Bab 56

Drama Completed 53004

"Sayang nak apa-apa? Makan? Minum?" Nizam menyoal Nurin dengan penuh prihatin. Sebenarnya dia masih lagi dihukum rasa bersalah.

Nurin tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Manakan tidak, baru 10 minit yang lepas Nizam memberinya makan dan minum. Dah kenapa sekarang tanya tentang makan dan minum lagi? Perutnya sudah penuh dengan makanan.

"Sorry, sayang...saya tak tahu awak demam. Kalau saya tahu tak kan saya nak bawa awak ke kedai."

"No...bukan salah awak. Saya yang nak ikut. Saya rindukan kawan-kawan yang ada dekat kedai. Salah saya sendiri. Maaf sebab dah susahkan awak."

Nizam menggenggam tangan Nurin dan mengusapnya perlahan. Demam Nurin semakin membaik. Suhunya tidaklah setinggi tadi. Dia memandang branula yang terpasang pada tangan Nurin.

"Sakit tak?" soal Nizam.

"Waktu nak pasang saya tak berapa nak sedar. So, tak sakit." balas Nurin sambil tersenyum.

"Nanti saya balik kejap ya. Ambil barang mana yang patut. Lepas tu saya datang balik temankan kesayangan saya ni."

"Tak payahlah. Saya okey. Nurse ada boleh tolong tengok-tengokkan saya. Saya bukan budak kecil kena berteman bagai."

"Ish, mana boleh macam tu. Saya ni suami awak, kenalah jaga awak. Apa-apa yang berlaku saya yang kena bertanggungjawab."

"Alah, bukannya selesa pun tidur dekat ward. Kerusi tu saja yang ada." Nurin menunjukkan kerusi sofa dua tempat duduk itu kepada Nizam. Dia bernasib baik ditempatkan di ruang bilik yang selesa. Hanya dua katil yang ditempatkan di bilik itu namun satu lagi katil tidak bertuan. Jadi, hanya dialah penghuni bilik itu satu-satunya.

"Asalkan ada dekat dengan awak. Hah, itulah keselesaan yang sebenar bagi saya. Lagipun tak naklah saya balik. Awak nak saya tidur seorang ke malam ni? Mesti saya sunyi awak tak ada dekat sebelah saya nanti."

"Ish, tak payahlah mengada sangat!" Ujar Nurin kononnya marah padahal hatinya berbunga melihat Nizam yang mengada manja. Terhibur melihat perangai suaminya itu.

"Mengada untuk sayang saja. Tak salah pun." balas Nizam. Kedua-duanya berbalas senyum. Ah, sakit-sakit pun terasa bahagianya jelas terpancar. Lain betul rasanya bila hati sudah dimiliki sepenuhnya. Lagi lain rasanya bila cinta yang diberi dibalas juga dengan cinta. Indah sangat! Dalam diam Nurin bersyukur kerana ditemukan lelaki seperti Nizam yang menerima dan mencintai dia apa adanya. Semoga perasaan ini semakin lama semakin bersemarak dan tidak pernah padam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience