Bab 45

Drama Completed 53004

"Dah besar anak ayah." Nadzir memandang Nurin dengan perasaan yang bercampur-baur. Bertahun-tahun dia terlepas untuk melihat perkembangan puterinya. Ruginya!

Nurin tersenyum memandang wajah tua itu. Tangan tua kasar milik Nadzir di genggamnya erat. Siapa sangka begitu indah yang namanya kemaafan. Ternyata hatinya sangat tenang setelah menerima dan memberi kemaafan kepada ayah tirinya itu.

"Kenapa tangan berpeluh? Takut?" soal Nadzir. Nurin cuma mengangguk.

"Nak takut kenapa? Kamu bukan perlu buat apa pun." Nadzir ketawa kecil.

"Kamu teruskan apa yang kamu buat sekarang ni. Tak payah fikir yang bukan-bukan."

"Teruskan buat apa?" soal Nurin.

"Teruskan cantik macam sekarang." balas Nadzir. Nurin tergelak. Senang hati Nadzir mendengar gelak tawa Nurin.

"Nurin, lepas ni Nurin dah bergelar isteri orang. Pandai-pandai bawa diri dalam keluarga belah suami. Dengar kata suami kamu selagi mana tak bertentangan dengan ajaran agama kita. Hormat dia, jaga hati dia, jaga maruah dia." Nadzir memberikan nasihat tulus dari hati.

"Ayah minta maaf atas segala silap salah ayah selama ini. Ayah bukan ayah yang baik tapi ayah selalu inginkan yang terbaik untuk Nurin."

"Ayah, tak payahlah cakap macam ni. Dah kenapa nak minta maaf apa semua ni?"

"Ayah ikhlas minta maaf. Terlalu banyak kekurangan ayah. Terima kasih sebab sudi jadi anak ayah."

"Nurin pun minta maaf sebab pernah berkasar dengan ayah. Nurin pernah benci ayah. Nurin pun tak sempurna sebagai anak. Maafkan Nurin, tau."

"Ayah tak pernah marahkan Nurin kalau Nurin marah ayah. Memang silap ayah."

"Dah lah tu, ayah. Kita dah janji nak buka buku baru, kan?"

Nadzir mengangguk sambil menyeka sebutir dua air mata yang bertakung di tubir mata. Beruntungnya dia kerana kasih sayang yang terjalin kembali utuh selepas episod duka yang melanda.

"Pengantin dah ready ke tu?" Husna menjengah dari pintu bilik. Tergamam sebentar melihat cantiknya Nurin dengan solekan tipis yang bersesuaian dengan majlis akad yang bakal dijalankan sebentar lagi. Satu restoran bersorak  saat Nizam mengumumkan bahawa dia dan Nurin bakal mengikat tali pertunangan satu ketika dahulu. Semua menyokong dan merestu perhubungan majikan dan pekerjanya itu. Ternyata gosip yang beredar di restoran adalah benar dan bukanlah gosip kosong semata-mata.

"Cantiknya Nurin!" puji Husna jujur.

"Aww, thank you my dear. Pujian tu ikhlas ke? Betul-betul cantik ke?" soal Nurin. Dia bangun dan melihat penampilannya sendiri. Tudung yang sudah sedia terletak elok diperbetulkan lagi. Entah apa yang salah di mata Nurin. Mungkin kerana sudah terlalu lama meninggalkan tudung menyebabkan Nurin jadi tidak terbiasa.

"First time tengok dia bertudung. Cantik sangat!" Husna memujinya ikhlas. Sedangkan dia yang perempuan pun kagum, apatah lagi lelaki. Sesuai sangat bergandingan dengan Nizam. Sama cantik, sama padan!

"Elok dah tu, Nurin. Tak ada apa yang kamu perlu perbetulkan dah tu." Nadzir turut bersuara. Nampak benar anaknya gelisah. Entah apa yang menyebabkan hatinya gundah.

"Husna, kamu pimpin dia keluar." Nadzir memberi arahan apabila melihat Nurin masih tidak berganjak dari cermin.

"Ait, cip!" balas Husna sambil memberi tabik. Selaku pengapit yang terhormat, dia memimpin Nurin keluar. Majlis akan bermula. Pengantin lelaki sudah bersedia. Tok kadi juga sudah ada. Nurin menarik nafas perlahan. Tanpa sengaja matanya bertaut pandang dengan Nizam. Aduh, semakin kencang jantungnya berdegup. Pelaminan yang indah bagaikan lengkap dengan adanya Nurin di situ.

"Rileks, Nurin. Biar bos buat kerja dia dengan tok kadi. You just need to stay pretty." Bisik Husna berserta senyuman. Tercuit hatinya mendengar bisikan Husna. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia berdebar lain macam. Apa yang hendak dia risaukan sangat sebenarnya?

"Alhamdulillah." bergema suara ahli keluarga yang hadir mengucapkan syukur apabila Nizam dengan lancarnya melafazkan akad yang mengikat mereka menjadi suami dan isteri. Nurin terpinga-pinga. Eh? Dah selesai ke? Bila mula? Jauhnya fikiran Nurin melayang sampaikan tak sedar bila masanya Nizam melafazkan akad.

"Kenapa?" bisik Husna apabila melihat riak wajah Nurin yang bagaikan kebingungan.

"Dah selesai ke?" soal Nurin.

"Ya Allah, tak sedar ke? Hei, dah sah dah pun." balas Husna hampir menepuk dahinya sendiri. "Next, sarung cincin pula. Ni orang dah inform siap-siap ni, jangan menerawang ke lain." awal-awal Husna mengingatkan Nurin.

Mata Nurin memandang pada Nizam yang sudah bergelar suaminya itu melangkah ke arahnya.

"Segaknya suami aku." Bisik hati Nurin nakal.

"Manisnya sayang hari ni." Simple saja kata-kata yang diucapkan oleh Nizam namun sudah cukup membuatkan Nurin tersipu malu.

Siapa sangka hari ini telah tiba. Tak pernah terlintas sekali pun di fikiran Nurin selama ini dia akan berpeluang untuk mencipta kenangan indah seperti hari ini. Kehidupan yang dia lalui sebelum ini membuatkan dia rasa bahawa dia tidak layak untuk merasai nikmat seperti ini. Pertemuan yang janggal pada awalnya berakhir di jinjang pelamin. Sungguh bagaikan mimpi.

"Perempuan tak malu!" Tiba-tiba satu suara mencemar keindahan yang sedang dinikmati Nurin.

"Eryn! Kau jangan nak buat kacau. Tadi aku ajak kau ke mari, kau tak nak! Sekarang dah kenapa datang terjerit macam orang tak betul?" Puan Azuween sedaya-upaya mengawal suaranya agar tidak terlalu lantang. Anaknya itu harus dikawal. Tak pasal-pasal rosak majlis orang.

"Mak Ngah, tahu tak siapa perempuan ni? Mak Ngah memang tak kisah ke anak Mak Ngah kahwin dengan perempuan kotor macam ni? Perempuan ni pelacur!"

"Eryn!" Puan Azuween tanpa sengaja menghadiahkan tamparan. Menjalar rasa pedih di pipi Eryn akibat tamparan padu itu.

"Eryn, kalau tak ada benda elok nak dicakap lebih baik diam." Puan Hasnah turut bersuara. Geram dengan kehadiran Eryn yang tiba-tiba menyerang tanpa salam.

Wajah Nurin sudah berubah. Tiada lagi senyuman manis seperti tadi. Hatinya sudah pun dirundung sebak. Air mata bertakung menunggu pecahnya benteng. Perkataan pelacur yang dilontarkan oleh Eryn bagaikan sembilu tajam menghunus terus ke relung hatinya.

"Mak Ngah tak reti jaga keturunan? Tak kisah cucu dari rahim pelacur macam perempuan tu?" Eryn masih menggila.

"Anak aku bukan pelacur!" Nadzir tidak lagi mampu berdiam. Anaknya bukan pelacur. Jangan sesekali memanggil anaknya dengan panggilan itu. Kalau sungguh pun benar anaknya pelacur sekalipun, itu bukan pilihan Nurin. Anaknya tak salah!

"Eryn, lebih baik kau berambus sebelum aku naik hantu. Kau jangan ingat kau seorang boleh datang gila. Aku pun boleh!" Giliran Nizam pula bersuara. Terasa sakit hati apabila majlis yang indah bagaikan cerita dongeng itu terganggu dek perempuan gila seperti Eryn.

"Kemaruk nak berbini sekali pun pilihlah perempuan yang lebih elok!"

PAPP!!! Sekali lagi Puan Azuween menghadiahkan tamparan wanitanya penuh padu. Malunya dia dengan tindakan Eryn.

"Bawa budak ni pergi dari sini sekarang sebelum aku telefon polis sebab dah mengganggu acara ni." Encik Lutfi mendekat dan memberikan arahan kepada kakaknya itu. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia turut serta menampar Eryn sedas-dua. Siapa tahu kalau Eryn tiba-tiba tersedar dengan tindakan salahnya itu selepas menerima tamparan darinya pula.

Puan Azuween segera mengheret anaknya keluar dari situ. Tak pasal-pasal menjadi punca kepada rosaknya hari bahagia orang lain. Eryn masih lagi cuba untuk melawan. Dia masih tidak berpuas hati. Nurin mungkin boleh menyembunyikan bau busuk buruknya dia dari orang lain tapi bukan dia! Eryn tak akan membiarkan bau busuk itu terus tersimpan rapi.

"Mak, perempuan tu bukan perempuan yang elok! Nizam tersalah pilih orang untuk dijadikan isteri. Dah berapa puluh orang dah yang melanggan dia tu!"

"Mak Ngah kau tahu siapa Nurin! Mereka sekeluarga tahu dan mereka terima dia! Kau tak payah nak melebih-lebih. Lagi pun apa kaitannya dengan kau kalau dah berpuluh orang melanggan dia sekali pun? Kau dah kenapa? Sibuk canang buruk orang, tak sedar ke buruk kau sendiri tengah terbuka sekarang ni, hah?!" Puan Azuween geram.

"Nurin tu pelacur! Macam mana semua boleh tutup mata?"

"Aku cakap sudah! Cukup, Eryn! Tak payah kamu nak bercakap buruk tentang orang lain!"

"Tak faham! Kenapa mak pun boleh buat-buat buta dengan kehadiran pelacur tu?"

"Sedangkan anak pelacur pun mak boleh jaga, mak sayang, mak asuh. Apa mak nak peduli kalau sungguh pun dia tu pelacur?Kamu tahu ke Eryn asal usul kamu? Mak kamu pelacur! Aku yang kutip kamu! Jadi jangan kamu hina orang lain!"

Eryn terdiam seribu bahasa. Nafasnya laju. Betulkah apa yang dia dengar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience