Bab 57

Drama Completed 53004

"Nurin tak payah ikut hari ni, ya? Rehat dulu nanti dah betul-betul sihat baru ikut ke kedai." Nizam mengusap lembut kepala isterinya itu.

"Orang dah sihatlah. Doktor dah bagi discharge tu maknanya dah sihat dah laa..."

"Tapi doktor pesan suruh rehat banyak, kan?"

"Hmm, bosanlah duduk rumah. Kalau dekat kedai bolehlah borak-borak dengan mereka."

Nizam tahu benar siapa yang dimaksudkan. Tak habis-habis nak melepak bersama.

"Eh, tak payah. Duduk rumah elok-elok. Tak baik kacau orang time kerja, tau."

"Ish, tak kanlah sampai macam tu sekali. Orang tahulah bila masanya boleh duduk membawang. Time tak packed dengan customer tu kan boleh..."

Nizam tergelak. Oh, nak membawang rupanya Nurin.

"Sejak bila dah daftar masuk dalam skuad membawang ni?"

Nurn tersenyum apatah lagi mendengar gelak kecil Nizam. Mudah sangat suaminya itu terhibur. Benda kecil macam tu pun boleh tergelak.

"Please..saya ikut ya?" Segera Nurin merayu semula memandangkan mood Nizam tengah elok. Sekali lagi Nurin hampa apabila Nizam masih dengan keputusannya. Nurin memuncungkan mulutnya tanda protes.

Ah, sudah. Kononnya nak protes tapi tak pasal-pasal Nizam menciumnya pula. Menarik Nurin ke dalam pelukan. Nurin cuba menolak. Kononnya merajuk.

"Ish, isteri aku ni memang ada sangkut paut dengan spesis biawak ke? Kalau dipeluk waktu merajuk memang tak ada kerja lain. Asyik nak menggeletis!" ujar Nizam selamba. Pelukannya masih utuh.

"Oii, siapa biawak?!" marah Nurin.

Nizam ketawa lagi sebaik saja melihat wajah Nurin yang merah menahan geram. Makin marah makin seronok pula dia mengusik.

"So, kalau tak ada kaitan dengan biawak apa kata sayang stay elok-elok? Nikmati saat ni."

Perlahan-lahan Nurin menghentikan tolakannya pada tubuh Nizam. Nikmati saat ini kata suaminya maka dia pun menyandarkan kepalanya pada dada Nizam. Mendengarkan degup jantung lelaki itu dengan tenang. Tidak seperti kali pertama mereka berpelukan dulu. Kadar degup jantungnya kurang normal!

Tanpa sedar dia membalas pelukan Nizam. Merangkul pinggang lelaki itu dengan kedua-dua belah tangannya. Ah, Nizam terlalu sempurna untuknya sedangkan dia dan Nizam agak berbeza. Nizam seorang yang romantik tapi bukan dia. Nizam yang selalu mencetuskan saat-saat indah seperti ini. Dia? Jarang sekali. Eh, pernah ke?

"I love you..." Bisik Nurin perlahan.

"Hmm, apa?" soal Nizam. Sengaja mahu Nurin mengungkapnya sekali lagi. Selalunya dia yang mengungkapkan kata-kata cinta, tapi kali ini tiba-tiba Nurin pula yang menyebutnya.

"I love you... Day after day I keep falling in love with you.." ucap Nurin sambil memandang Nizam. Tidak dinafikan ada saja yang membuatkan dia jatuh cinta pada Nizam. Semakin lama bergelar isteri, semakin cintanya mendalam. Tak pernah sehari pun dia bangun tanpa jatuh cinta pada Nizam.

Nizam tersenyum dan membalas kata-kata cinta itu dengan sebuah kucupan. Lama dia mengucup bibir isterinya itu sebagai penghanti kepada ucapan cinta Nurin sebentar tadi.

"Kan dah cakap dari dulu lagi yang saya akan buatkan awak jatuh cinta." ujar Nizam.

"Dah cium tadi tu still tak boleh ikut ke kedai ke?" selamba Nurin melontarkan soalan.

"Apalah sayang ni. Tengah nak romantik-romantik boleh pula tanya soalan tu balik."

Nurin ketawa manja. Ya tak ya juga! Dia merosakkan suasana.

"Duduk rumah ya sayang. Lain kali sayang ikut ke kedai. But untuk masa ni sayang stay rumah dulu ya. Anything just call me. Mak pun ada dekat sebelah. Nanti-nanti adalah tu datang menjenguk. Biasalah cari teman menyembang."

Encik Lutfi sudah turun semula ke laut. Ada trip mancing lagi katanya. Kali ini perginya dalam seminggu. Puan Hasnah memberikan lampu hijau memandangkan suaminya sudah 'memberikan rasuah' yang berupa seutas gelang emas baru.

"Yalah, orang stay rumah." balas Nurin namun kembali memuncung. Cuma pelukannya yang masih tidak lepas. Eh, eksen sangat merajuk tu.

"Muncung lagi? Tak habis-habis dengan duck face dia. Cium kang!"

"Ciumlah kalau berani."

"Memang nak ke? Kalau nak cakaplah, tak payah acah-acah merajuk. Tapi sayang , saya warning dulu ya. Kalau saya cium ni saya tak nak bertanggungjawab dengan apa yang akan berlaku. Silap-silap saya tak jadi ke kedai ni tau." Balas Nizam sambil tangannya mula merayap ke sekitar tubuh Nurin.

Nurin tertawa bahagia. Tak habis-habis nak mengusik.

"Gatal!" balas Nurin apatah lagi melihat wajah Nizam yang tersengih-sengih mengusiknya.

"Tak salah kalau gatal dengan isteri sendiri. So, sekarang awak nak saya ke kedai atau....?" soal Nizam sambil mengangkat keningnya.

"Pergilah ke kedai." balas Nurin yang geram melihat riak nakal Nizam.

Nizam tergelak besar. "So, saya ke kedai dulu ya... tapi jangan ingat sayang dah terlepas tau. Malam nanti siaplah...ada kucing datang mengiau."

"A'ah, kucing manja." Balas Nurin menyebabkan kedua-dua mereka tergelak besar.

Nurin meraih tangan Nizam untuk bersalam. Berat rasa hatinya untuk membiarkan Nizam pergi. Kalau boleh dia nak sentiasa bersama. Kalau Nizam tak ada, dia rasa semacam. Rindu tu datang walaupun berpisah sekejap cuma. Nizam menyentuh perut Nurin yang masih kempis. Dia tersenyum sendiri. Siapa sangka demam yang Nurin alami rupa-rupanya bawaan benih cinta yang tertanam.

Berita gembira yang disampaikan doktor selepas beberapa jam Nurin warded berjaya membuatkan dia tersenyum selama beberapa hari tanpa henti. Tak habis-habis dia membayangkan kehidupannya setelah anak mereka lahir kelak. Memang masih terlalu awal untuk dia membayangkan semua itu namun rasa teruja untuk menimang cahaya mata yang pertama membuatkan dia tidak mampu untuk menyangkal bayangan itu.

Nurin turut tersenyum saat Nizam memegang perutnya. Dia juga teruja apabila mengetahui adanya penghuni kecil yang duduk di dalam rahimnya. Saat ini terasa kehidupan yang dicari sudah ditemui sepenuhnya. Masa lalu tidak lagi mencengkam dirinya. Kini dia ada keluarga yang sempurna. Mertua yang baik dan penyayang, ayah yang pengasih sama seperti waktu kecilnya, suami yang prihatin dan anak yang bakal dilahirkan. Lalu nikmat apa lagi yang boleh dia dustakan?

Nurin memanjatkan rasa syukur. Tidak pernah terlintas dibenaknya bahawa kehidupan seindah ini akan menjadi miliknya setelah puas bersama tangis dan derita. Masa lalu sekadar kenangan, masa depan pula yang bakal dicorakkan bersama insan yang tersayang. Semoga bahagia sentiasa bersinar.

Maaf readers yang setia menantikan sambungan cerita ni, ada saja halangan yang mendatang. Lambat pula update. Ira sendiri bergelut dengan morning sickness menyebabkan penulisan kali ni sering tertangguh. Apa-apa pun terima kasih kerana dah support Ira. Next kita bertemu dalam storyy lain pulak yaa... Lovee chu'all semua

Share this novel

DHIA ARYA
2024-03-14 10:17:36 

Semestinya

DHIA ARYA
2024-03-14 10:14:33 

Best sgt


NovelPlus Premium

The best ads free experience