Bab 31

Drama Completed 53004

"Banyaknya makanan yang Nurin beli." Nizam menegur apabila Nurin terlebih teruja mencuba itu dan ini. Daripada seplastik, tak sampai setengah jam kemudian sudah pun lima plastik kecil dibimbitnya.

"You should try this." Ujar Nurin lalu menghulurkan plastik yang berisi donut susu.

"Gebuuuuuu! Rasa macam kunyah angin." komen Nurin.

"Oh, saya baru tahu yang angin tu rasanya gebu."

Nurin tertawa. Sedar Nizam memerli namun sedikit pun dia tidak ambil hati. Ada betulnya juga apa yang Nizam cakap. Ada ke patut rasa macam kunyah angin? Sejak bila pula dia pernah mengunyah angin? Mana angin pun tak nampak.

"Berbaloi betul Nurin keluar malam ni, ya? Habis semua diborongnya."

"Lapar, kan dah cakap tadi siang yang saya tak nak masak malam ni."

"Nurin, yang ni kena try. Char Kuey Teow Cowboy. Sekali rasa, mesti esok lusa nak lagi." ujar Nizam sebaik saja mereka berdiri di hadapan stall yang tergantung bunting dengan ilustrasi cowboy dan dapur masaknya. Api menjulang tinggi ke langit sebaik saja bahan-bahan masakan dimasukkan ke dalam kuali.

"Eh, sama macam stail awak. Menari-nari api dalam kuali. Awak sendiri pun macam tu. Berlenggok-lenggok sikit time nak kacau."

Nizam menjeling Nurin. Lain benar Nurin malam ini. Banyak cakap pula. Mungkin betullah apa orang kata. Ada perempuan kelemahannya pada duit dan barang kemas tapi Nurin kalah dengan makanan. Moodnya membaik apabila dia boleh memilih makanan tanpa sebarang halangan. Well, happy tummy makes Nurin happy too.

"Nak satu."

"Satu apa?"

"Char Kuey Teow tu."

"Biar betul?"

"Ish, betullah! Tadi kata must try?"

Nizam tertawa kecil. Alahai, comel pula. Segera dia menuruti permintaan Nurin.

"Katanya kena tunggu sebab banyak order yang dia kena buat. Jom duduk minum dekat sana. Nanti datang sini balik." Nizam menunjuk ke arah sebuah stall yang menyediakan minuman panas dan sejuk. Beberapa buah meja dan kerusi dibentang di depan stall untuk pelanggan duduk menunggu. Mereka berdua berjalan seiring dan duduk berhadapan satu sama lain.

"Lama betul rasanya saya tak keluar macam ni." Nurin berterus-terang. Ya, tidak dinafikan sudah lama dia tidak menikmati hidupnya. Walaupun sejak berjaya keluar dari kelab, tidak juga dia berjalan ke mana-mana. Kali terakhir dia window shopping, Richard muncul dan merosakkan segala-galanya. Gara-gara itu juga dia termasuk ke dalam kereta Nizam. Tak pasal-pasal Nizam juga yang menumpangkan dia pulang ke rumah.

"Sekali sekala kena juga keluar rumah. Release stress. Jangan asyik terperuk, tak elok juga tu."

"Lain kali keluar macam ni lagi, ya?"

"Wah, lain macam. Dia pula yang ajak kita keluar. Eh, boleh dikira sebagai janji temu ke tu?"

"Mengada!"

"Eleh, orang tanya pun tak boleh."

Kedua-duanya tersenyum senang. Tiada langsung rasa janggal atau kekok. Dah macam biasa pula keluar melepak berdua. Satu gelombang suara yang tidak asing mengetuk gegendang telinga Nizam menyebabkan dia segera berpaling. Hah, sudah! Bala sudah datang.

"Tak sangka boleh terjumpa abang dekat sini." Eryn menyapanya mesra. Dia mengerling Nurin sejenak namun tidak pula terasa seperti mahu menyapa gadis itu walaupun hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan dan apa hubungannya dengan Nizam.

"Kenapa tak ajak Eryn sekali? Kalau Eryn tahu abang pun keluar ke pasar malam, baik Eryn ikut sekali dengan abang. Tak lah Eryn susah-susah nak drive sendiri. Bukannya senang nak cari parking."

"Eh, daripada abang susah-susah ajak Eryn kan lagi senang kalau abang bergerak seorang."

Eryn tergelak kecil mendengar jawapan Nizam. Gelak yang dipaksa. Kalau ikutkan hatinya sakit mendengar kata-kata Nizam sebab dia tahu lelaki itu benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan tapi Eryn tak boleh nak bereaksi lebih-lebih. Dia kena kawal diri kalau nak Nizam jatuh cinta dengannya.

"Gelak kenapa? Abang tak buat lawak."

Eryn tersenyum kelat. Eh, dasar lelaki tak tahu untung. Ada yang berkenan jual mahal pula.

"Abang datang dengan siapa ni?" kali ini Eryn menumpukan perhatiannya kepada gadis yang duduk di hadapan Nizam. Sepatutnya dia yang berada di situ, bukannya gadis yang entah siapa-siapa ni.

"Oh, ini Nurin. Bakal isteri abang. Kami keluar dari siang tadi dah sebenarnya, beli-beli barang kahwin. Alang-alang dah malam, singgah terus pasar malam. Cari makanan pula."

Tertelan air liur Eryn dibuatnya. What? Bakal isteri? Tak mungkin! Emaknya tak ada berkongsi sebarang berita pun tentang perkahwinan Nizam yang bakal berlangsung. Mak Ngah pun tak cakap apa-apa. Tak mungkin! Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nak kahwin? Siap dah beli barang kahwin?

Nurin turut terkejut. Bila masa pula dia jadi bakal isteri? Berkasih bersayang pun tidak, tiba-tiba nak kahwin?

"Janganlah bergurau macam tu."

"Bergurau apa pula? Serius ni!" Bersungguh-sungguh Nizam menyakinkan Eryn. Terkebel-kebel mata Eryn memandang wajah Nizam dan Nurin bersilih ganti. Tak percaya!

Nizam menendang perlahan kaki Nurin. Meminta agar Nurin untuk bersuara, mengiakan pembohongannya.

"Ah, ya. Betul tu, jemputlah datang. Nanti hantar kad jemputan ya?" Spontan Nurin bersuara. Bersubahat tanpa sengaja. Eryn terus rasa tidak senang berada di situ. Benci, meluat, marah, sedih, pilu ahhh semuanya bercampur aduk. Segera dia meminta diri dan berlalu pergi.

"Siapa tadi tu?"

"Anak angkat Mak Long."

"Oh, kiranya family Nizam jugalah."

"Yup, Mak Long angkat dia sejak dia baby lagi."

"Tak baik menipu dia. Dah kenapa nak mereka-reka cerita?"

"Saja, rimas dia asyik nak mendekat."

"Huish, untungnya ada perempuan cantik yang mendekat."

"Perempuan cantik? Mana? Oh, yang dekat depan ni ke? Nizam menunjuk Nurin.

"Si Eryn tadi tu haa."

"Cantik manis lagi yang dekat depan ni."

Nurin terdiam. Alamak, segan pula rasanya bila Nizam yang memuji. Sering kali dia menerima pujian yang melambung daripada buaya darat, tua dan miang tapi tidak pula dia berasa segan. Kenapa bila Nizam yang memuji, wajahnya terasa panas?

"Eh, char kuey teow tadi dah siap kot. Jom collect order." Nurin mengubah topik namun nampak gayanya taktik untuk mengubah topik itu tidak berjaya.

"Nurin, saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap. Nurin cantik sangat. Actually, I think I'm fall for you." Bagaikan satu beban terjatuh dari bahunya apabila dia berjaya mengungkapkan rahsia hati yang sudah terpaut.

"Since when?"

"I don't know. Sedar-sedar saya dah hanyut."

"Stop it, Nizam. Tak suka bergurau macam ni. Tadi dah membohong, kan? Cukup-cukuplah setakat tu. Tak payah nak continue lagi."

"Apa kata kita jadikan pembohongan tadi tu satu realiti?"

"What? Eh, awak ingat saya memang untuk awak kutip macam tu saja ke? Mentang-mentang saya bukan orang baik-baik, suka hati awak nak ajak saya kahwin. Kenapa? Do I look that cheap?"

"Saya tak pandang pun masa silam awak, Nurin. Apa yang saya cakap sekarang berpandukan rasa hati dan perasaan ni."

"Tiba-tiba saya rasa kecewa sangat, Nizam. I thought you are different tapi..."

"Saya ikhlas."

"Saya tak percaya. Awak dah tahu terlalu banyak tentang saya. Awak tahu siapa saya, awak tahu kisah saya... Tapi itu bukan alasan untuk awak datang dalam hidup saya dan cuba untuk memiliki saya macam tu saja."

"Then how? Tell me. Saya akan buat ikut cara yang awak nak, Nurin."

"Tak, Nizam. Tak ada cara lain sebab dalam hati ni ada orang lain. Awak memang lelaki yang baik, saya akui tu dan disebabkan tu saya rasa selesa. Tak pernah sekali pun awak cuba ambil kesempatan malah dah beberapa kali juga awak hadir sebagai perisai dan penyelamat tapi, I can't."

"Ada orang lain dalam hati Nurin?"

Nurin mengangguk perlahan. Nama Dylan masih jelas terukir walaupun lelaki itu menghilang tanpa berita sejak dua minggu yang lepas. Langsung tiada khabar. Entah hidup atau mati. Sejujurnya hati Nurin sudah penat menunggu balasan cinta Dylan, tapi dirinya juga tidak mahu berputus asa walaupun hatinya membengkak kerana sering ditolak. Dalam pada masa yang sama, hatinya turut meretak saat dia menolak Nizam. Itulah kali pertama adanya lelaki yang cuba melamarnya walaupun tidak seperti apa yang dia impikan. Nizam tahu tentang masa gelapnya, tapi masih lagi mahu mengajaknya berkahwin? Apakah dia punya agenda lain?

Nizam mungkin lelaki yang membaja hatinya dengan bunga mekar namun untuk membenarkan lelaki itu bertakhta di hati, bagaikan tidak mampu untuk dia merelakan kerana masih ada Dylan yang berada di situ. Hatinya berbelah bahagi. Sayangnya dia pada Dylan masih bersisa. Itu yang menghalangnya untuk menerima Nizam.

"Saya tak pernah serius untuk menerima mana-mana perempuan sebelum ni Nurin but you...boleh pula datang berlari-lari dalam hati ni."

"Can we talk about something else? Topik ni buat saya rasa kekok lain macam."

"Hmm, sure."

Suasana senyap sunyi buat seminit dua sebelum Nurin memecahkan kesunyian itu.

"Oh my god, Nizam! Kenapalah buka topik ni tadi? Look! What happen to us? We were just fine sebelum ni. Kita dah cukup happy. Kita dah cukup elok, kita sentiasa ada untuk satu sama lain. But now? Rasa aneh, kekok, janggal semua ada."

"Nah, tak payah fikirkan sangat. Jom collect order dan balik." Nizam bangun. Nurin turut membuntuti langkah kaki Nizam. Mereka berdua berjalan seiring namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut mereka.

Nizam memarahi dirinya sendiri kerana terlalu gelojoh. Tak sesuai dengan tempat dan masa untuk menyatakan hasrat hati. Lagi pula, mereka bukannnya ada sebarang hubungan. Dah kenapa dia terlalu lurus terus ajak kahwin? Tak bolehkah paling kurangnya pun ajaklah couple dulu. Ini tak, terus nak melompat ajak kahwin. Ish, tak menyempat langsung. Kan dah kena reject. Tak pasal-pasal hatinya sendiri yang patah kerana ditolak mentah-mentah. Sah, dia memang tidak pandai nak bercinta. Langkah pertama pun dah gagal, mana mungkin mampu mengorak langkah kedua. Hati lelakinya meraung sendiri. Menyesal kerana membenarkan rasa suka itu bercambah menjadi cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience