Bab 4

Drama Completed 53004

"Kak, bangunlah!" Nurin mengejutkan Martina dari lenanya. Amboi, bukan main sedap tidur sampai ke tengah hari.

"Apa? Hari ni cuti... biarlah akak tidur." balas Martina malas.

"Kak, jom keluar jalan-jalan?"

"Banyak duit?"

"Banyaklah jugak. Hasil gaji akak layan Richard malam tadi." Tersengih-sengih Nurin apabila Martina menjenggilkan mata.

"Banyak sedap? Akak yang kerja keras, Nurin yang nak enjoy hasil titik peluh akak?" Martina bangun perlahan. Dia mengeliat malas. Matanya masih mengantuk tapi mustahil dia boleh terlelap kalau Nurin ada di sebelah. Nurin pasti akan terus menerus mengganggunya.

"Alah, akak pun sedapkan malam tadi tu?" perli Nurin.

Laju saja Martina menghadiahkan tamparan di bahu Nurin. Alah, bukannya kuat sangat pun.

"Nakal! Bak sini duit akak."

Nurin menyerahkan duit di tangannya.

"Berbaloi!" ujar Martina sambil tersenyum.

"Nah RM500 komisen." Martina menyerahkan lima keping not RM100 kepada Nurin. Tersengih-sengih  Nurin menerimanya.

Nurin duduk di katil Martina dan terpandang jarum kecil yang agak tersorok di tepi meja yang berada di sebelah katil.

"Kak, jarum tu... drugs? Akak still on drugs?"

"I need it, Nurin. Kalau tak ada tu, akak tak boleh nak kerja lebih."

"Ni tak cukup?" Nurin menyambar botol kecil itu.

"Mana cukup pil peransang tu, Nurin. Pil tu lain fungsi, dadah tu lain fungsi. Nak horny makan pil tu, nak tenaga, stamina apa semua tu, akak perlukan tu." Martina menunding ke arah jarum kecil yang digunakannya semalam.

"Tapi Nurin takut kalau akak ketagih. Takut sangat kalau lain jadinya nanti." Nurin meluahkan perasaannya.

"Hey, don't worry. Akak tak ambil lebih-lebih pun. Tak adanya akak ketagih." Martina memandang Nurin. Jatuh kasih pada Nurin saat kali pertama dia diarahkan untuk mengajar Nurin selok-belok urus niaga Dylan. Dia ada adik yang sebaya Nurin, mungkin kerana itu dia rasa dekat dengan Nurin.

"Apa-apalah, jom kak! Kita keluar jalan-jalan. Hari minggu macam ni terperuk dalam bilik, macam membazir je."

Martina mencebikkan bibirnya. Membazirlah sangat! Padahal kalau keluar jalan-jalan lagi membazir. Bazir masa!

"Malas betullah... Badan akak sakit-sakit ni..."

"Alaa, sakit-sakit sebab berperang malam tadi tu..."

"Eh, ke situ pula... Tak kisahlah nak berperang ke bergusti ke apa yang penting poket akak tebal hari ni. Nasib baik Richard sejenis yang good looking juga. Kalau dia sejenis yang tak ada rupa, tak hingin juga nak melayan."

"Jangan nak membongak! Dulu Freddie akak layan elok dah kenapa? Perut ke depan, dahi dari depan sampai belakang! Tak jumpa rambut dia langsung!"

Kedua-dua tawa mereka bersatu. Terbayang tubuh gempal Freddie dengan kepala botaknya. Alahai, tak sangka dulu Martina merupakan gadis kesayangan Freddie. Sama seperti Richard memperlakukan Nurin cuma bezanya Nurin tidak melayan sehingga ke katil. Dia pula sebaliknya.

"Boleh tak kita tak payah cakap tentang dia? Meremang pula bulu roma." Kata Martina bersama sisa tawa.

"Nurin, kita tak payah keluarlah ya hari ni?"

Mendengarkan kata-kata Martina, Nurin memuncungkan bibirnya.

"Dah kenapa?"

"Sebenarnya, duit akak dah cukup." Perlahan suara Martina. Wajahnya juga bertukar serius.

"Cukup? Cukup apa?"

"Akak dah kumpul lama dah. Sebenarnya dah berbulan-bulan yang lepas dah duit yang akak kumpul tu cukup tapi akak tak tahu macam mana nak cakap, lagi-lagi kalau dengan Dylan nanti."

"Cakap apa? Duit akak cukup untuk apa?" Nurin mula resah. Tak sabar untuk tahu apa sebenarnya yang Martina cuba sampaikan.

"Cukup untuk tinggalkan tempat ni."

Krik, krik. Kedua-dua mereka senyap tanpa kata. Martina memberikan ruang untuk Nurin menghadam kata-katanya. Ya, dah berbulan lamanya duit simpanannya cukup malah lebih dari cukup. Cuma dia yang tidak sanggup untuk meluahkannya. Risau apabila memikirkan reaksi Nurin. Hmm, itu baru Nurin. Belum lagi Dylan.

"Akak nak pergi?" soal Nurin. Suaranya perlahan namun jelas adanya nada kecewa yang terselit di situ.

"Ya, Nurin. Sampai bila akak nak stay dalam kehidupan macam ni? Akak rasa dah tiba masanya untuk akak melangkah pergi. Mencuba nasib untuk kehidupan yang lebih baik. Umur akak bukannya muda lagi, dah cecah 33 tahun dah. Bila masanya akak nak bina keluarga kalau masih stay dekat sini. Akak rasa macam tak ada masa depan kalau masih terus di sini. Esok lusa akak tua, macam mana nak cari makan dah? Siapa nak langgan akak dah? Sebab tu akak rasa dah tiba masanya untuk akak stop dan cuba cari kerja lain yang boleh menjamin masa depan akak."

Tubir mata Nurin digenangi air mata. Sudah tiga tahun dia di situ, maknanya sudah tiga tahun juga dia kenal dengan Martina.  Bagi Nurin, dialah kakak, dia jugalah kawan. Kalau Martina pergi, mesti terasa kosong tiba-tiba.

Namun Nurin sedar, segala apa yang diucapkan oleh Martina semuanya benar belaka. Bayangkan kalau dia dah tua nanti, siapa yang nak? Macam mana nak cari makan? Sampai bila dia mesti cari makan dengan cara menjual tubuh? Sampai bila?

"It's okay, kak. Nurin doakan yang terbaik untuk akak." Sedaya upaya dia cuba menahan rasa sendu yang hadir. Kalau boleh dia tak mahu Martina rasa serba salah. Risau kalau air matanya jadi penghalang buat Martina.

"Nurin betul ke akan okay kalau akak pergi?"

"Kenapa nak risaukan Nurin sangat, kak? Cubalah akak fikirkan tentang diri akak. Fikirkan tentang masa depan akak. Tak payah nak menoleh ke belakang dah. Kak, ni peluang akak untuk bina balik kehidupan akak. Tentang Nurin akak tak payahlah risau. Nurin ada Dylan." ujar Nurin berserta senyuman. Ah, sesungguhnya di bibir mengukir senyum, namun di hati awan kelabu mula menyelimuti.

"Oh my god, akak risau sangat tentang reaksi Nurin. Tak tahu macam mana nak share dengan Nurin tentang perkara ni sebab akak tak tahu macam mana penerimaan Nurin."

"Lain kali cakap terus, tak payah penuhkan kepala dengan perkara-perkara yang tak penting."

"Baiklah, cik adik manis. Lain kali akak cakap terus je, tak payah saratkan kepala."

Nurin tersenyum. Lain kali? Masih adakah lain kali untuk kita? Dia bersoal-soal sendiri.

"By the way, boleh Nurin tahu when is your last day here?"

"The end of this month. Kiranya ni bulan terakhir akak."

Nurin mula berkira-kira sendiri. Ah, lebih kurang seminggu saja lagi.

"Dylan dah tahu?" soal Nurin.

"Belum... Tu yang akak nak mintak tolong Nurin."

"Tolong apa?"

"Tell him."

Nurin mengangguk. Faham benar pertolongan itu memandangkan dia yang paling rapat dengan Dylan. Niat Martina untuk pergi sebenarnya satu langkah yang bagus untuk dirinya, Nurin akan sentiasa menyokongnya walau apa pun yang dia ceburi di luar sana nanti.

"Baik, Nurin jumpa Dylan sekarang. Akak bersiap-siap cepat. Kita pergi makan-makan. Nurin belanja sempena good news akak nak bina hidup baru." Nurin tersenyum. Martina mengangguk dan tidak lagi membantah. Niatnya yang sekadar mahu berehat terpaksa diketepikan demi Nurin. Biarlah dia penuhi keinginan Nurin sementara masih punya kesempatan.

Nurin berlalu pergi kononnya mahu bersiap. Sebaik saja dia berada di biliknya, terhambur segala tangis. Dia tahu setiap pertemuan itu pasti akan di akhiri dengan perpisahan, tapi kenapa perpisahan itu hadir pada saat yang teruk? Dia tiada sesiapa selain daripada Dylan dan Martina. Jika Martina pergi, dengan siapa lagi dia mahu bersadu nasib? Dylan? Ah, ada sesetengah perkara yang hanya Martina sesuai untuk dijadiakn teman bercerita.

Nurin melepaskan rasa sedih itu semahu-mahunya. Dia tidak mahu jika setitis pun air matanya jatuh lagi pada hari Martina mengungkapkan selamat tinggal. Dia sedar, dia juga harus pergi demi masa depan sama seperti Martina. Tapi kalau dia pergi, adakah itu bermakna dia harus melupakan cinta pertamanya? Ah, benci!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience