Bab 35

Drama Completed 53004

"Nizam, saya nak minta maaf tentang hari tu."

"Tentang hari tu?" Nizam mengerutkan dahinya.

"Yang hari tu...dekat pasar malam."

"Oh, tak apa. Kenapa nak minta maaf?"

"Rasa bersalah sangat."

"Hati mana boleh dipaksa begitu saja. I'm fine with that, Nurin." Nizam mengukir senyum namun di hati tuhan saja yang tahu betapa kecewanya malam itu.

Nurin menatap wajah majikannya. Ah, tiada cacat-celanya tapi hatinya yang belum terbuka untuk menerima lelaki lain. Sebelum ini dia membuka luas hatinya untuk Dylan tapi tidak pernah sekali pun lelaki itu masuk dan menghuninya. Dia menebarkan cinta namun tidak mendapat balasan. Adakah hatinya membatu kerana itu? Ah, dia sendiri pun tak tahu. Kasihan lelaki seperti Nizam menjadi mangsa. Ditolak mentah kerana hatinya yang tertututp rapat. Semuanya gara-gara Dylan.

"Kita still boleh berkawan macam biasa, kan?" Nurin menyoal. Risau jika Nizam melangkah pergi dari hidupnya. Mungkin hatinya belum terbuka menerima Nizam tapi dia tidak mahu untuk kehilangan lelaki itu juga. Hadirnya Nizam bagaikan mengisi satu ruang kosong dalam hidupnya. Dia tidak mahu jika Nizam menjauh gara-gara peristiwa itu. Bukan niatnya untuk mematahkan sekeping hati milik lelaki itu tapi dia sendiri pun tidak pasti tentang hati dan perasaannya. Jika suatu ketika dahulu dia sewenang-wenangnya membuka luas pintu hati untuk Dylan, kini dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Risau jika semudah itu juga hatinya akan dihancurkan. Sama seperti apa yang telah Dylan lakukan. Sakit hatinya dibiarkan sepi begitu saja. Jika dulu ketika mereka masih bersama di kelab pun Dylan tidak menghargai hatinya, apatah lagi ketika ini.

"Mestilah. Saya tak nak kehilangan Nurin. Saya tak romantik dan saya sangat-sangat tak pandai nak bermadah puitis tapi cukuplah awak tahu saya memang sukakan awak. Mencinta tak semestinya memiliki."

Kali kedua Nizam meluahkan isi hati. Direct to the point. Tidak dinafikan degup jantung Nurin melaju saat mendengar luahan cinta itu. Tidak pasti kenapa tapi mungkin kerana sebelum ini dia tidak pernah mengalaminya. Nak menunggu Dylan meluahkan cinta? Ah, sampai kiamat pun belum pasti.

"Terima kasih, Nizam. Awak baik sangat."

Nizam tersenyum cuma. "Pergilah masuk ke rumah. Dah lewat ni."

Nurin mengangguk lalu meminta diri untuk masuk ke dalam. Nizam menghantarnya dengan pandangan mata sahaja. Mereka berbalas lambaian sebelum Nurin menutup pintu rumahnya. Nurin segera mandi membersihkan diri. Baru saja dia mahu bermalas-malasan di ruang tamu sambil melayan drama korea kegemaran, tiba-tiba telinganya menangkap dentingan pagar rumahnya bagaikan sedang dibuka. Jantung Nurin bagaikan berhenti berdegup apabila bunyi kunci kini jelas kedengaran di luar pintu utama rumahnya. Oh tidak, apa yang perlu dia lakukan? Belum pun sempat dia berfikir langkah seterusnya yang perlu diambil, pintu rumah dikuak perlahan. Nurin menjerit terkejut namun segera dia menekup mulutnya apabila dia mengenal pasti kelibat yang sedang berdiri di depannya kini. Dylan!

Dylan segera menutup pintu dan menerpa ke arah Nurin. Rindunya dia pada gadis itu tidak tertahan lagi. Dia memeluk Nurin Erat. Air mata mula mengalir mencemar pipi Nurin. Baru tadi dia teringat, kini Dylan di depan mata.

"Where have you been? Kenapa tak call? Tak ada khabar langsung. I thought you betul-betul dah pergi."

"Sorry tapi keadaan tak mengizinkan. So, semuanya elok sepanjang I tak ada?" Dylan mengesat air mata Nurin. Wajah Nurin diciumnya bertalu-talu. Kasihnya tumpah pada gadis itu. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata tentang perasaannya ketika ini.

"I'm okay. What happen Dylan? You makin kurus." Tidak berkelip mata Nurin memandang Dylan. Tubuh Dylan yang kekar kelihatan menyusut sedikit.

"You nak makan tak? I masakkan untuk you. I tak nak you kurus macam ni." Nurin segera hendak berlalu ke dapur namun tubuhnya sekali lagi ditarik Dylan ke dalam pelukan.

"Can we just stay like this?" bisik Dylan di telinganya. Sudah sekian lama Nurin tidak mendengar bisikan itu. Nurin membalas pelukan Dylan. Sudah lama dia tidak berada di dalam pelukan Dylan. Pelukan yang memberinya rasa selamat dari segala hal.

"What next, Dylan? Apa rancangan you selepas ni? Kembali ke hutan dan terus bersembunyi? Sampai bila?" tanya Nurin sebaik saja mereka duduk di sofa ruang tamu.

"I datang jumpa you sebab I nak beritahu you sendiri. I rasa I akan serah diri."

"What?"

"Ya, Nurin. Cuba you fikir, apa bezanya I di penjara atau di pondok dalam hutan sana? Sama juga terperangkap. Rasanya lagi bebas kalau I jadi banduan. Tak perlu nak stay alert sepanjang masa. Lagipun dalam penjara tu ramai kawan-kawan I." balas Dylan sambil berseloroh.

"No...I tak nak..."

"You nak I mati keseorangan ke, Nurin?"

"Tak nak!"

"So, biarkan I serah diri. Tahulah nanti macam mana I nak survive dekat dalam sana. Jadi pelarian macam ni lagi payah, Nurin."

"Habis tu, I macam mana?"

"I tengok you live well sekarang. You can do it, dear. You boleh teruskan hidup ini dengan baik. I yakin dengan you."

"How about us?"

Dylan menarik Nurin ke dalam pelukannya sekali lagi.

"Sayang, mencinta tak semestinya memiliki."

Kata-kata Dylan bagaikan satu tamparan buat Nurin. Nizam juga pernah melafazkan ungkapan yang sama. Dia mencintai Dylan tetapi Dylan menolaknya. Nizam pula mencintai dia tapi dia juga menolaknya. Jadi di manakah cinta yang sebenar untuk seorang Nurin?

"I sayangkan you dan I nak you nikmati hidup ini dengan normal. Tanpa rasa takut dan terhalang. You mengimpikan kehidupan yang baik, kan? So, pergilah bina kehidupan yang you nak. I nak you hidup seperti yang you impikan. Bina masa depan yang sempurna. You kena faham, Nurin. Kadang-kala melepaskan sesuatu yang kita sayang itulah yang sebenarnya tanda kasih dan sayang. Itulah yang sedang I buat sekarang. I memang sayangkan you sangat-sangat tapi sayangnya untuk kita bersatu bukanlah satu pilihan yang tepat. You akan terus-terusan hidup dalam dunia gelap tanpa cahaya. Jalan hidup I tak indah dan I tak nak you melayari jalan hidup yang sama I lalui. I dah tempuh semua ni dan I tak kan recommend jalan ni untuk you."

Nurin menatap Dylan dengan linangan air mata. Dia terdiam dengan kata-kata Dylan. Begitu terkesan hatinya. Setiap bait patah yang meluncur dari bibir Dylan kedengaran tulus dan ikhlas. Seolah-olah Dylan benar-benar reda melepaskan dia. Ini bermakna impiannya untuk bersama Dylan cumalah sekadar mimpi. Mereka tak mungkin menyatu.

"Sebelum I pergi, I nak sesuatu dari you."

"You nak pergi dah? Why so fast?" Nurin menggenggam tangan Dylan erat.

"I tak nak pihak polis kaitkan you dengan I. Sebelum mereka bergerak, I kena pastikan I dua langkah di depan mereka."

"Tapi semua ni memang ada kaitan dengan I pun. You tak  patut hadap benda ni seorang diri. Kalau bukan disebabkan I..."

"Shh, semua ni bukan salah you. Semua ni salah Richard. I pula pergi cari masalah dengan membunuh si celaka itu. So tak ada kaitan dengan you. I bertindak sendiri, tak adanya kaitan dengan you."

"Tapi kalau bukan kerana I...."

Belum pun sempat Nurin menghabiskan ayatnya, bibir Dylan membenam di bibirnya. Menyebabkan dia terdiam.

"Let me stole this kiss tonight." bisik Dylan perlahan. Jika dulu dia sering mencuri ciuman dari bibir itu secara diam-diam, tapi malam ini dia mencuri secara terang-terangan.

Buat seketika, mereka berbalas cumbuan. Ini akan menjadi kali pertama dan terakhir mereka berbalas begitu. Nurin tahu ini salah tapi dia tidak mampu menahan hatinya sendiri. Sungguh dia menyayangi dan merindu lelaki itu.

"I perlu pergi sekarang." ujar Dylan sebaik saja bibir mereka berhenti bertaut.

"Cepatnya..."

"Kalau lama-lama nanti tak pasal-pasal you kena ratah. I tak percaya sangat dengan nafsu I ni." Dylan mengungkapnya dalam nada gurauan namun sebenarnya itulah rasa yang sedang ditahan. Gelora nafsunya membuak saat mereka bercumbu seketika tadi tapi dia tidak mahu memusnahkan Nurin hanya kerana gelora itu. Sudah sekian lama dia menjaga Nurin, tak kanlah nak dirobeknya dalam sekelip mata. Biarlah Nurin kekal suci walaupun hidupnya bukan pada lurah yang benar. Biarpun dia lelaki pertama yang merampas ciuman Nurin, tapi biarlah lelaki yang bergelar suami menjadi insan pertama yang memiliki tubuh gadis kesayangannya itu.

"Dasar gatal."

"I memang gatal sebab tu I tak percaya dengan diri sendiri."

"So, you betul-betul nak pergi?"

"Yup, I akan serah diri esok."

"Bila kita akan berjumpa lagi?"

"You boleh lawat I di penjara. Lagi senang, tak payah nak  menyorok macam ni."

"You betul-betul nekad?"

"Ya, sayang. I betul-betul nekad."

"Tapi kesalahan you membunuh, macam mana kalau..."

"I dihukum mati? Hei, jangan risau. Pandailah I uruskan. Buat masa sekarang I nak stop hiding. I nak hidup macam pesalah yang normal. Tak nak seorang diri menyorok siang malam. Masalah untuk I tempuh, bukannya lari."

"I harap semuanya akan baik-baik saja. You orang yang baik Dylan cuma...jalan hidup tak menyebelahi."

"Tak sayang, bukan jalan hidup yang tak menyebelahi tapi I yang memilih jalan ini. Ini pilihan I dan inilah yang I dapat. Atas sebab tu I nak you teruskan jalan hidup yang dah you pilih ni sebab jalan ni adalah jalan yang betul."

"I sayang you."

"I tahu sayang. Eh, you still nak tunggu I ke?"

"Kenapa pula?"

"Hahaha selalunya you kan always kata akan tunggu I. Kalau you tak tunggu I dah, maknanya baguslah tu sebab I memang tak nak you tunggu I. Nanti tak pasal-pasal sia-sia waktu muda you. I akan lama dekat dalam nanti."

Nurin terdiam. Oh ya, kenapa hatinya tidak lagi berkata dia akan menunggu Dylan? Dia menyoal dirinya sendiri. Bukankah dia sayangkan lelaki itu? Ya, tidak dapat disangkal hatinya memang memeluk Dylan erat tapi...

"I pergi dulu. Nanti apa-apa khabar kalau I tak dapat nak sampaikan sendiri, Steven akan sampaikan untuk you. Goodbye, Nurin."

Dylan memberinya pelukan terakhir sebelum menghilangkan diri  di sebalik pintu utama. Tiada lagi Dylan. Hanya tinggal dia sendiri di situ. Memandang pintu yang tertutup rapat. Kunci pendua yang sepatutnya dipegang Dylan sebelum ini ditinggalkan di atas meja. Maknanya tiada lagi kelibat Dylan yang akan muncul untuk masa-masa akan datang. Dylan betul-betul sudah pergi. Nurin kini sendiri lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience