." Dylan berseloroh.

"Tua yang hot, mengancam... aum..."

"Dia dah mula dah. Siap mengaum pulak dah." balas Dylan.

Kedua-dua mereka ketawa senang. Ah, indahnya kalau mereka benar-benar boleh ketawa bersama dan bukan hanya melalui telefon semata-mata.

"I pernah jumpa sekali dengan Nizam, kan?"

"Ya, pernah sekali. Masa you hantar kereta tu." Kereta Honda hitam yang pernah diberikan oleh Dylan suatu ketika dahulu tidak lagi digunakan Nurin. Lebih selesa pula dia menggunakan grab. Kali terakhir dia menggunakan kereta itu adalah pada hari dia diculik Richard. Selepas itu, dia tidak lagi punya keberanian. Steve sudah pun mengambil semula kereta tersebut memandangkan Nurin langsung tidak mahu menggunakanya lagi.

"Nizam ada mix chinese ke sebab seingat I muka dia macam ada iras-iras cina macam tu. Oppa oppa."

"Banyaklah you punya oppa. Kalau oppa tu korea, bukannya cina."

"Alah, lebih kuranglah tu. Cukup pakej nak jadi ahli baru BTS."

Nurin tergelak. Wah, boleh tahan Dylan sekarang. Tahu pula tentang artis lelaki berkumpulan yang hot dan tak pernah jemu dipandang oleh para gadis masa kini.

"Weh, kenal juga you dengan BTS ya? His mom yang asalnya cina. Tak adanya darah-darah BTS dalam diri dia."

"Wah, boleh tahan you. Banyak juga yang you tahu tentang dia, ya? Tahu pula darah campuran orang bujang sebelah rumah."

"Eh, sengal betul you ni. Dah dia tinggal sebelah ni, tak kanlah I langsung tak bertanya itu ini. Lagi pula I adalah juga bercampur gaul dengan mak Nizam. So, adalah juga dia bercerita sedikit sebanyak. I bukannya ada orang lain pun dekat sini."

"Eloklah tu, berkenalan rapat-rapat dengan bakal keluarga."

"Eh, bodoh betul you. Bencilah!"

"Alah, itu pun nak naik angin. Orang usik-usik sikit pun nak marah."

"Usiklah tentang benda lain. You macam tak tahu yang I sedang tunggu you, kan? Dah tu kenapa sibuk nak keneng-kenengkan I dengan orang lain?"

"Nak tunggu I sampai bila? Baik tak payah tunggu sebab takut buang masa you semata-mata."

"Do I look like I care? Yang dibuang tu masa I, bukannya masa you. So, ikut suka I lah nak menunggu ke, nak pergi ke or nak apa-apa sekali pun."

"Ha, terpulang you lah kalau macam tu. Diluar bidang kuasa I. By the way, Nurin...nak tanya ni..."

"Apa dia?"

"Nadzir ada datang cari you lagi?"

"Oh my god, kenapa disebut nama si bedebah tu?"

"Hei, why so rude? Nurin yang I kenal tak pernah biadap macam ni."

"I can't... I just can't! Dengar nama dia buat I rasa macam kena campak ke masa silam. Segala-gala yang menjadi punca kepada semua permasalahan yang I hadap bagaikan terbentang luas di depan mata. Sakit, Dylan."

"Nurin, you kena lembutkan hati you. Ya, memang betul dia campakkan you ke lorong gelap, tapi you selamat dari semua perkara yang tak elok, betul tak?"

"Itu nasib baik I selamat, kalau tak..."

"Sekarang dah tak ada kalau...you kena buka mata dan tengok sekeliling you. Lupakan apa yang terjadi dengan perkataan kalau..sebab semua tu tak berlaku. Apa yang ada disekeliling you sekarang, yang ada di depan mata you sekarang, itulah yang sebenarnya yang berlaku. Dah tak ada dah istillah kalau."

"Kenapa you beria-ria nak I maafkan dia? Ada berkomplot ke dengan dia?"

"Komplot apa bendanya? Eh, tak ada komplot atau apa-apa agenda tersembunyi pun cuma...I percaya Nadzir."

"What? You trust him? Percaya apa?"

"I percaya dia terpaksa jadikan you korban kepada keadaan."

"Tapi I tak percaya. He should be the one yang stand untuk I. Not the one who let me go and lefted me."

"Dah namanya pun dia terpaksa. You faham tak apa maksud terpaksa? I percaya dia sayangkan you dan tak sanggup nak biarkan you dibunuh, sebab tu dia jual you. Nasib you pula baik sebab I yang jaga you. I tak pernah suruh you buat lebih-lebih. You still have your virginity even though you was a club girl. Tak bersyukur ke dengan jalan hidup you?"

"Hidup I boleh jadi lebih baik kalau bukan ini jalan yang terpaksa yang lalui."

"Nurin, wake up! Sampai bila you masih nak berpegang pada masa silam. Past is past dan benda tu you tak boleh nak ubah dah. Sekarang fokus dengan hidup you, masa depan you. One fine day, kalau umur panjang, you pun akan tua dan I tak nak you menyesal dengan sifat you yang penuh dendam sekarang ni. Sifat macam tu tak akan bawa sebarang kebaikan, Nurin."

"You sembang macam you tahu semua kan?"

"Ya, memang I tahu! Buktinya sekarang, Nurin. Buka mata you luas-luas. Kalau bukan disebabkan amarah yang meluap, dendam yang memuncak, Richard tak akan mati di tangan I dan I tak akan jadi pembunuh.I memang jahat, bukan orang yang baik tapi membunuh? Tak pernah lagi tangan ni cabut nyawa orang selain Richard. Kalau setakat cacatkan orang tu, memang biasa I buat tapi bukan membunuh. Kalau I tak simpan dendam, tak marah melampau, I tak perlu menyorok macam sekarang. Kita pun tak perlu berbual melalui telefon."

Diam sejenak. Ketegangan mula dirasai. Dylan menarik nafas dalam dan melepaskannya semula. Terasa semakin menjauh dari Nurin. Sudahlah sekian lama tidak bersua, bila berbual akhirnya tidak seindah mana.

"You fikir dalam-dalam, I cuma nasihatkan you. I tak nak you menyesal dikemudian hari. Got to go now, bye. Take care, I love you."

Talian dimatikan. Setitis dua air mata mencemar pipi. Nurin tidak senang apabila perbualan mereka berakhir begitu. Tiada kemesraan malah hanya ketegangan.

"I do love you too, stupid!" ujar Nurin lalu melepaskan tangisnya. Ah, serapuh itu sekeping hati milik Nurin Nadhira. Dia sangkakan dia sudah kuat, tapi ternyata dia masih lagi lemah bila berhadapan dengan situasi begini. Tak sukanya!

Alamak, ada ketegangan di antara Nurin dan Dylan! Agaknya apa yang akan berlaku nanti? Ish, Dylan pun satu sibuk nak keneng-kenengkan Nurin dengan Nizam. Patut ke tak patut? Nizam pun baik orangnya. Apa pendapat para readers sekalian? Drop some thought yahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience