"So you happy with your life sekarang?"
Nurin mengangguk sambil tersenyum. Dia masih lagi datang melawat Dylan jika berkesempatan. Mungkin sudah menjadi kebiasaannya untuk bercerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidupnya kepada lelaki itu walaupun Dylan sudah berkali-kali memintanya untuk berhenti datang ke situ.
Dylan, lelaki yang pernah menjaga malah membelai jiwanya dengan sesuatu yang dipanggilnya cinta pada suatu masa yang lalu. Ternyata ada hikmah kenapa cintanya sering ditolak. Jodoh Nurin bersama orang lain rupanya. Kasihan, sekian lama cintanya tersesat menuju ke hati Dylan.
"Baguslah kalau macam tu. I pun happy tengok you sekarang. Nampak sangat Nizam tu jaga you elok." Dylan tersenyum. Dia harus redha. Sungguh pun dia menyayangi Nurin melebihi benteng yang sepatutnya. Namun, dia sedar ada batas yang perlu dipatuhi. Mencintai tak semestinya harus memiliki. Ingat tu Dylan. Dalam dunia ni tak semuanya akan berlaku mengikut kehendak kita. Ada waktunya kita yang terpaksa memujuk hati agar terus redha dan akur. Tak semua yang kita mahu akan kita dapat.
Melihat pada Nurin yang sekarang, sudah cukup bagi Dylan untuk turut senang. Jika benar dia sayangkan Nurin, seharusnya dia membiarkan Nurin mencipta kehidupan dan mencapai bahagia yang selama ini dicari. Berulang kali Dylan memujuk hatinya. Nurin nampak gayanya benar-benar sudah move on. Jelas yang Nurin sangat menikmati hidupnya kini. Manakan tidak, suaminya baik. Mertua pun baik. Malah hubungan Nurin dengan ayah tirinya pun sudah pulih seperti asal. Hanya dia yang masih berada di lubang yang sama.
"I dengan Eryn pun dah buka buku baru. Dia sendiri yang datang jumpa I."
"She said sorry? For everything?"
"Yep! Dia mengaku dia silap dan terlalu mengikut hati. Sungguh-sungguh dia minta maaf."
"Dia rosakkan majlis kahwin you dulu."
"Tahu...tapi perkara yang dah lepas kita tak boleh nak ubah dah. Sekarang I nak pandang ke depan. Memang betul dia rosakkan semuanya masa I kahwin, tapi I tak rasa I layak untuk menghukum dia. I tak rasa dia orang yang jahat."
"Kenapa you rasa dia tak jahat?"
"Jalan hidup dia yang menyebabkan dia terpaksa jadi macam tu. Sama macam I dulu. I bukan sengaja nak jadi gadis pelayan or gadis pemuas nafsu jantan lain. Tapi I tak ada pilihan masa tu."
"Maknanya I yang jahat sebab I punca you jadi macam tu. I am the bad guy."
"No, I tak pernah anggap you jahat. You juga yang jaga I, yang peduli tentang sakit pening I. You juga yang berjuang untuk pertahankan maruah I sampaikan you terpaksa duduk dalam ni..." ujar Nurin perlahan sambil memerhati keadaan sekeliling. Di sana dinding, di situ dinding. Tak pun tirai besi.
"You are my guadian angel, Dylan." ujar Nurin membuatkan Dylan tersenyum.
"Itu pilihan I dan itu bukan takdir I. I sendiri yang memilih . Tak ada siapa pun yang memaksa. Lepas ni I nak you fokus dengan hidup you. Fokus dengan matlamat dan dengan apa saja yang ada di depan you. Tak payah datang jenguk I selalu pun tak apa." sekali lagi Dylan mengingatkan Nurin.
"Dah kenapa tak payah datang jenguk selalu?"
"Kalau asyik ke mari, macam mana you nak betul-betul terpisah dari masa lalu you yang I dah ciptakan? Kalau boleh I nak you lupakan segala kegelapan yang you telan selama ni. I lama lagi duduk dalam ni. You tak perlu buang masa untuk I. You lupa ke? I pernah cakap sebelum ni. I tak nak you terikat dengan I."
"Dah kenapa Dylan? I ada salah cakap ke?" Nurin menyoal. Setiap kali dia datang, mesti akhirnya akan jadi begini. Seolah-olah Dylan menjauh diri sedangkan tadi sewaktu baru bertentang mata, wajah Dylan berseri-seri. Keterujaan jelas terpampang namun di penghujung waktu Dylan mesti berubah wajah. Dia akan berwatak serius dan seakan menjauh. Ini bukan kali pertama Dylan memintanya untuk berhenti melawat.
Waktu melawat yang singkat akhirnya tamat. Dylan meminta diri meninggalkan Nurin yang masih termanggu sendiri. Dylan melepaskan satu keluhan. Ah, menyesalnya kerana bersikap dingin sebentar tadi. Sungguh hatinya cemburu, tidaklah banyak tapi adalah sedikit setiap kali Nurin menjentik nama Nizam. Agaknya dia sama seperti Eryn. Mencintai orang yang bukan milik mereka. Eryn mencintai Nizam namun Nizam pula milik Nurin. Gadis yang dia puja.
Ish, bodoh! Dah kenapa harus wujud perasaan yang tak seharusnya ada di antara dia dan Nurin?
••••••••••••••••••
Nurin terduduk sebentar. Ish, tak boleh jadi! Tiba-tiba dirinya berasa seolah-olah melayang ke kiri dan kanan. Pemandangannya kabur sejenak. Peluh-peluh jernih mula memunculkan diri. Membasahi dahi lalu mengalir ke seluruh wajah. Dia hampir pitam!
Husna segera berlari mendapatkan Nurin yang sudah pun kelihatan pucat tidak bermaya. Sebaik saja dia menyentuh tangan Nurin, dia tahu Nurin tidak sihat. Tangannya terasa panas.
"Boss mana boss? Nurin demam ni!" Husna menjerit nyaring. Dia panik apatah lagi melihat keadaan Nurin yang seolah-olah tidak memberi respon apabila dipanggil. Mata Nurin hanya separuh terbuka. Jika terus dibiarkan, Nurin boleh rebah dan jatuh pengsan pada bila-bila masa.
"Kejap-kejap! Aku panggil bos!" Amira segera berlari mencari Nizam yang berada di bahagian belakang premis bersama Yazid. Mereka masih bersama pembekal sambil berbual kosong. Segala urusan terimaan stok barang kering dan mentah sudah pun selesai. Kebetulan sangat!
"Bos, Nurin pengsan!" Kata Amira sebaik saja wajah Nizam terpampang di depannya. Segera Nizam meminta diri dari situ dan melangkah laju ke arah Nurin.
"Kenapa bos benarkan Nurin turun ke kedai hari ni? Dia demam ni bos. Panas sangat tubuh dia ni." Husna membebel sebaik saja Nizam muncul.
"Tadi pagi dia elok. Sihat macam biasa. Dia sendiri yang nak turun ke kedai, rindukan kamu semua ni la. Tak kan nak halang pula." balas Nizam membela diri. Alahai, kalau dengan staf perempuannya, memang selalu sangat dia dijatuhi hukuman bersalah tanpa sempat membela diri. Apatah lagi kalau sesuatu itu berkaitan dengan Nurin. Hubungan mereka dengan Nurin sangat erat. Mungkin atas sebab persahabatan itulah dia yang selalu menjadi mangsa.
"Nurin, sayang dengar tak ni?" Nizam cuba memanggil Nurin. Namun tiada sebarang respon yang diberikan.
"Sayang Encik Nizam tak dengar dah tu. Tak payah buang masa panggil dia. Pergi hospital cepat!" Giliran Amira pula memberi arahan. Nizam mengangguk laju. Menerima arahan yang diberikan tanpa sebarang bantahan walaupun arahan itu datang dari pekerjanya.
"Syam tolong uruskan semuanya hari ni." sempat lagi dia memberikan mandat kepada Syam untuk menguruskan bisnes pada hari itu memandangkan waktu untuk beroperasi sudah semakin hampir. Dia tahu dia tidak akan kembali ke sana dalam tempoh beberapa jam malah mungkin dia tidak akan kembali terus untuk hari ini. Mana mungkin dia akan meninggalkan Nurin sendiri dalam keadaan Nurin yang begitu lemah. Segera dia mengendong tubuh Nurin dan membawanya ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan mengarah ke hospital. Mata Nurin tertutup rapat. Dia menggenggam tangan Nurin. Seolah-olah memberi semangat agar Nurin terus bertahan.
Sebaik saja tiba di perkarangan hospital, staf yang ada di sana dengan segera menguruskan Nurin dan membawanya masuk ke bilik rawatan. Nizam pula menunggu sendiri di luar ditemani keresahan. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa Nurin boleh tiba-tiba demam sampai pengsan macam ni? Pagi tadi Nurin sihat dan ceria seperti selalu. Apa yang dia terlepas? Suami seperti apakah dia yang tidak tahu keadaan isteri sendiri? Padahal mereka tinggal serumah, tidur sebilik, sekatil lagi tu! Macam mana dia boleh tak tahu yang Nurin tak sihat? Nizam mula menyalahkan diri sendiri. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Hanya mampu berdoa dan berserah agar semuanya baik-baik saja.
Share this novel