Bab 8

Drama Completed 57469

Nurin terjaga dari tidur. Seolah-olah ada yang menyebut namanya. Terasa dekat namun dia tidak pasti siapa. Hujan lebat berserta dentuman guruh menemani malam. Dia menoleh ke arah tingkap. Pancaran kilat menerangi biliknya seketika. Ah, cuaca begini mengingatkan dia pada malam itu. Malam yang menjadi titik permulaan hidupnya di bawah jagaan Dylan. Nasibnya baik kerana Dylan benar-benar menjaga dia dan tidak memaksa dia untuk bertugas sebagai gadis pelayan di ranjang seperti senior yang lain. Sungguh pun hanya sebagai pemancing nafsu serakah jantan gatal di luar sana, Nurin sendiri sering kali berasa jijik dengan kerjayanya. Berpakaian seperti perempuan jalang saja sudah cukup membuatkan dia terasa murah, apatah lagi jika tubuhnya turut dijadikan jajahan oleh keparat tua yang bernafsu serakah.

Wajah Nadzir mula menjelma di ruangan matanya. Ah, tegarnya hati seorang ayah menjual anaknya semata-mata untuk bebas dari masalah hutang. Nurin sedar, barang kali status mereka yang bergelar anak dan ayah tiri itu yang menyebabkan Nadzir tidak keberatan untuk menjual dia. Dia bukannya darah daging Nadzir. Mungkin kerana itu Nadzir tidak teragak-agak. Tapi jika diingat semula, Nadzir tidak pernah sekali pun melayannya buruk. Segala-galanya tentang Nadzir indah belaka. Nurin menyayangi lelaki itu seumpama ayah kandungnya sendiri. Bukankah pangkat ayah tiri juga setaraf dengan ayah kandung? Polos sangatkah Nurin kerana menganggap Nadzir tidak akan meninggalkan dia setelah mak pergi dari dunia ini?

Satu keluhan berat dilepaskan. Setiap kali wajah Nadzir muncul, hatinya mesti terasa berat dan sarat. Rasa marah, benci dan dendam bagaikan berbahang di dalam hati. Kalau bukan kerana Nadzir, dia mungkin masih bersekolah. Cita-citanya terkubur begitu saja. Pelajarannya terhenti setakat di bangku sekolah tingkatan empat sahaja. Barangkali jika dia masih di dunia luar, berkemungkinan dia kini bergelar mahasiswa. Masa depan? Ah, tiada lagi dalam kamus hidup Nurin. Masa depannya gelap. Tiada sebarang cahaya.

Kalaulah Nurin boleh keluar dari situ, dia pasti perkara pertama yang dia lakukan adalah mencari Nadzir. Dulu dia masih mentah, tidak tahu melawan. Tapi dia bukan lagi Nurin yang dulu. Nadzir harus membayar harga kehidupan yang dirampas daripadanya. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia meminta Nadzir membayar dengan nyawa. Bagi Nurin, itu setimpal memandangkan seluruh kehidupan Nurin tidak lagi membawa sebarang erti. Hidupnya pada hari ini, esok atau lusa adalah kerana dia masih bernafas. Tiada hala tuju dan matlamat yang jelas. Dia hanya mengikut rentak yang ada tanpa mengubah satu apa pun kerana bagi Nurin, setiap hari yang dilalui adalah sama. Setiap hela nafas yang dihembuskan hanyalah sia-sia. Hidup diteruskan dan itulah yang sedang dia lakukan.

Ah, sampai bila dia harus begitu. Ada ketikanya dia sendiri naik jemu hidup begitu. Lagi-lagi bila Martina sudah tiada, hidupnya bagaikan tawanan. Dia tidak lagi boleh keluar jika tiada teman. Dylan tak benarkan langsung dia keluar seorang diri. Risau jika dia melarikan diri. Eh, alasan lapuk! Kalau sungguh pun dia lari, dia nak ke mana? Oh ya, mungkin dia boleh mencari di mana Nadzir sekarang ini. Haa, betul tu! Kalau dia keluar, sekurang-kurangnya dia boleh tahu bahagiakah Nadzir selepas menyingkirkan dia yang dikatakan sebagai beban.

"Nadzir oh Nadzir, beban kau akan datang lagi dan kali ini beban ini akan menyebabkan kau melutut demi nyawa kau." Nurin berkata sendiri. Dia tersenyum. Strategi mula dirangka. Langkah pertama, dia harus keluar dari situ. Halangan pertama adalah Dylan. Oh ya, Dylan! Kalau dia pergi, macam mana dengan Dylan? Cinta hati penawar jantungnya yang pertama.

Kalau Dylan benar-benar melepaskan dia pergi, adakah dia seharusnya kecewa atau gembira? Kecewa kerana Dylan tidak memegangnya teguh atau gembira kerana misinya berjalan lancar? Kali ini wajah Dylan pula yang muncul. Sekaligus menyingkirkan bayangan wajah Nadzir.

Dylan yang maskulin, bertubuh tegap, berkulit sawo matang itu benar-benar sudah mencuri hatinya. Wajah Dylan yang kemas dan kacak membuatkan dia jatuh cinta berkali-kali pada orang yang sama. Sifat Dylan yang penyayang namun tegas itu benar-benar membuatkan dia terasa senang. Ya, tidak dinafikan ada ketikanya dia memberontak namun percayalah, dia sengaja! Itulah yang dikatakan sebagai mengada-ngada. Dia tahu setiap kali dia merajuk, Dylan mesti akan datang memujuk. Rasanya tidaklah keterlaluan jika Nurin merasakan bahawa sebenarnya dia sudah pun berjaya memegang sekeping hati milik lelaki itu.

"Si bodoh tu tak tahu ke aku sukakan dia?" Nurin bermonolog sendiri. Apa tidak cukup jelaskah petanda yang dia berikan? Ish, memang bodoh kalau tak perasan. Benda dah terang siap bersuluh pun boleh tak perasan ke? Nurin kembali berbaring. Kali ini dia membayangkan Dylan berada di situ bersamanya. Menemani tidur yang terganggu. Nurin terlelap. Tidurnya indah ditemani Dylan yang hadir di dalam bayangannya.

•••••••••••••••••

"Good morning, love!" Nurin menjenguk di sebalik pintu. Dia tahu Dylan berada di pejabatnya awal pagi itu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Ya? Apa yang you nak?" Dylan memandangnya sejenak sebelum dia kembali fokus pada kerjanya. Nurin berjalan masuk dan menutup pintu. Dia mencebik. Oh, buat acuh tak acuh pula.

"Apa yang I nak? I nak you." bisik Nurin perlahan di telinga Dylan. Bukannya tak boleh bercakap seperti biasa tapi Nurin sengaja. Dia sengaja berbisik untuk membuatkan Dylan resah. Oh, bukankah dia hebat dalam memancing perhatian lelaki?

"Jangan main-main, Nurin. Nanti I salah kira." Dylan menayangkan duit yang sedang dikiranya.

"I tak main-main, sayang. I nak you."

"Nurin, stop it."

"I can't hold myself from falling over you."

Dylan tiba-tiba bangun dan menolak Nurin ke atas mejanya. Nurin terkejut dengan tindakan Dylan. Sekelip mata dia terbaring di meja dengan Dylan yang sudah pun berada di atas badannya. Eh? Bila? How come?

"Me too, baby. Kalau you nak tahu, I want you more." Dylan menatap tajam mata Nurin. Dia mula bertindak di luar jangkaan. Bibirnya mula menyinggah pada leher jinjang milik Nurin. Seterusnya beralih pada bibir Nurin. Lembut sahaja sentuhan bibirnya. Nurin terkaku. Sungguh dia terkedu. Dia tidak menjangkakan situasi ini berlaku! Tiba-tiba Dylan ketawa. Dia bangun dari tubuh Nurin.

"See, honey? You are not ready for this. You sengaja nak main-main dengan I, ya? Tak habis-habis. Orang dah kata dah jangan main-main. Degil!"

Nurin bagaikan tidak percaya. Jadi, ciuman tadi tu cumalah satu usikan?

"Tak kelakar, Dylan." ujar Nurin.

"Ya, memang kelakar. You patut tengok muka you. I tak buat apa pun lagi apa pun lagi pada you. Itu pun you dah pucat lesi."

"Dah kenapa you tak habis-habis nak mainkan I?"

"Eh, bila I main-mainkan you? Tadi tu you yang mulakan."

"Tapi..." Hati Nurin bertukar sayu. Terasa seperti dia dipermainkan. Oh Dylan, kenapa bergurau tak kena tempat? Nurin menyoal di dalam hati.

"But I really mean it."

"What?"

"I really want you, stupid! I love you, Dylan." Nurin meluahkan perasaanya. Tiada lagi sebarang tapisan. Direct to the point.

"Nurin, ini salah."

"Apa yang salah? Mencintai you?"

"Well, yeah. You terlalu muda, Nurin. Apalah yang you tahu tentang cinta."

"Tapi hati I ada pada you."

"Then, tell me what should I do to give it back to you?"

Nurin tercengang. Biar betul? Dia agak yakin bahawa Dylan turut mempunyai rasa yang sama. Tapi kenapa lain pula jadinya?

"How could you do this to me, Dylan?"

"I'm sorry because I had stole your heart and as a good man, I nak pulangkan semula hati you yang I curi tu. Salah ke?"

"Fine! Kalau betul you nak pulangkan semula, I nak keluar dari sini! I tak nak bersama dengan you. Kalau you tak benarkan I pergi, then I will walk away by myself!" Nurin melangkah keluar dari situ bersama tubir mata yang digenangi air.

Dylan melepaskan satu keluhan berat. Dadanya berombak kencang. Sial betul Nurin. Awal pagi dah buat hal. Dia menghempas punggungnya di kerusi. Tidak lagi mampu fokus untuk meneruskan kerja. Bagaikan masih terasa bibirnya menyentuh lembut bibir Nurin. Ah, stolen kiss!

"Alahai Nurin, kalaulah you tahu apa yang I boleh buat pada you kalau I tak mampu nak kawal diri I..." ujar Dylan berserta keluhan.

Ya, dia tahu Nurin sukakan dia dan dia pun sukakan Nurin. Kalau boleh, mahu saja dia mendakap Nurin di setiap lena malamnya. Tapi dia sedar bahawa mereka tidak mungkin akan bersatu. Nurin terlalu muda. Jika benar pun usia bukan penghalang, dia sendiri yang takut untuk menjadikan Nurin miliknya.

Dia bukan lelaki yang baik. Cukuplah hidup Nurin terumbang-ambing selama ini. Jika Nurin bersama dia, masih juga Nurin akan hidup dalam kelompok ini. Apa bezanya? Nurin layak untuk mendapatkan lelaki yang mampu memimpin tangannya ke arah kehidupan yang lebih baik dan lelaki itu bukanlah dia.

Dia sendiri sedar dia hanyalah pendosa. Kerjanya bukannya betul. Dia sedar dia salah tapi itulah satu-satunya perkara yang dia boleh buat. Sudah sekian lama dia menguruskan perniagaan ini. Inilah hidupnya dan kehidupan ini tidak layak buat Nurin. Dia tidak mahu Nurin terus menerus hidup bersama kelompok ini dan kerana itulah dia menolak Nurin. Hatinya sendiri turut remuk tapi apakan daya. Demi kebaikan Nurin, apa pun dia sanggup lakukan termasuklah mengabaikan hatinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience