Bab 34

Drama Completed 53004

"Ayah, beras dah habis." Nurin bertutur perlahan. Risau jika emosi Nadzir terganggu. Sejak Sakinah meninggal dunia, Nadzir selalu nampak serabut dan tertekan. Komunikasi di antara mereka berdua juga semakin kurang malah ada ketikanya mereka langsung tidak bercakap.

"Nantilah aku belikan." jawab Nadzir acuh tak acuh. Ah, sebenarnya dia tengah kacau. Baru tadi Laopan menelefon bertanyakan tentang hutang. DIa meminta waktu memandangkan isterinya belum lama meninggal dunia. Emosinya sendiri pun belum stabil inikan pula nak memikirkan masalah duit yang tak pernah selesai.

"Ayah, Nurin nak minta duit. Nak beli baju sukan sekolah. Cikgu cakap..." belum pun habis dia menutur kata, rengusan Nadzir yang kuat terlebih dahulu mematikan kata.

"Tak habis-habis duit. Serabut aku!"

"Kalau macam tu, Nurin berhenti sekolah pun tak apa. Nurin boleh kerja tolong ayah."

"Apa gila kau nak kerja? Dah berapa kali aku cakap kau kena sekolah. Jangan nak pandai-pandai kerja tolong aku. Apalah sangat kudrat kau."

"Kalau Nurin kerja part time? Selepas balik sekolah Nurin kerja boleh tak?"

"Kau nak orang kampung mengata aku? Hah? Kau nak orang tuduh aku paksa kau kerja? Lepas mak kau mati, terus kau terpaksa kerja sebab nak sara diri. Alasannya aku tak mampu nak bela kau. Itu yang kau nak? Lagipun kerja apa juga yang budak macam kau boleh buat? Setakat kerja-kerja kampung kita ni, lebih baik tak payah. Tak kaya pun kau dibuatnya."

Nurin mendiamkan diri. Malas mahu meneruskan perbualan yang tidak bermakna itu. Hati Nurin terpukul dengan perangai ayahnya yang sekarang. Semuanya serba tak kena. Kalau nak dikatakan dia terkesan dengan kehilangan Sakinah, Nurin sebagai anak yang lahir dari rahim wanita itu juga turut terkesan. Tapi bukankah mereka yang tinggal tetap perlu meneruskan hidup walau apa pun dugaan yang hadir di hadapan mereka?

Nadzir memandang Nurin yang melangkah ke dalam bilik. Rasa bersalah terus membelitnya. Dia seharusnya tidak berkeras dengan Nurin sebegitu rupa namun entahlah. Dia tidak mampu mengawal gelodak jiwanya sendiri. Dia tertekan, serabut, kusut dan semua yang sama erti dengannya kini sedang bercampur gaul di dalam jiwa tanpa sebarang simpati.

Ugutan keras yang diterima daripada Laopan benar-benar membuatkan jiwanya kacau. Makin lama ugutan itu semakin menakutkan. Apabila anaknya yang terpaut ugutan, dia jadi resah dan sukar untuk bertenang. Kalau diikutkan mungkin dia sudah terlalu hampir untuk menjadi gila tapi kerana adanya Nurin dia cuba sedaya upayanya untuk kekal waras.

"Jual sajalah kau punya anak. Kasih sama itu kelab sana. Kau sendiri senang." Kata-kata Laopan bermain-main di fikirannya.

"Tak nak kasih tak apa, kau tahu akibatnya. Sayang betul kalau anak dara kau pendek umur." Gelak keras dari Laopan terngiang-ngiang lagi sekali.

"Kau jangan ingat anak kau boleh mati dengan tenang. Aku akan biarkan dia menikmati saat-saat nafas terakhir dia sebelum nyawa betul-betul tinggalkan jasad. Sama seperti kau juga. Aku akan pastikan kau tengok setiap hela nafas dia dengan jelas. Tapi macam sayang kalau daranya dibiar macam tu saja. Aku akan main dulu dia puas-puas, lepas tu bagi chance dengan anak-anak buah aku sekali. Wow, mesti best. Sharing is caring kata orang." Gelak keras Laopan begitu jelas. Nadzir mengeluarkan telefon bimbitnya. Tertera nombor telefon salah seorang anak buah Laopan yang handle kelab yang dimaksudkan. Bergetar tangannya mendail nombor itu.

"Yes? Dylan speak."

"Aku..."

"Nadzir? Laopan ada inform yang kau akan hantar gadis untuk aku. Bila datang?"

"Aku...nak minta tolong."

"Minta tolong? Huh, kau salah tempat. Kau siapa nak minta tolong aku? Kenal pun tak."

"Tolong jaga anak aku elok-elok. Aku terpaksa ambil keputusan untuk hantar dia dengan kau."

"What the heck? Kau ingat aku apa? Pengasuh bayi?"

"Aku tahu aku tak sepatutnya minta tolong kau tapi aku nak cuba juga. Aku tak ada pilihan. Aku sayang anak aku."

"Kalau sayang kau jagalah sendiri. Kenapa nak suruh aku?"

"Tak dapat! Aku tak boleh jaga dia! Laopan ugut nak bunuh dia. Aku tak tahu nak langsaikan hutang aku dengan Laopan macam mana sebab aku memang tak cukup duit. Aku bukan tak nak bayar tapi jumlah yg aku bayar tak pernah cukup. Bunga asyik naik. Bila masanya nak habis kalau macam tu?"

"Itu masalah kau, bukan masalah aku. Dah kenapa nak libatkan aku?"

"Aku cuma nak minta tolong sesama manusia. Atas namanya perikemanusiaan."

Dylan diam. Lain benar bakal penjual yang satu ini. Berani sungguh meminta tolong. Dari nada suaranya kedengaran berat setiap patah kata yang meluncur keluar. Desah nafas yang kedengaran bagaikan tersekat-sekat. Sebakkah lelaki itu? Begitu beratkah dugaan yang dihadapi sehingga sanggup melepaskan anak yang disayang ke dalam lembah yang sudah semestinya gelap?

"Apa yang aku dapat kalau aku jaga dia? Aku tak buat kerja percuma."

"Aku...aku tak ada apa-apa. Aku tak berani nak janjikan apa-apa."

"Aku pun macam kau. Tak berani nak janjikan apa-apa. Kau tahu sendiri dunia yang macam mana yang akan anak kau tempuh. So, aku tak boleh nak janjikan apa-apa."

"Aku minta tolong sangat. Dia tak salah. Dia cuma mangsa. Aku yang salah. Aku yang gagal nak sara dia. Aku ayah yang tak guna. Dia tak sepatutnya punya ayah seperti aku. Aku tak layak pun bergelar ayah. Aku...aku tak sanggup nak lepaskan dia tapi aku tak nak nyawa dia melayang kerana kegagalan aku. Aku nak dia teruskan hidup walau di jalan yang jijik sekali pun kerana sekurang-kurangnya dia masih ada peluang untuk perbaiki masa depannya."

"Itu bukan urusan aku. Kalau betul kau nak jual dia, datang besok malam. Masalah-masalah lain kau tu tak payah nak cerita dengan aku sebab aku tak berminat nak tahu. Aku diarahkan untuk membeli, dan kau menjual. As simple as that jadi tak payah banyak cekadak dengan aku. Kau faham? Aku tunggu malam esok."

Talian diputuskan. Hati Nadzir meremuk. Esok? Ini bermakna hari ini merupakan hari terakhir Nurin berada di depan matanya. Allah, apakah ada jalan yang lebih baik? Nadzir menangis semahu-mahunya. Dia menangisi perpisahan yang akan berlaku malam esok. Perpisahan yang dia cipta untuk meneruskan kelangsungan hidup anaknya.

"Jangan!" Nadzir terjaga dari lena. Ah, mimpi. Tak sudah-sudah mengganggunya sejak sekian lama. Bantalnya basah kerana air mata yang rupanya mengalir di alam nyata. Lelaki itu meraup wajahnya. Memohon kekuatan dari illahi untuk meminta kemaafan dari anaknya. Sampai bila hidupnya akan terus begini? Dulu mengemis memohon pinjaman ke sana dan ke mari. Sekarang mengemis memohon kemaafan dari Nurin. Ketenangan langsung tidak pernah datang sejak dari hari itu. Di manakah bahagia? Kenapa harus dia terkecuali? Kenapa bahagia itu tidak pernah datang menjenguknya sejak sekian lama?

"Ya Allah, kau bukakanlah pintu kemaafan untukku dari anakku, Nurin. Semoga masih ada sinar untuk kami." Nadzir memanjatkan doa.

Nurin, tidak adakah langsung sisa sayang yang tinggal? Nadzir bermonolog sendiri. Sesungguhnya dia tidak lagi tahan menanggung rindu. Menerima amarah dan hinaan dari anak yang dulunya pernah bermanja dengannya. Sakit apabila kata-kata Nurin menusuk hati namun itulah kebenaran yang terpaksa ditempuh. Dia tidak boleh berputus asa. Dia pernah berputus asa dan kali ini dia tidak akan selemah itu. Dia nekad, dia harus berdepan semula dengan Nurin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience