"Dylan, where are you? Kenapa you buat I macam ni?" panggilan dari Dylan membuatkan Nurin tenggelam bersama tangis. Jika sebelum ini rindu hadir bagaikan angin sepoi-sepoi bahasa cuma namun kini seumpama ribut yang menyebabkan dia tewas menahan rasa. Segala kekuatan yang dia bina hancur musnah sebaik saja suara Dylan mengetuk gegendang telinganya.
"Nurin, I call bukan nak dengar you nangis. Kalau you terus nangis macam ni, macam mana kita nak berbual?" ujar Dylan di hujung talian. Sungguh dia sendiri terseksa. Bersembunyi dari semua orang membuatkan dia hampir gila sendiri. Dia putuskan semua hubungan dengan semua pihak luar. Hanya seorang anak buahnya yang paling dipercaya saja yang tahu keberadaan dia, Steven. Selama dua minggu ini hanya Steven yang dibenarkan untuk menghantar barang keperluannya. Itu pun hanya sekali dua. Kalau boleh mahu saja Steven berada di situ menemani tapi dia tidak mahu Steven terkurung bersamanya sedangkan anak buahnya itu tidak ada kaitan langsung dengan kejadian yang menimpa Richard.
"Macam mana I nak tersenyum tergelak dalam situasi macam ni, Dylan? I miss you a lot. You yang terpaksa tanggung semua ni sedangkan I bebas macam biasa. Padahal kalaulah bukan sebab I..."
"I miss you too, Nurin tapi kalau you still nak salahkan diri you sendiri macam ni, I tak nak dengar. I akan putuskan talian telefon."
"No! Please Dylan jangan! Bila you nak balik? Bila kita boleh berjumpa lagi?"
"I don't know. You tahu situasi sekarang macam mana, kan?"
"I tahu, tapi bawalah I sekali. I sunyi, I tak ada sesiapa selain you. You pun mesti sunyi,kan? Dylan, bawalah I pergi. I akan ikut you ke mana saja you bawa."
"Nadzir ada datang jumpa you?" soal Dylan sekaligus mengabaikan permintaan Nurin untuk membawanya pergi bersama.
Diam.
"Nurin, are you still there?"
"So, you yang beritahu dia keberadaan I? You yang suruh dia cari I?"
"At least ada yang boleh tolong tengokkan you when I'm not around."
"Tengokkan I? Are you insane? Mana akal waras you Dylan? Dia orang yang paling tak boleh diharap you sedar tak? You dah letakkan kepercayaan you pada orang yang paling tak boleh dipercaya. Anak sendiri pun dia tu sanggup dijual. Orang macam tu yang you percaya untuk tengokkan I?"
"I memang dah tak waras sejak dari awal lagi Nurin. Tak kan you tak tahu? I memang tak normal sejak dari mula kita kenal."
"Dylan, I tak main-main. You tahu apa yang dah dia buat dekat I dan sekarang you nak harapkan dia untuk tengok-tengokkan I? Lebih baik jangan. I boleh jaga diri I sendiri. Dylan, sungguh pun you tak nak bawa I bersama you but please don't thrust him. You silap."
"People change, Nurin."
"So do I, Dylan. I juga boleh berubah. Kalau dulu I boleh anggap dia sebagai ayah, but not now. You nak I jadi pembunuh? You bagi dia muncul depan I sekali lagi dan I tak kan sia-siakan peluang tu untuk cabut nyawa dia."
"You orang yang baik Nurin. You jangan sia-siakan peluang you dengan membunuh seseorang yang pernah jaga you. Jangan kerana satu kesilapan yang dah dia buat, you terus nak berdendam sampai mati. Lagipun you tak perlulah cemarkan tangan you dengan darah. Biarlah tangan I saja yang berlumur darah. I nak you kekal bersih. Membunuh bukan perkara yang biasa. Orang yang tak normal macam I saja yang mampu lakukan semua tu."
"Tapi I yang terpaksa menanggung silap yang dah dia buat. I yang jadi mangsa. Dia yang jadikan I tak normal."
"You jangan lupa, Nurin. Kesilapan itulah yang temukan kita berdua. Dia hantar you di tangan yang betul. I jaga you selepas dia tinggalkan you. Betul tak? I jaga you elok, kan?"
"Ahh, kebetulan you yang handle tempat tu. Bayangkan kalau dia jual I dengan orang lain, rasanya setiap hari I jadi lauk."
"Itu kalau...tapi hakikatnya sekarang you terjaga elok walaupun hidup di kelab yang penuh maksiat. Mungkin perbuatan dia hanyalah asbab kepada pertemuan kita."
"I tak boleh terima semua ni, Dylan. Dia sepatutnya jaga I. Dia hadir dalam hidup I sejak I kecil. Kenapa dengan senangnya dia lepaskan I untuk bebas dari hutang?"
"You ada tanya dia kenapa?"
"Tak kuasa I nak tanya dia! I benci tengok muka dia."
"Nurin, dia sebenarnya selamatkan you. Kalau dia tak hantar you ke kelab malam tu, mungkin you akan betul-betul jadi lauk. Lepas jadi lauk, you akan diseksa dan dibunuh di depan Nadzir."
"Kenapa you nak memihak dia?"
"I bukan memihak kepada sesiapa tapi I cuma beritahu kebenaran di sebalik tindakan dia. I tahu tindakan dia jual you tu tak boleh diterima dan I tak nafikan itu adalah satu kesalahan. Tapi you tahu tak dia terpaksa memilih antara mulut buaya atau mulut naga? You nak tahu kebenaran tapi you tak bagi dia peluang."
"I just can't..."
"Macam mana kalau I yang berada di situasi Nadzir?"
"Maksud you?"
"Well, I dah jaga you sekian lama... But end up I jual you dekat tauke lain. You nak bunuh I juga? You nak simpan dendam pada I juga?"
"Kenapa you nak buat macam tu? You sayang I, kan? I yakin you tak akan buat macam tu walaupun you diugut bunuh."
"Kalau I yang diugut bunuh, I akan fikir apa yang akan jadi pada you kalau I tertewas. Betul ke you akan selamat? Betulkah you akan terlepas? Mungkin I akan buat benda yang sama. Sekurang-kurangnya you selamat."
"No, you won't do that!"
"Nurin, samalah dengan situasi kita sekarang. Kita hadap masalah bersama, tapi I tak nak you tanggung akibat tu. Biar I tanggung seorang dan I nak you teruskan hidup. I sayang you sebab tu I tak nak you ada dengan I. You deserve much more better life than this. Kehidupan yang I tak mampu nak bagi you."
"Macam mana I nak hidup tanpa you? You tak faham ke? I tak boleh hidup tanpa you sebab dalam dunia ni I cuma ada you. Kenapa you bodoh sangat tak boleh nak faham benda ni?" Nurin membentak. Geram dan sedih bercampur-baur.
"Kalau bukan sebab I, mesti kita happily ever after dah sekarang." keluh Nurin.
"No, sayang. Bukan sebab you tapi semua ni disebabkan si biawak tu. Kalau dia tak kacau you, I tak akan naik hantu."
"Sekarang apa nak jadi dengan kita?" soal Nurin.
"Sekarang I nak you fokus dengan tujuan asal you masa you keluar dari kelab. Dulu alasan you keluar sebab you nak bina hidup, kan? So, keep going dear. Don't stop until you're proud. Jangan sia-siakan peluang yang I dah bagi."
Nurin mengangguk. Spontan. Dia sedar Dylan tidak nampak tapi anggukan itu ibarat satu janji yang dia akan dia pegang.
"I'll call you later. I hang up dulu ya?" Dylan meminta untuk mengundur diri. Risau jika ada yang akan mengesan keberadaannya. Bukan senang menjadi pelarian. Terpaksa menyorok di hutan. Setelah mengucapkan selamat malam, Dylan mematikan panggilan.
"Done?" Soal Steven yang setia menunggu di luar kereta. Dylan mengangguk. Kini, sudah tiba masanya untuk pulang ke tempat persembunyian yang langsung tiada sebarang talian telefon. Untuk mendengar suara insan yang dirindu, dia mengambil risiko berada di pekan kecil itu buat seketika namun tidak pernah sekalipun dia akan melangkah keluar dari kereta.
"Ada perkembangan kes si bedebah tu?"
"So far...nope." balas Steven sambil memandu membelah kepekatan malam. Dia sendiri pun hairan kenapa kes kematian Richard bagaikan tidak terusik. Kalau dikira-kira selain Richardd, lima orang konconya turut terkorban. Sepatutnya kes seperti itu mendapat liputan yang besar memandangkan jumlah mangsa yang ramai tapi entahlah...
Dylan mengangguk cuma sebelum membuang pandang ke luar memandangkan hanya itu masa yang dia ada untuk menikmati keindahan malam.
Share this novel