Bab 29

Drama Completed 53004

Eryn berjalan perlahan ke arah Nizam. Ah, lelaki itu sentiasa mengancam di ruang matanya. Dari kecil lagi dia sudah menyimpan perasaan untuk Nizam tapi itulah, Nizam membina tembok di antara mereka. Apa yang Eryn tahu, dia mesti runtuhkan tembok itu jika mahu memiliki sekeping hati milik jejaka idaman.

"Abang dah makan?" Soal Eryn lalu duduk disebelah Nizam yang sedang asyik memandang skrin telefonnya.

"Oh, dah." jawab Nizam acuh tak acuh. Matanya masih lagi tekun menatap skrin telefon. Sekali sekala ada senyuman yang terukir. Pesanan ringkas yang masuk melalui aplikasi Whatapps itu langsung dibuka, kemudian dengan pantas dia membalas. Tersengih-sengih tanpa pedulikan kehadiran Eryn di sebelah.

"Amboi, tersengih-sengih abang ya. Berbalas whatapps dengan siapa tu,bang?" Eryn cuba mengawal rasa cemburunya yang melolos sedikit. Dia sempat mengerling skrin telefon Nizam dan ternyata nama seorang gadis yang menjadi penerima pesanan. Gadis yang menyebabkan Nizam tersengih seorang diri. Ah, benci!

"Adalah...kawan."

"Betul ke kawan? Sebab Eryn tengok lain macam betul senyum abang tadi tu."

"Eh, betullah. Tak declare apa-apa pun lagi, tak kanlah abang nak cakap lebih-lebih dari tu."

"Perempuan?"

"A'ah."

"Abang suka dia?"

"Suka sangat cuma itulah, abang belum cakap apa-apa lagi. Tunggulah dulu, tak nak tergopoh sangat." Nizam sengaja bertutur begitu. Ah, bukan dia tak tahu Eryn sedang terbakar sendiri.

"Habis Eryn macam mana?"

"Laaa, macam mana apa pula? Apa kaitan dengan abang?"

"Sampai hati abang, kan? Sengaja pura-pura buta. Buat-buat tak tahu walaupun Eryn sentiasa berterus-terang tentang hati Eryn. Kenapa abang layan Eryn sampai macam ni sekali?" Sakit hatinya dengan Nizam. Orang dah suka, dia pula mengada. Tak faham ke atau sengaja tak nak faham?

Nizam membetulkan duduknya. Kali ini dia memandang Eryn. Alahai, susahnya nak fahamkan Eryn yang dia langsung tak ada hati dan perasaan untuk gadis itu. Dia menganggap Eryn sebagai adik. Itu saja. Dari kecil dia membesar bersama Eryn, sayangnya dia pada gadis itu cukup setakat itu sahaja.

"Macam mana abang nak cakap eh... Eryn, Eryn hadir dalam keluarga Mak Long sejak dari usia dua hari dan sejak tu juga abang dah kenal Eryn. Abang yang tolong jaga Eryn, kita membesar bersama. Kita dah macam adik beradik. Macam mana abang nak sayangkan Eryn lebih dari tu? Cukuplah Eryn, please stop. Jangan jadikan situasi di antara kita lebih awkward. Boleh tak kalau kita stay macam sebelum ni?"

Eryn tertunduk sedikit. Ya, kalau boleh dia pun mahu begitu. Kalau boleh dia pun tak mahu terseksa kerana mencintai insan yang tak sepatutnya tapi apakan daya hatinya terpaut sendiri. Puas sudah dia cuba mengusir rasa namun makin diusir, makin melekat. Makin teguh pula rasanya. Habis tu? Apa lagi yang boleh dia buat?

"Nizam, Eryn... Mari sini. Kita bergambar sama-sama." Suara Mak Long, Puan Azuween memanggil mereka berdua. Dia tersenyum memandang mereka. Ah, sesuai benar digandingkan bersama.

"Hasnah, akak rasa macam sesuai saja Nizam dengan Eryn tu. Nizam pun dah kenal Eryn dari kecil. Elok sangatlah tu."

Kata-kata dari kakak iparnya itu membuatkan Puan Hasnah tersedak air liur seketika. Alahai, biar betul Nizam hendak dipadukan dengan anak angkatnya?

Bukanlah dia tidak mahu bermenantukan Eryn. Tak ada cacat-celanya pun Eryn tu malah dia sendiri tahu Eryn molek rupanya tapi Puan Hasnah tahu bahawa hati anak bujangnya sudah ada penghuni.

"Rasanya tak bolehlah, kak. Nizam tu dah ada pilihannya sendiri." Puan Hasnah cuba menolak sehabis baik.

"Eh, tak boleh apanya. Tak kanlah kamu nak melebih-lebihkan orang luar berbanding dengan Eryn. Kamu sendiri pun tengok macam mana akak jaga Eryn. Sepenuh hati akak jaga dia, tatang dia dengan penuh kasih dan sayang. Didik dia dengan agama, adab dan adat kita. Kamu yakin ke pilihan Nizam tu betul-betul tepat?"

"Saya dah jumpa budak tu depan-depan kak, elok perangainya."

"Alah, kalau depan kamu memanglah elok perangai. Nanti duduk serumah dah jadi menantu, baru kamu tahu macam mana. Keluar belangnya, angin ributnya macam mana, perangai sebenarnya tak mampu nak sorok kalau dah jadi nanti."

"Insyaallah, saya percaya dengan pilihan Nizam. Yang nak hidup sampai ke tua dengan pasangannya tu nanti si Nizam sendiri jadi ada baiknya kalau dia sendiri yang tentukan siapa pasangan yang dia nak."

"Ish, kita mak-mak ni nak kena pastikan apa yang terbaik untuk anak. Bukannya semberono terima orang masuk dalam keluarga kita macam tu saja. Eryn tu dari kecil kamu kenal, tumbuh dewasa elok cantik. Dah tentu-tentu kamu kenal luar dalamnya anak akak tu."

Perbualan mereka terhenti apabila Nizam dan Eryn mendekat. Tidak lagi Puan Hasnah berselera untuk menyambung topik tersebut. Dia melabuh pandang pada Eryn sejenak. Ya, tidak dinafikan Eryn cantik. Manis orangnya tapi apa boleh buat kalau hati Nizam sudah terpaut pada yang lain. Nurin pun cantik. Tidak dinafikan masa silamnya gelap tapi siapalah dia untuk menilai Nurin hanya berdasarkan masa lalunya sahaja. Nurin yang dia kenal beradab orangnya, lemah lembut, malah indah dipandang mata. Jika dibandingkan Eryn dan Nurin, dia tidak nafikan Eryn mungkin lebih baik. Eryn terpelajar, asuhan dan didikan yang diterimanya juga sempurna malah maruahnya juga lebih baik dan terjaga rapi.

Nurin? Kasih dan sayang dari orang tuanya juga tiada, tidak pula terpelajar, hidup di jalan gelap sebagai kupu-kupu malam. Itu saja sudah cukup untuknya menolak Nurin tapi kenapa harus Nurin yang menerima hukuman untuk tidak menjalani hidup sebagai manusia normal seperti yang lain sedangkan hidupnya begitu bukan atas kehendaknya sendiri. Nurin bahkan nekad untuk melarikan diri daripada terus menerus hidup di dalam kegelapan. Bukankah selayaknya dia diberi peluang? Soal maruah, mungkin juga sudah tercalar. Namun kasihnya pada Nurin sudah pun jatuh sejak dari mula, sebelum dia tahu rahsia gelap Nurin. Sesudah tahu, lagilah dia jatuh kasih. Kasihan dengan jalan hidup yang terpaksa dilalui. Tak kan dia nak biarkan Nurin?

"Mak Ngah, tengok depan. Nanti gambar Mak Ngah tak cantik." Tegur Eryn tersenyum manis. Puan Hasnah tersenyum kelat. Alahai, terleka pula dia berfikir-fikir sendiri. Tak pasal-pasal kena tegur dengan Eryn.

"Happy birthday, Mak Long. Semoga panjang umur, murah rezeki selalu." Nizam memeluk Puan Azuween erat.

"Nanti Mak Long nak tuntut hadiah dari Nizam. Nak cucu."

"Amboi, salah tempat nak menuntut cucu tu Mak Long oii...Nizam tak ada rahim, tu pergi minta dengan Eryn. Suruh dia kahwin, haa baru boleh bagi hadiah cucu. Harap Mak Long sabar dulu ya, hadiah delay sikit sebab prosesnya tu agak lama." Nizam berseloroh tanpa faham maksud tersirat Puan Azuween. Puan Hasnah sekali lagi tersenyum kelat.

Alahai anak, kalaulah kamu tahu cucu yang dimaksudkan oleh Mak Long tu adalah cucu dari benih kamu. Dalam diam Puan Hasnah merangka projek meganya untuk menyatukan Nurin dengan Nizam secepat yang boleh sebelum kakak iparnya memulakan langkah yang seterusnya. Ya, kalau Nurin yang Nizam mahukan maka jangan ditunggu-tunggu lagi. Nanti selepas selesai majlis hari jadi kakak iparnya itu dia akan menyuarakan isi hati kepada suaminya terlebih dahulu sebelum berbincang dengan Nizam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience