Bab 2

Drama Completed 53004

"Kenapa tak makan?"

Soalan itu dibiar sepi. Siapa juga yang berselera nak makan kalau kena kurung macam binatang? Nurin membebel di dalam hati. Nak diluahkan, tak mungkinlah dia berani. Cukuplah sekadar dia yang membebel, dia sendiri yang mendengar.

"Kita tak berkenalan lagi, kan? I Dylan, nama you siapa?" Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Nurin masih membatu. Dia menjarakkan sedikit dirinya daripada Dylan apabila Dylan melabuh punggung dan duduk disebelahnya.

"Kenapa?"

Nurin sekadar menggeleng. Nak makan pun tak berselera, apatah lagi nak bersoal-jawab dengan lelaki yang mengurungnya.

Dylan memandang Nurin. Jelas gadis itu tidak selesa berada di situ. Dylan memandang anak buahnya, memberi isyarat agar meninggalkan mereka berdua. Memberikan mereka sedikit ruang privasi. Anak buahnya segera menutup pintu bilik. Memahami isyarat yang diberikan oleh ketuanya.

"Okay, sekarang cuma kita berdua. Cuba you cakap apa yang you nak? Dah masuk hari ketiga dah ni, dan you masih tak makan walau sebutir nasi pun. Tak pasal-pasal kebulur."

"Aku lebih rela mati kebulur daripada hidup macam ni." Nurin menjawab perlahan namun masih mampu ditangkap oleh Dylan.

"Kenapa nak mati sedangkan ada peluang untuk bina hidup lebih baik?"

"Apa yang baiknya hidup macam ni?" Kali ini suara Nurin lebih jelas namun ada sebak yang terkandung padanya.

"Apa yang you nak?"

"Nak balik..."

"Balik ke mana? Nadzir sendiri yang hantar you ke mari. You nak balik semula ke pangkuan dia?"

Nurin terdiam. Kepalanya ligat berfikir ke mana harus dia membawa diri seandainya betul dia pergi dari situ. Balik ke rumah? Ah, tak mungkin! Ada betulnya apa yang Dylan kata. Tak mungkin dia balik ke sana semula!

"Nak ke dunia luar? Tanpa arah tuju? Itu jauh lebih bahaya. You masih muda, manusia-manusia dekat luar sana boleh buat apa saja dekat you. Tak percaya? Cubalah. Pintu tak berkunci tu. Pergi sana, keluarlah."

Nurin tidak memberi respon buat seketika sebelum tiba-tiba dia bangun lalu mengatur langkah keluar dari bilik itu.

"Hey!" anak buah Dylan yang berdiri di depan pintu terkejut tingkah Nurin yang meluru laju keluar dari situ. Bagaikan peluru berpandu, lajunya Nurin berlari.

"Aku handle dia." Ujar Dylan sambil turut berlari mengejar Nurin. Ish, tak sangka! Gadis muda itu benar-benar nekad untuk pergi. Niatnya sekadar mengugut, tak sangka pula Nurin benar-benar pergi sungguh pun tak ada arah tuju yang jelas.

Nurin berlari kencang tanpa menoleh ke belakang. Ah, benar kata Dylan. Pintu tidak berkunci. Dia berlari ke ruang hadapan, dia masih ingat laluan ketika kali pertama dia dibawa masuk ke situ. Tiba-tiba suasana berubah. Bunyi dentuman musik semakin jelas. Suasana yang tadinya kelam dan suram tiba-tiba disinari cahaya dari pelbagai warna yang berkelip meriah. Sosok manusia pelbagai ragam jelas kelihatan. Ada yang sedang menari mengikut alunan muzik, ada yang meneguk minuman dengan asyik sambil dibelai oleh beberapa gadis cantik yang berpakaian seksi.

Nurin tergamam sejenak sebelum matanya kembali melilau mencari jalan keluar. Sebaik saja menemui pintu utama, dia segera berlari keluar. Beberapa orang tetamu yang baru masuk dirempuhnya tanpa sebarang kata maaf. Seorang lagi anak buah Dylan yang menjaga di depan pintu cuba untuk mencapai tanggannya namun Nurin lebih pantas mengelak. Tak sia-sia dia bergelar ratu pecut di kalangan rakan-rakan sekolahnya.

Setelah sekian lama berlari, dia akhirnya termengah. Terbatuk-batuk menahan lelah. Sedaya-upaya cuba mencuri nafas. Dia menyorok di belakang sebuah bangunan. Risau jika ada yang mengejarnya. Nurin terduduk sambil cuba sebaik baik untuk mengawal nafasnya. Dia cuba bertenang walaupun jantungnya bagaikan bagaikan mahu meletup.

Beberapa minit kemudian, nafasnya semakin terkawal. Ketika itu barulah dia cuba untuk memerhati keadaan sekelilingnya. Gelap! Jantungnya kembali berdebar. Hah, sudah! Dah berjaya lolos tapi nak ke mana pula?

Nurin mengorak langkah tanpa arah sebelum langkahnya terhenti apabila ternampak beberapa kelibat pemuda yang sedang duduk melepak di satu ruangan di situ. Aduh, Nurin tiba-tiba takut apatah lagi apabila mereka berpaling ke arahnya. Kelima-lima pemuda tersebut bangun lalu melangkah ke arah Nurin.

Nurin pula segera berpaling dan mengorak langkah untuk pergi dari situ. Laju saja kakinya melangkah.

"Cik adik nak ke mana tu?" satu suara dilontorkan ke arah Nurin berselang-seli dengan sulaman tawa daripada pemuda-pemuda yang lain.

"Marilah kita kenduri bersama." Suara lain pula melontar kata.

Nurin masih tidak mengendahkan mereka. Hanya mampu berdoa agar mereka tidak mengganggu dia. Dia cuma hendak pergi dari situ. Tanpa disangka, salah seorang dari mereka memaut Nurin dari belakang. Nurin menjerit. Terkejut bukan kepalang!

"Woi, lauk kenduri dah dapat!" Ujarnya sambil ketawa. Bau arak menusuk tajam hidung Nurin. Rakan-rakannya yang lain segera berlari ke arah Nurin. Masing-masing tersengih senang. Air mata Nurin mengalir lagi. Dia takut, dia risau. Dia tak tahu apa yang akan berlaku. Selamatkah dia dari mangsa-mangsa buas ini?

"Aku dulu!" ujar salah seorang dari mereka lalu bertindak untuk melondehkan seluarnya sendiri.

"Aku lepas kau! Kau ready, aku tolong hidangkan. Haha!" ujar seorang lagi lalu cuba untuk mencapai seluar Nurin pula. Nurin menenda sekuat hati. Terduduk lelaki itu. Tindakan Nurin membuatkan lelaki itu geram apatah lagi rakan-rakannya ada yang mengetawakan dia yang terduduk akibat ditendang oleh seorang perempuan.

"Woi mangkuk, kau pegang kaki dia!" lelaki itu memberikan arahan kepada dua lagi rakannya sementara seorang lagi masih memeluk Nurin, menahan Nurin daripada terlepas namun sambil itu tangannya turut meraba tubuh Nurin kasar. Nurin menjerit, merayu.

Salah seorang dari mereka sudah bersedia menunggu untuk beraksi sementara rakan-rakangnya yang lain berusaha 'menghidang'.

"Kurang ajar!" satu laungan suara yang tiba-tiba hadir membuatkan kelima-lima mereka melepaskan Nurin dan bergegas lari dari situ. Dylan segera mendapatkan Nurin. Gadis itu menangis semahu-mahunya. Dia takut sangat! Takut yang tak boleh nak diucapkan dengan kata-kata. Nasib baik Dylan ada. Kalau tak...

Dylan memeluk Nurin erat. Sedaya-upaya dia cuba menenangkan Nurin. Tangisan Nurin dirasakan terlalu menusuk hati. Kasihnya jatuh pada gadis itu. Sudah cukup ujian yang diterima Nurin, dibuang ayah tiri dan kini hampir pula hilang kehormatan diri.

"I dah cakap, manusia dekat luar ni boleh buat apa saja dekat you. Mari, I bawa balik. I janji, I tak akan kunci pintu. I janji I tak akan kurung you dah tapi you kena janji yang you tak akan lari macam tadi, faham?" ujar Dylan.

"I janji, I akan jaga you elok-elok. Tapi you kena janji you jangan pernah lari macam tu lagi. I tak nak apa-apa jadi pada you."

Dalam keterpaksaan Nurin mengangguk. Berjanji tanpa ada pilihan yang lain. Dia tahu, buat masa sekarang berada di sisi Dylan mungkin yang terbaik walaupun dia sedar, itu bukanlah pilihan yang betul tapi dia tak ada pilihan lain.
Dylan mendukung Nurin perlahan memandangkan Nurin masih menggeletar. Trauma dengan peristiwa hitam yang hampir menimpanya. Nurin terkejut dengan tindakan Dylan namun tidak mampu untuk menepis. Berada dekat dengan Dylan membuatkan dia rasa selamat. Patutkah dia rasa begitu? Sedangkan dia sedar siapa sebenarnya Dylan.

Nurin terjaga dari lena. Dahinya bercucuran peluh. Ah, tak habis-habis diganggu oleh mimpi yang sama. Ternyata peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam. Nurin meraup wajahnya. Hilang rasa mengantuk gara-gara mimpi itu. Mimpi yang sentiasa memburunya. Menjadikan dia mangsa yang sentiasa berada dalam ketakutan. Mimpi yang pada asalnya bukan sekadar mimpi. Peristiwa itu diibaratkan satu titik awal baginya untuk terus berada di sisi Dylan. Peristiwa itu jugalah yang membuatkan hatinya jatuh pada Dylan sedikit demi sedikit.

Dylan benar-benar mengotakan janjinya. Dia tidak lagi dikurung. Dia tahu Dylan bukanlah orang baik, tapi bagi Nurin, Dylan merupakan hadiah terbaik dalam hidupnya. Tak pernah sekali pun Dylan cuba untuk mengambil kesempatan, jauh sekali merampas mahkota daranya. Semakin lama, hatinya semakin terpaut. Ya, tidak dinafikan ada mata-mata lain yang dengki dengan 'keistimewaan' yang dia dapat, tapi siapa juga yang berani menganggu? Dylan sentiasa ada untuk dia. Dylan tak pernah tahu tentang perasaan Nurin terhadapnya. Nurin hanya menyimpan teguh perasaannya. Ahhh, Dylan pun satu! Boleh pula tak sedar tentang hati dan perasaan Nurin. Memang dasar lembab betullah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience