Nurin berpaling memandang tembok tinggi yang memisahkan dunia itu dengan dunia luar. Tembok yang menjadi pemisah di antara dia dan Dylan. Tak termasuk lagi tirai besi yang menjadi penghalang. Nurin sengaja ke situ untuk berjumpa Dylan. Menyampaikan berita tentang dirinya yang akan diikat menjadi isteri kepada Nizam kurang dari tempoh sebulan.
"I doakan you berbahagia selalu, Nurin. You tahu I always ada untuk you, kan? Kalau ada apa-apa, you tahu mana nak cari I." Ujar Dylan tenang. Sedaya-upaya dia cuba menahan rasa hati yang bagaikan tengah dilanda ribut Taufan Meranti. Ribut yang disifatkan terkuat di dunia setakat ini.
"I'm proud, Nurin. Tak lama lagi keinginan you akan tercapai."
"Too bad you masih dekat dalam."
"Kenapa? You nak I hadir majlis kahwin you?" soal Dylan. Kalau dia bukan di penjara sekalipun, tak mahunya dia hadir. Remuk hati saat mendengar khabar itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tapi bukan silap Nurin. Dia juga yang sentiasa mendoakan Nurin agar gadis itu bertemu dengan insan yang layak untuk menjaga dan memimpinnya ke jalan yang benar. Jika Nizam adalah jawapan bagi doanya, bukankah dia seharusnya senang?
"Sekarang I nak you fokus dengan apa yang akan you bina. Sekarang you nampak tak apa yang you dapat kalau lupakan I? Bayangkan kalau you masih berkeras nak menunggu. Aduh, entah bila agaknya baru you capai semua tu."
Nurin tersenyum cuma. Hatinya pernah jatuh pada Dylan buat satu masa yang lama. Cintanya tidak berbalas namun jauh di sudut hati Nurin sebenarnya dapat merasakan bahawa Dylan turut berkongsi rasa yang sama. Siapa sangka hari ini dia sendiri datang berjumpa Dylan sekadar untuk menyampaikan khabar berita perutusan raja sehari. Penerimaan Dylan yang tenang sedikit sebanyak mengusik hati Nurin. Menyangkal segala rasa yang pernah mereka kongsikan. Mungkin benar selama ini hanya dia yang beria mencinta tapi tidak bagi Dylan. Nurin sedikit kecewa. Dia sebenarnya masih menyimpan secebis harapan agar lelaki itu menyatakan perasaannya yang sebenar-benarnya. Sekurang-kurangnya dia tahu yang selama ini dia betul tentang segala yang melibatkan soal hati dan perasaan di antara dia dan Dylan.
"I mungkin jarang datang jumpa you lepas ni, Dylan."
"Good! Eloklah tu, Nurin. I sebenarnya tak nak you selalu sangat datang sini jumpa I. Bukannya apa I tak nak you rasa terikat dengan I. You tak kan boleh fokus maju ke depan kalau masih tengok muka I."
"I...serba-salah. I tak tahu macam mana nak cakap. I tak mampu buat apa-apa untuk keluarkan you dari sini. You pun layak dapat kehidupan yang lebih baik."
"Nonsense! Kehidupan I dekat dalam ni jauh lebih baik dari kehidupan I sebelum ni. You do agree with that, right?"
Nurin diam.
"You should go now, Nurin. Masa melawat dah tamat. Goodbye. May everything will be ease." ujar Dylan masih lagi tersenyum. Nurin akur lalu bangun meninggalkan Dylan yang masih melabuh pandang padanya. Pandangannya semakin lama semakin kabur. Ah, ternyata air mata yang mengaburi pandangannya. Stop it, Dylan! Lelaki tak menangis kerana cinta!
Nurin melepaskan satu keluhan. Sudah 10 minit dia berdiri di luar 'kediaman' baru Dylan itu. Kosong dan tidak memberi apa-apa makna. Apa sebenarnya yang dia mahukan? Bukankah dia sudah memilih Nizam? Dia benar-benar menyangka hatinya sudah dibuka untuk Nizam namun kenapa kini hatinya terasa terluka? Nurin sendiri keliru dengan apa yang sedang dirasanya kini.
Nurin beristigfar di dalam hati. Segera mengusir rasa kecewa yang hadir. Sedar bahawa tidak sepatutnya dia berperasaan begitu. Dia seharusnya bersyukur dan sedar diri. Nizam tu lelaki yang baik. Bukan sekadar baik tapi sangat baik. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan dirinya. Hanya dia saja yang tidak baik untuk bergandingan dengan Nizam. Dia seharusnya bersyukur kerana adanya Nizam yang sudi menjadikan dia sebagai suri hati tanpa memandang pada masa silamnya yang gelap. Nizam menerimanya tanpa syarat. Kenapa pula hatinya harus goyah setelah berjumpa dengan pencuri hatinya yang pertama?
"Assalammualaikum, si dia di sana." Ceria suara Nizam dihujung talian. Sengaja Nurin mendail nombor telefon tunangnya itu bagi meredakan rasa kecewa hatinya sebentar tadi. Sejujurnya hatinya agak goyah dan kerana itu Nurin tahu dia harus cepat-cepat kembali kepada asal. Rasa bersalah pula pada Nizam bila hatinya berbelah bahagi. Berharap pula pada lelaki lain. Ish, dasar tak sedar diri!
Nurin tahu hatinya sedang lemah selepas perjumpaannya dengan Dylan sebentar tadi. Tanpa dipinta rasa berdosa terhadap Nizam hadir dengan sendirinya. Kasihan Nizam. Dia yang memberi izin kepada Nurin untuk melawat Dylan tapi dia pula yang hampir tersingkir saat Nurin berdepan dengan Dylan. Tak malu betul Nurin!
"Waalaikumsalam. Dah lunch? Kalau belum jom keluar makan sama-sama." Nurin mempelawa. Nurin sedar bahawa dia akan kembali normal sekiranya dia berada di sisi Nizam. Lelaki itu adalah kunci untuknya mengusir rasa yang tidak sepatutnya hadir sebentar tadi. Dylan adalah masa lalu, Nizam pula masa depannya. Dia seharusnya fokus pada masa depan. Masa lalu hanyalah kenangan. Simpan rapi-rapi di satu sudut dan jangan pernah cuba untuk dihidupkan lagi.
"Eh, boleh! Orang dah pelawa tak kanlah kita nak menolak." balas Nizam walaupun pada hakikatnya perutnya sudah pun penuh membuncit. Sambal udang tambah petai yang dimasak oleh Puan Hasnah tidak mampu ditolak. Godaan aroma menyelerakan daripada sambal saja sudah cukup membuatkan hidungnya kembang-kempis. Inikan pula ada udang dengan petai. Aduh, meleleh air liur. Digabung pula dengan ayam bakar berempah resipi emaknya itu memang cukup padu dan mantap. Aromanya saja pun sudah cukup memukau. Perut tak lapar pun boleh jadi lapar kalau dah terhidu aroma rempahnya yang wangi. Tak hairanlah kalau dia boleh timbul minat untuk memasak dan akhirnya menjalankan perniagaan dalam bidang restoran. Tengoklah siapa yang dijadikan idola. Tak lain tak bukan mestilah Puan Hasnah. Wanita hebat yang telah melahirkannya.
"Nak makan dekat mana ya? Nizam nak makan apa?" suara Nurin berkumandang di sebelah.
"Apa-apa pun boleh. Tak memilih sangat. Nurin pula nak makan apa?" Nizam mengusap perutnya. Cuba mencari ruang kosong. Kalau tahu tadi tak mungkin dia bertambah dua pinggan makan nasi.
"Kalau ikut selera ni, rasa macam nak makan dekat Western House. Terbayang pula Lamb Grill tapi risau pula kalau Nizam tak berkenan."
"Kalau macam tu kita jumpa dekat sana lepas ni. Saya okay je." Nizam sengaja membiarkan Nurin yang memilih. Dia tahu sangat yang namanya perempuan ni agak complicated sikit. Sebagai lelaki, dia kena bijak untuk faham. Kena gali isi tersurat dan tersirat yang terkandung. Kalau Nurin dah mempelawa, makanya biarkan saja dia yang memilih tempat. Sejujurnya dia agak lega. Sekurang-kurangnya di sana nanti bolehlah dia memilih menu yang ringan sedikit. Menu makanan barat masih mampu ditelannya. Lamb chop? Ah, masih ada ruang sipi-sipi.
Talian diputuskan setelah mencapai kata sepakat. Di hujung sana, Nizam tersengih sendiri. Hatinya berbunga ceria.
"Bukan main lagi kamu tersengih?" Puan Hasnah menegur anaknya yang terlihat gembira.
"Nak dating, mak." balas Nizam selamba.
"Amboi, patutlah bahagia lain macam. Eh, ni mak nak pesan. Kamu tu Nizam elok-elok sikit bawa anak dara orang keluar. Jangan nak merenyam sangat."
"Ish, mak ni pun. Orang tahulah nak jaga batas apa semua tu. Pandailah orang bersabar. Cepat atau lambat Nurin akan jadi isteri Nizam juga." balas Nizam sambil mengangkat kening sebelah kanannya. Nizam segera bangun apabila Puan Hasnah melancarkan serangan berupakan pukulan. Geram pula dengan gelagat anaknya itu. Nizam tergelak kecil. Tahu sangat serangan-serangan yang bakal dilancarkan. Semua serangan dari Puan Hasnah sudah dikhatam. Lulus dengan jayanya.
Puan Hasnah menggelengkan kepalanya. Bertuah punya anak. Dalam diam dia juga tersenyum gembira. Bahagia Nizam juga bermakna bahagianya dia. Tak dinafikan dia agak terkejut dengan kisah kelam Nurin. Kalau boleh mahu saja dia meminta Nizam mengundurkan diri namun bukanlah itu apa yang dia terapkan pada Nizam dari kecil. Dia sendiri yang mendidik Nizam agar tidak menghakimi kehidupan orang lain. Jangan memandang seseorang pada kesilapan lampau. Kononnya semua orang layak mendapatkan peluang kedua. Maka dengan itu dia juga akan berbuat begitu. Dia akan menerima Nurin sepertimana ikhlasnya hati Nizam menerima gadis itu.
Maaf lambat update, sy hilang semua bab yg dah ditaip, terpaksa taip semula...harap bersabar dan terima kasih atas kesudian anda singgah di sini. Love sangat semua!
Share this novel