Bab 26

Drama Completed 53004

"Good morning everybody. Please welcome our new family member, Nurin Nadhira." Perjumpaan pagi itu dimulai dengan sesi perkenalan terlebih dahulu sebelum operasi pada hari itu dimulakan.

"Eh, macam customer semalam." tegur Amira. Nurin tersenyum cuma. Mereka saling bertegur sapa antara satu sama lain. Sesi suai kenal hanya berlangsung lebih kurang dalam 15 minit sahaja sebelum Nizam mengarahkan mereka bergerak ke kawasan masing-masing.

"Saya nak buat apa? Apa task saya?" tanya Nurin.

"Nurin tolong saya di dapur. Pandai masak tak?"

"Eh, masak biasa-biasa retilah. Masakan orang rumah. Kalau yang luar biasa tak reti."

"Ada basic dah cukup. Sekarang cuma saya seorang yang memasak. So, Nurin kena belajar untuk masak menu-menu yang ada."

Nurin terlopong. Eh, buat hal betul Nizam! Memasak? Aduh, memang masaklah dibuatnya! Segera dia menggelengkan kepala. Tak mahu!

"Tak mahulah! Tak retilah, Nizam. Cubalah bagi kerja yang lain, cuci pinggan ke atau ambik order ke..."

"Mira dengan Syam dah cukup untuk handle bahagian order. Muiz pun setia dengan Peter basuh perkakas kotor termasuk pinggan mangkuk, periuk belanga apa semua tu. Jaga kaunter pun Husna boleh handle sendiri. Yang tak cukup tangan sekarang cuma bahagian memasak ni haa."

"Buat air?"

"Oh lupa, saya tak cakap lagi ke yang Yazid tu barista terhormat kita?"

"Alaa, tak ada kerja kosong pun kat sini."

"Eh, tak ada apa bendanya pulak? Kan saya dah cakap saya tak cukup tukang masak?"

Nurin tersengih. Alamak, besar sangat jawatan tu. Takut, risau, tak yakin...

"Awak...kalau saya yang masak, rasanya boleh lingkup restoran awak ni." ujar Nurin sambil tersengih.

"Tak payah risau. Chef ajarkan." balas Nizam sambil menepuk dadanya dengan bangga. Aih, buat hal betul!

"Waktu kritikal kita masa restoran baru buka, pada jam 10 pagi sehinggalah jam 4 petang. Selepas jam 4, biasanya kita akan lengang sikit. Waktu tu nanti saya akan ajar Nurin resepi perapan ayam dan perapan kambing untuk persediaan esok pula. Next you akan handle terus bahagian ni. Sekarang baru jam 6.30 pagi, boleh buat sambal untuk nasi lemak? Bahan untuk sambal dah ready semua, tinggal awak tumiskan semua. Boleh? Sementara masih awal ni, sempat lagi buat. Sambal tu makin lama biar makin sedap. For your very 1st time, saya akan biarkan Nurin buat ikut resepi Nurin. Nanti kalau ada kurang atau ada apa-apa penambahan, saya akan cakap."

Nurin tercengang lagi. Hah, terus mula ke? Biar betul?

"Wei, tak yakinlah..." ujar Nurin perlahan.

"Tak apa, kalau tak sedap nanti kita repair sama-sama."

"Macam mana kalau tak sedap tu langsung tak boleh nak repair dah?"

"Alah, Nurin sebenarnya ni tak yakin. Try dulu, give a shoot. Nanti kita tengok hasilnya. Saya nak prepare sup. Kalau tak tahu feel free untuk bertanya. Pagi-pagi ni semua masih di dapur. Tu tengok Muiz dengan Peter, masing-masing dah ready nak masak nasi. Mira dengan Husna pun dah keluarkan bahan-bahan mentah yang akan digunapakai hari ni. Nasi lemak yang Syam buat terbaik rasanya, tengok tu dia dah ready nak masak dah. Tinggal kita dua saja belum mula."

"Saya tak biasa...selalu masak untuk diri sendiri, tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu untuk bagi makan orang lagi. Tak pasal-pasal ada yang pengsan masuk hospital termakan makanan yang saya buat."

Nizam tergelak. Alahai, cuak betul gadis yang berada di depannya kini tapi dia tidak akan memanjakan Nurin. Sama saja pekerjanya yang lain sebelum ini. Hari pertama memang cuak, tak yakin, tak berani itu ini, tak mahu nak mencuba. Dia abaikan saja dan pekakkan telinga, sekarang elok pula pandai itu ini. Dia juga yang untung bila pekerja serba boleh. Tinggal dia saja yang kena pandai ambil hati pekerja supaya kekal di situ. Kekalkan kesselesaan mereka dan wujudkan suasana kerja yang harmoni. Hasilnya mereka juga yang seronok bila masing-masing serasi bersama.

"Try dulu, nanti saya akan datang tengok-tengok. Yang lain pun boleh datang tolong-tolong, tak tahu boleh tanya mereka."

Satu keluhan penuh kerisauan dilepaskan. Ah, masak sajalah. Nak tak nak kena teruskan. Dah namanya pun kerja, tak kan nak ketepikan. Itu tugas yang diberikan, kenalah selesaikan. Berbekalkan asas memasak yang diturunkan oleh arwah maknya, Nurin mengambil bawang holland, halia, ikan bilis, sedikit belacan dan bawang putih secukupnya. Dihiris kasar sebelum dikisar halus. Selesai mengisar, dia memasukkan minyak ke dalam kuali dan menumis bawang holland yang telah dihiris dan memasukkan pula bahan yang dikisarnya sehingga naik bau. Aroma tumisan mula memenuhi rongga hidung. Dia memasukkan pula daun pandan yang disimpul ke dalam tumisannya menambahkan lagi aroma yang semerbak mengharum. Cili kisar yang siap sedia digunakan di dalam chiller dimasukkan dan ditumis sehingga pecah minyak dan gelap.

Dia membiarkan sambalnya supaya mengering sebelum menambah sedikit air dan dibiarkan lagi. Sementara itu dia menggoreng pula ikan bilis dan diasingkan ketepi. Dia menjenguk semula sambalnya. Sudah mengering lagi, sedikit lagi air dimasukkan. Proses ini diulangnya sehingga cukup tiga kali. Selepas itu barulah dia memasukkan sos tiram, kiub ikan bilis, air asam jawa dan gula melaka ke dalam sambal. Dikacau rata sebelum dicampurkan bersama sedikit ikan bilis yang sudah digorengnya sebentar tadi. Haa, barulah cantik tekstur sambal. Tidaklah semuanya halus. Garam secukup rasa digaul bersama sebelum dia memanggil Amira untuk merasa sambalnya. Dia sendiri tidak yakin. Barangkali lidahnya ada masalah dengan masakannya sendiri. Tidak pula dia merasakan sedap tapi tidak pula dia merasakan aneh. Entahlah.

"Sedapnya!" komen Amira. Nurin terkejut. Biar betul sedap? Campur itu, campur ini, tambah itu, tambah ini, semuanya ikut sesedap rasa. Bukannya dia pandai sangat pun memasak.

"Bos, try rasa ni." Amira melaung memanggil Nizam. Laju saja kaki Nizam melangkah ke arah mereka berdua.

"Nice!" komen Nizam sambil tersenyum. Dia puas hati dengan rasa sambal itu. Ah, selesai tugasan pertama.

"Semerbak betul bau sambal. Nak rasa jugak!" Peter mendekat.

"Nurin bubuh apa?" Tanya Nizam. Sungguh, rasa sambalnya sedap walaupun Nurin agak ragu pada awalnya.

"Bubuh bahan biasa. Bawang holland, bawang putih, belacan..."

"Hah, itu dia! Belacan tu yang tambah sedap. Kebanyakkan orang tak bubuh pun belacan. Tahniah, good job."

Nurin tersengih. Segan. Baru buat sambal dah dipuji melambung. Memang macam tu ke? Benda kecil pun dipuji melambung, mahunya dia tak segan.

Selamba Husna datang membawa pinggan yang sudah pun berisi nasi lemak dan mencedok sambal lalu digaulnya bersama.

"Bismillah..." sesuap demi sesuap dimasukkan ke dalam mulut tanpa mempedulikan orang lain.

"Ish, bertuah betul budak ni! Aku ingatkan apa bendalah dia nak buat, rupanya nak makan." Peter menegur Husna. Gadis itu tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya.

"Tak nak makan ke? Rugi...aku lapar so aku makan." balas Husna selamba sebaik saja mulutnya kosong.

"Hah, jom semua kita makan sebelum menyibukkan diri lepas ni." Nizam mempelawa semua pekerjanya untuk bersarapan terlebih dahulu. Bagi Nizam, nak pastikan pelanggan happy pertama sekali ialah dia kena pastikan pekerjanya pun happy. Jaga perut supaya kenyang sebelum bekerja. Barulah ada tenaga. Kata orang kenyang perut, senang hati. Kalau lapar, tak pasal-pasal pelanggan yang akan kena kaki. Bon Appetite everyone!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience