Nurin mengeluh penat. Ke hulu ke hilir mencari kerja kosong tapi hampa. Ada iklan kerja kosong di kedai telefon, nak pula yang pandai berbahasa mandarin. Kerja kedai-kedai macam tu sajalah yang dia layak. Sekadar jadi kuli-kuli memandangkan belajarnya dulu pun tak ke mana. Hampir dia berputus asa namun mengingatkan janjinya kepada Dylan, dia singkirkan jauh-jauh rasa putus asa itu.
Perutnya berkeroncong meminta untuk diisi. Dia menoleh ke kiri kanan mencari kedai makan atau restoren yang mampu memancing seleranya untuk singgah. Kakinya mula melangkah ke arah Bamboo House. Dingin penyejuk udara menerpa wajah sebaik saja dia menolak pintu kaca restoran itu. Ah, lega. Hilang sebentar bahang panas yang menggigit kulitnya sedari tadi. Dia duduk di satu ruang yang agak terpencil sedikit. Sengaja menjauh dari hiruk-pikuk pelanggan lain.
"Assalammualaikum, Nurin."
Segera dia mengangkat kepalanya ke arah tuan empunya suara.
"Eh, Nizam. Awak kerja dekat sini?"
"Lebih kurang macam tu." balas Nizam sambil tertawa kecil. Selamba dia melabuh punggung pada ruang kosong di depan Nurin.
"Dari mana ni?" tanya Nizam.
"Cari kerja kosong. Susah betul zaman sekarang nak dapat kerja. Bukannya Nurin layak mohon kerja pegawai-pegawai pun, itu lagilah payah. Mustahil! Nak kerja kuli-kuli biasa pun tak lepas. Nak kena pandai cakap mandarinlah, nak kena ada sekurang-kurangnya SPM lagi. Nurin tak ada semua tu." wajah Nurin jelas kemerahan dibakar teriknya matahari.
"Nurin tak kisah kerja apa sekali pun?" Nizam menduga.
"Tak kisah, asalkan bukan kerja macam dulu." Nurin bersikap lebih terbuka. Dah alang-alang Nizam tahu kisah silamnya jadi tak perlulah dia terus-menerus bersembunyi di sebalik bayang.
"Kerja dapur boleh? Pembantu dapur?"
"Eh, boleh sangat! Kenapa? Ada kerja kosong ke dekat sini?" Nurin teruja.
"Sebenarnya tak ada keperluan sangat pun tapi kalau boleh tolong Nurin, Insyaallah boleh diwujudkan kerja kosong tu."
Berkerut dahi Nurin cuba menghadam setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Nizam. Ah sudah, kalau tak ada kerja kosong macam mana pula boleh diwujudkan semata-mata untuk menolong dia?
"Mulai esok, Nurin boleh turun kerja ya?"
"Uih, main-main betul. Benda macam ni janganlah buat gurau. Orang memang tengah mencari, dia pula main-main. Siap suruh turun esok. Tak baiklah macam tu."
"Siapa kata saya main-main? Betullah saya terima awak kerja di sini. Kalau berminat, esok datang kerja. Nak datang sekali dengan saya pun boleh. Rumah sebelah menyebelah saja pun."
"Orang dah kata jangan main-main!"
"Saya pun dah cakap saya tak main-main."
"Panggil bos, saya nak dengar dari mulut dia sendiri. Kang esok saya datang kena halau pula."
Nizam tergelak kecil menyebabkan Nurin semakin geram. Sah, dia kena main!
"Okay sekejap lagi bos sampai." Nizam bangun lalu menghilang sebentar. Seminit kemudian dia kembali semula.
"Ya, ada apa awak panggil saya?"
"Ish, siapa pila yang panggil awak. Saya nak awak tolong panggilkan bos awak. Saya nak tanya tentang kerja kosong."
"Nak cari bos apa benda? Bos awak depan mata ni haa."
Nurin terlopong. Eh, tadi kata dia kerja di sini? Lepas tu mengaku dia bos pula? Bila pula naik pangkat jadi bos?
"Restoran ni saya ownernya. Sekarang saya lantik awak jadi pekerja saya. Bantu saya di dapur. Nak mula hari ni ke esok? Kalau nak mula hari ni hah cepat bangun ikut saya ke dapur." tegas suara Nizam mengajak Nurin mengikutnya ke dapur.
"Tapi...tadi kata kerja sini?" soal Nurin teragak-agak. Hampir saja dia betul-betul bangun dari duduknya untuk melangkah ke dapur sebelum di halang Nizam. Terkekeh lelaki itu bersama tawanya.
"Betullah tu, saya memang kerja sini. Saya owner, saya pekerja."
Nurin memandang Nizam tanpa berkelip. Masih ragu-ragu untuk percaya atau tidak.
"Esok jangan tak datang, ya? Lepas ni tak payah pergi merayap cari kerja dah. Lepas makan balik rumah then get some rest. Saya nak ke dalam sekejap. Nurin belum order lagi, kan? So tak payah order. Saya masakkan something special sebagai tanda meraikan Nurin dah dapat kerja hari ni." pantas saja Nizam berlalu pergi meninggalkan Nurin termanggu-manggu sendiri. Biar betul Nizam ni?
15 minit kemudian, seorang pelayan datang dengan membawa makanan seperti yang dijanjikan oleh Nizam tadi. Nasi Goreng Udang Galah terhidang di hadapannya kini. Terbuntang mata Nurin melihat saiz udang tersebut. Hiasan pada pinggannya juga kelihatan menarik. Aroma nasi goreng dan udang tersebut menusuk hidung Nurin. Ah, sedapnya. Dari baunya saja pun dah sedap, sudah tentu rasanya pasti terangkat. Perkataan Bon Appetite ditulis menggunakan sos di tepi pinggan.
"Sorry, cik. Nak tanya betul ke Nizam owner tempat ni?" Nurin bertanya kepada pelayan yang memakai tag nama Amira itu.
"Ya, betul. Ada apa ya cik? Mesti tak percaya lelaki muda lagi handsome macam dia boleh handle tempat ni, kan?" sengih Amira. Teringat saat kali pertama menjadi ahli Bamboo House suatu ketika dahulu. Terpesona matanya melihat wajah si bos. Seronok pula rasanya turun kerja sambil cuci mata. Memandang wajah Nizam yang mendamaikan jiwa.
"Tak... tak ada apa. Terima kasih." Balas Nurin berserta senyum. Ah, sia-sia merasa ragu padahal Nizam bercakap benar. Dalam diam Nurin memanjatkan rasa syukur kepada Illahi kerana sungguh pun hidupnya tidak seindah yang diimpi, namun terasa Allah sentiasa ada membantu. Sungguh pun hidupnya yang dulu kiri kanan maksiat bermaharajalela, Allah hadirkan Dylan untuk memastikan dia selamat dan kini Nizam pula yang hadir. Sedar tak sedar, perjalanan hidupnnya lancar walaupun tidak sempurna. Benar, Allah itu maha pengasih dan penyayang. Berlagaknya dia sebagai hamba kerana sering melupakan Dia. Lemahnya dia sebagai hamba. Semoga Nurin Nadhira mampu memiliki sebuah kehidupan yang jauh lebih baik.
•••••••••••••••••••••
"Bos, tadi pelanggan tepi sana tu tanya tentang bos. Dia mint kepastian betul ke bos ni owner tempat ni." ujar Amira berserta senyuman. Amira dapat meneka bahawa pelanggan tadi bukan sekadar pelanggan biasa. Tak susah nak teka. Hidangan istimewa yang dihantarnya sebentar tadi sudah cukuo sebagai petunjuk. Lagi-lagi bila Nizam yang belanja.
"Buah hati ke tu bos? Ke baru nak cuba ambil hati dia?"
"Ish budak ni menyibuk urusan orang tua-tua dah kenapa...sibuk nak tahu." balas Nizam selamba. Sedaya upaya cuba menyembunyikan senyum apabila diusik begitu.
"Hek eleh...tualah sangat! Berapa tahun saja pun beza umur kita. Come on lah, dari kuntum senyum yang cuba disembunyikan tu...kami sudah tahu yang mana special yang mana biasa-biasa."
"Diamlah!"
"Eh bos kita malu-malu kucing! Hahahha." Amira berlari ke arah belakang. Ah, mulalah tu menyebarkan cerita. Lepas ni mesti kecoh pekerja lain pula yang akan bertanya itu ini. Kecoh betullah Amira ni.
Nizam berpaling semula ke arah Nurin. Kasihan pula Nurin duduk seorang diri. Tak apalah biar dia temankan. Dia pun tak makan lagi. Tadi tak sempat nak makan. Peak Hour waktu tengah hari memang jangan haraplah nak duduk makan. Kalau lapar terpaksa bertahan sehinggalah suasana sedikit lengang.
"May I have a seat?" ujarnya sambil membawa nasi putih dengan sambal sotong untuk dirinya sendiri. Belum pun sempat Nurin mempelawa Nizam sudah pun duduk di depannya dan menadah tangan membacakan doa.
"Laa, kenapa tak kopekkan kulit bahagian kepala udang tu? Tak reti makan bahagian ni ke?" soal Nizam apabila kepada udang yang besar itu diasingkan ke tepi.
"Tak reti kopekkan..tadi dah try tapi hampir nak terbang kepala udang tu haa..." jawab Nurin segan.
Dengan selamba Nizam mencapai kepala udang tersebut dan mengopeknya. Isi kepala udang yang segar mula kelihatan.
"Nah, taste this." spontan Nizam menyuapkan isi kepala udang kepada Nurin. Teruja untuk memberi Nurin merasa bahagian paling enak masakannya. Nurin pula yang berasa serba-salah untuk menerima suapan itu namun tetap membuka mulutnya perlahan.
"Sedap tak?"
"Mmmm...sedap. Nak lagilah." balas Nurin. Sungguh itulah the best part.
"Nak lagi? Nah!" sekali lagi Nizam cuba menyuapnya namun kali ini Nurin menolak.
"Tak apa, awak. Saya boleh makan sendiri. Awak makanlah juga."
Seketika kemudian Nizam bagaikan tersedar dengan keterlanjurannya sebentar tadi. Teruja tak pasal-pasal. Kan dah tersuap anak orang. Dalam diam Nizam tersenyum sendiri. Hatinya berbunga meskipun belum dibaja. Indahnya makan tengah harinya pada hari ini. Ditemani Nurin si pencuri hati. Alahai, bertuahnya badan
Share this novel