Bab 36

Drama Completed 53004

Nurin menghirup nafas pagi itu perlahan. kesegaran udara pagi memehuni dada. Dua hari sudah dia bercuti malah Dylan pun kini sudah berada di sebalik tirai besi. Tiada lagi kunjungan dari lelaki itu. Namun entah kenapa hatinya merelakan. Bila difikirkan semula ada benarnya apa yang Dylan katakan. Hidup di penjara mungkin tidak seteruk sewaktu Dylan masih bergelar pelarian. Kata Dylan dia baik-baik saja di dalam. Walaupun Dylan sebenarnya tidaklah terlalu jujur tentang jenayah yang telah dilakukannya. Ada sedikit ubah suai yang hanya dia, Nurin dan Steven saja yang tahu. Sekurang-kurangnya Dylan tidak lagi perlu bersembunyi.

Nurin nekad untuk terus berjuang melangkah ke depan. Dia tidak akan mensia-siakan pengorbanan Dylan selama ini. Dylan mungkin kini bergelar banduan namun itulah perisai hidup bagi Nurin. Kalau bukan kerana Dylan mungkin hidupnya jauh lebih teruk.

"Assalammualaikum." satu suara mengetuk gegendang telinga Nurin. Perlahan-lahan Nurin menghala ke arah pemilik suara. Oh, dia pernah bertemu dengan gadis itu tapi Nurin tidak mampu mengingat namanya.

"Waalaikumsalam. Siapa ya?"

"Kita pernah berjumpa sebelum ni. Awak Nurin, kan? Bakal isteri Abang Nizam?"

"Oh, ya. Awak..."

"Eryn."

"Ya, Eryn. Maaflah, saya memang susah nak ingat nama orang lagi-lagi kalau jarang berjumpa. Ada apa ya Eryn?"

"Sungguh ke awak ada hubungan dengan Abang Nizam?"

"Err...kenapa yaa?"

"Saja nak tahu sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak kahwin. Hmm, ada sebab lain ke?"

"Sebab lain? Maksud Eryn?"

"Are you pregnant?"

Terkejut Nurin mendengar tuduhan yang dilemparkan. Huih, bercinta pun tidak dari mananya nak terlanjur mengandung pula dah.

"Ish, tolonglah sikit. Orang masih dara tau. Walaupun dulu hidup dengan dosa depan mata, maksiat kiri kanan tapi dara masih ada." getus Nurin dalam hati.

"Eh, tak. Siapa kata saya mengandung?" Lain pula yang keluar dari mulutnya.

"Biasalah kalau benda berlaku secara tiba-tiba macam ni, mesti ada sebab lain."

"Saya dengan Nizam tu..." Nurin terhenti sejenak. Hampir saja dia mendedahkan pembohongan yang tersimpan rapi tapi dengan segera dia berhenti. Mesti ada sebab kenapa Nizam sengaja berbohong sebelum ini. Nizam yang dia kenal bukanlah kaki penipu. Ah, teruskan sajalah pembohongan itu. Biar Eryn tertipu sampai ke sudah.

"Saya dengan Nizam lama dah bercinta. Baru tahun ni ada rezeki nak halalkan hubungan kami. I'm glad yang tak lama lagi kita akan jadi family."

Aduh, semerbak aroma gorengan Nurin untuk Eryn. Pembohongan sedia ada semakin mantap apabila ditambah lagi dengan perasa secukup rasa.

"Tak pernah tahu pun sebelum ni."

"Tapi sekarang dah tahu, kan?"

"Untuk pengetahuan awak, Eryn sebenarnya dah lama simpan perasaan dengan Abang Nizam. So, kalau boleh Eryn nak awak undur diri. Kiranya siapa yang hadir dulu dalam hidup Abang Nizam, sepatutnya orang tu lah yang lebih layak."

"Aik, lain macam." hati Nurin berbisik lagi. Baru nak merasa tenang selepas settle down masalah Dylan, sekarang kehadiran Eryn pula yang datang mengacau.

"Tapi kami dua dah plan nak kahwin hujung tahun ni." Nurin tetap mempertahankan Nizam. Semuanya berlaku secara spontan. Padahal boleh saja dia mengundur diri dan merelakan Eryn untuk memiliki Nizam tapi entah mengapa hatinya memilih untuk terus berjuang.

"Belum sah lagi, kan? Jadi apa masalahnya?"

"Masalahnya hati kami saling bertaut. Awak tak boleh datang dan minta saya untuk undur diri tiba-tiba macam ni."

"Awak, sekarang ni Eryn minta secara elok. Tak naklah digelar perampas esok lusa. Lagi pula awak tu orang luar, saya ni pula bukan orang lain. Abang Nizam ada share tak apa status hubungan kami?"

"Oh, ada. Orang luar juga, kan? Anak angkat Mak Long dia, kan?"

Eryn mengetap bibir. Amboi, boleh tahan gadis di depannya itu. Busuk juga mulutnya! Entah apa yang membuatkan buah hati pengarang jantungnya memilih gadis itu. Dia kenal Nizam macam mana. Tak kanlah dia memilih bakal isteri yang bermulut longkang macam tu untuk dijadikan sebagai pasangan hidup? Mahunya tunggang-langgang rumah tangga.

"Mulut tu ada insurans tak? Sesedap mulut mengata orang? Awak tak kenal saya pun lagi, kan? Macam ni ke nak jadi bakal isteri Abang Nizam? Tak layak langsung. Adab tak ada. Bahasa ke laut. Eh, dengar sini ya. Kami sekeluarga sangat menitik-beratkan adab dan santun. Bukannya macam awak ni."

"Oh well, berdasarkan pemerhatian saya pula awak pun macam kurang adab. Datang ke rumah saya, berjumpa dengan saya dan minta macam-macam dengan saya. Mana rasa hormat awak? Kalau betul awak sangat beradab orangnya, tak kanlah awak bercakap macam orang tak tahu nak hormat orang lain?"

"Awak ingat saya nak sangat ke datang ke sini? Saya nak jumpa Mak Ngah, bakal mak mertua saya."

"Hah, kalau macam tu awak dah salah rumah. Rumah bakal mak mertua saya tu dekat sebelah ni haa. Bukan dekat sini. Ini rumah saya. Sengaja saya pilih duduk sebelah-menyebelah dengan bakal mertua, senang sikit nak curi hati mereka. Tambahan pula saya dengan Nizam tu macam tak boleh nak duduk jauh-jauh sangat. Rindu tu yang tak tahan."

"Hah, alhamdulillah Nurin... Tak boleh nak menjauh dari Nizam ya? Suka pula mak cik tahu hubungan kamu dengan Nizam tu elok-elok saja."

Tiba-tiba Puan Hasnah menjengah dari sebelah. Senyumnya meleret ke pipi. Bahagia rasa hati apabila Nurin dan Nizam rupanya pasangan bercinta sama seperti yang dia harapkan. Namun tidak bagi Nurin. Senyumnya terasa kelat. Niatnya tadi sekadar mahu mempermainkan Eryn dan siapa sangka dia terperangkap di dalam permainannya sendiri. Tak mungkin dia dapat menyangkal semula setiap kata yang telah diungkapkannya tadi. Apa pula kata Eryn nanti? Apa pula reaksi Puan Hasnah?

"Nizam tak beritahu mak cik apa-apa pun. Mak cik ingatkan kamu sekadar berkawan biasa."

"Eh, Mak Ngah tak tahu mereka couple? Peliknya sebab tadi perempuan ni kata mereka dah merancang nak kahwin hujung tahun ni." Eryn menyoal. Tak kanlah Puan Hasnah tak tahu menahu tentang status Nizam dan Nurin. Dah nak kahwin dah pun!

"Laa, dalam diam kamu berdua merancang ya, Nurin. Ish, kamu ni! Benda baik macam ni jangan di diam-diamkan. Kongsikan saja dengan mak cik dan pak cik. Bolehlah kami uruskan mana yang patut. Nak harapkan si Nizam tu beritahu kami? Memang tak lah!"

Nurin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hah, sudah! Dia tidak tahu nak bereaksi seperti apa. Sekadar tersengih cuma.

"Cepatlah, Mak Ngah. Kata nak ke rumah mak." Eryn menyampuk. Tidak tahan rasanya untuk terus berada di depan Nurin. Hatinya membengkak lagi. Perasaannya pilu dan sayu. Setelah sekian lama dia menyimpan hasrat untuk menjadi suri hati Nizam, kenapa begini pengakhiran cerita? Eryn sedaya upaya menahan air matanya agar tidak jatuh dari takungan.

"Eryn tunggu dalam kereta ya Mak Ngah." ujar Eryn lalu masuk ke dalam perut keretanya. Setitis dua air mata jatuh ke pipi. Sakitnya dia kerana jatuh cinta pada orang yang tidak sudi. Kenapa harus dia mencintai orang yang menolaknya berulang kali? Kenapa sukar benar hatinya untuk menerima kenyataan bahawa tiada ruang di hati Nizam untuk dirinya? Air mata segera diseka sebaik saja pintu sebelah penumpang di bahagian hadapan dibuka. Puan Hasnah duduk sambil tersenyum bahagia. Hatinya berbunga sedangkan hati Eryn berduka. Ah, ini tidak adil!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience