Bab 1

Drama Completed 57469

PROLOGUE

"Nurin tak nak! Nurin tak mahu!" Gadis berusia 16 tahun itu meronta saat diseret masuk ke dalam kereta. Dia tahu ke mana arah tujunya, tak lain tak bukan ke neraka tempatnya.

"Anak bertuah! Aku tak ada duit nak sara kau! Daripada aku bazirkan duit untuk kau, lebih baik aku guna kau untuk dapatkan duit." Ayah tirinya Nadzir masih berkeras untuk menjual anak tirinya itu demi melangsaikan hutang-piutangnya yang semakin membebankan. Dia sudah pun berbincang dengan seseorang yang mahu membeli si dara sunti dengan harga yang lumayan.

"Nurin merayu! Lepaskan Nurin, ayah. Nurin janji Nurin tak akan susahkan ayah."

"Pergi mati dengan janji kau! Mak kau dah banyak susahkan aku, duit aku habis untuk rawatan dia waktu dia masih hidup. Bukannya makin sihat, malah mati! Kau sebagai anak cubalah berbakti untuk dia! Bantu aku langsaikan hutang-hutang aku. Kalau bukan disebabkan mak kau, tak adanya aku berhutang ke sana ke mari."

Nadzir semakin mengah apabila Nurin masih berkeras untuk melepaskan diri. Segera dia mencapai tali untuk mengikat tangan dan kaki Nurin. Settle! Kenapalah dari tadi tak terfikir nak mengikat si Nurin? Tak sampai 10 minit kemudian, mereka berangkat meninggalkan perkarangan rumah. Jeritan dan teriakan Nurin meminta tolong tiada siapa yang mendengar. Hujan lebat yang turun telah menenggelamkan suaranya. Bunyi air hujan yang jatuh di atas bumbung rumah ditambah pula dengan bunyi guruh menyebabkan suaranya tidak mampu memukul gegendang telinga jiran-jiran yang berdekatan.

Hati Nurin remuk dan retak. Ayah tiri yang selama ini menjadi tempatnya menumpang kasih berubah dalam sekelip mata. Perangainya mula berubah sejak keadaan mak semakin tenat akibat sakit kanser yang dihidap dan akhirnya semakin teruk sejak mak meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

Mata Nurin yang membengkak kerana menangis membuatkan dia terlelap semasa perjalanan. Penat yang ditanggung selepas cuba bertarung dengan Nadzir menambahkan lagi rasa mengantuknya. Entah berapa lama dia terlelap, dia sendiri pun tak pasti. Apa yang dia tahu, saat dia mencelikkan semula matanya, mereka sudah pun tiba di destinasi.

Dalam keadaannya masih mamai, tiba-tiba Nadzir membuka pintu kereta lalu membuka ikatan tali pada tangan dan kakinya. Tangannya kemudian dipegang kejap dan ditarik keluar dari perut kereta. Kali ini Nurin terpaksa menurut. Keadaan sekeliling tersangat asing. Dia memerhati kiri dan kanan. Kelihatan beberapa orang gadis mencuri pandang ke arahnya. Ada yang jelas terpapar riak kasihan namun tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan. Semuanya sekadar melihat sejenak sebelum menyambung semula kerja. Dia dibawa masuk ke sebuah bilik yang terletak di ruang belakang. Seorang lelaki siap sedia menunggu di situ. Nurin ditolak ke arah lelaki tersebut.

"Ini budak lagi..." ujar lelaki tersebut.

"Ya bos, tapi lagi dua tahun cukup umur. Virgin bos, tak nak?" Nadzir bersuara.

"Aku bukannya babysitter nak jaga dia selama dua tahun!"

"Tapi mana lagi nak cari pucuk muda yang masih terjaga dara zaman sekarang? Yang ini saya yakin, saya berani jamin!"

Nurin memandang lelaki tersebut. Memohon simpati. Maklumlah, diakan masih budak. Namun harapan yang dibina musnah dalam sekelip mata apabila lelaki itu melontorkan sebuah beg hitam kepada Nadzir.

"Settle! Kau jangan tuntut dia. Sekarang dia aku punya."

Nadzir menyambut beg tersebut bersama sebuah senyuman yang mekar. Dia memandang Nurin puas sebelum berlalu pergi meninggalkan Nurin sendiri di situ.

Meraung Nurin memanggil ayah tirinya yang ternyata langsung tidak peduli. Baru saja kakinya mengorak langkah mahu turut pergi, tiba-tiba tangan kasar milik seseorang terlebih dahulu memegang bahunya menyebabkan dia sekali lagi bergelut dalam perjuangan melepaskan diri.

"Bawa ke bilik belakang. Jangan lupa kunci pintu!" lelaki itu memberikan arahan kepada anak buahnya. Nurin sedar, berakhirlah hidupnya. Selesai sudah urusan jual beli di antara ayah tirinya dengan lelaki itu. Oh tuhan, malangnya nasib.

•••••••••••••••

Nurin memerhati penampilannya dari atas ke bawah. Segala-galanya kelihatan sempurna! Gaun pendek ketat yang membalut tubuh langsingnya kelihatan sangat sesuai dengan gayanya. Dia membetulkan rambutnya sedikit. Setelah berpuas hati, dia tersenyum sendiri.

Kasut tumit tinggi yang sepadan dengan gaunnya menambahkan lagi gaya anggun dan seksi pada gadis muda itu. Ah, Nurin yakin semua mata akan memandangnya tanpa berkelip. Berbekalkan keyakinan itu, dia melangkah keluar dari biliknya dengan lenggok kiri kanan yang sangat mengiurkan. Sepasang mata milik Dylan melabuh pandang pada Nurin. Aduh, perempuan yang satu ini memang lain macam!

Aura yang dimiliki Nurin lain daripada yang lain. Tak boleh nak sekali pandang kalau Nurin yang lalu. Automatik akan ada kali kedua dan ketiga walaupun tak berniat nak berbuat begitu. Dylan turut menapak mengekori langkah Nurin ke ruang utama.

"Good evening, Mr Dylan." Nurin menegurnya terlebih dahulu sebaik saja dia perasan kehadiran Dylan di belakangnya.

"Lebar betul senyum you dekat Jeff ya?" Ujar Dylan lalu mengambil tempat duduk di sebelah Nurin.

"Why? Salah ke I senyum?" Soal Nurin. Alah, senyum pun tak boleh ke?

"I tak kata salah."

"Dylan, I dengar poket Jeff boleh tahan tebal. Betul ke?" Tanya Nurin penuh minat. Sudah sekian lama nama Jeffery Lau meniti di bibir pelayan-pelayan lain terutamanya daripada gadis-gadis pelayan yang memberikan servis batin. Katanya kalau Jeff puas hati, berganda-ganda bayaran yang diberikan. Pemurah betul!

"Tebal tu boleh laaa tapi dia tak boleh lawan Richard. You temankan dia minum saja pun dah dapat around 5k."

"Alah, dia lagi. Dia dah booked I lagi ke?"

"Esok malam. Dia dah transfer 7k untuk pastikan you layan dia sorang esok. Harga you macam biasa, half-half, nanti I transfer ke akaun you."

"So boring."

"Haih, tak kanlah mengeluh? Tak suka duit kepok-kepok ke?" Balas Dylan sambil ketawa.

"Bussiness dia too dangerous. Setiap kali dengan dia, I rasa takut. Tak pernah sekali pun rasa selamat."

"You takut apa? Takut kena tangkap dengan polis?" Sekali lagi Dylan ketawa. Richard terlalu licik. Tak mungkin polis dapat mengesan aktiviti perniagaannya yang ternyata salah di sisi undang-undang.

"Hei, dah kenapa ketawa? It is not funny kalau I kena tangkap. Tak pasal-pasal masuk penjara. Kalau betul-betul berlaku, anggap sajalah hidup I dah berakhir." Ujar Nurin.

Dylan ketawa kecil. Sudah tiga tahun dia menjaga Nurin bagaikan VVIP. Ya, tiga tahun lepas saat kali pertama melangkah masuk, polos benar orangnya. Jauh beza jika dibandingkan dengan sekarang.

"Hello beauty..." Tiba-tiba datang seorang pelanggan lalu memeluk Nurin dari belakang. Tangannya hampir saja mahu meraba dada Nurin namun tangan Nurin lebih pantas menangkapnya. Oh no, dia bukan gadis pelayan untuk memuaskan nafsu tapi dia cumalah gadis yang tugasnya sekadar bermain-main dengan nafsu miang lelaki. Tugas memuaskan nafsu itu bukanlah milik dia. Rakan-rakan seperjuangan lain yang akan memuaskan nafsu yang sudah sedia dipancing itu.

"What baby?" Ujar Nurin dengan tenang. Ah, dia sudah biasa.

"I nak you... How much?"

Dylan tidak lagi sekadar melihat. Dia melepaskan pelukan pelanggan tersebut dari tubuh Nurin.

"Sorry sir, she is not that type... You boleh cari gadis lain." Dylan memberikannya pilihan lain dan memintanya untuk berlalu pergi.

"So, why not me?" Soal Nurin sebaik mamat miang tersebut berlalu pergi.

"Kenapa? You nak sangat ke?" Soal Dylan kembali.

"Just wonder...tak boleh ke?"

"I am the one who take care of you, jadi I berhak tentukan siapa yang dapat you."

Nurin menjuihkan bibir. Tak aci! Dylan sengaja tunjuk kuasa. Memang tak dinafikan Dylan yang jaga dia, uruskan segala makan minum malah kehormatan dia pun Dylan jaga elok walaupun Dylan sendiri bukanlah elok benar perangainya. Dylan sama saja seperti bapa ayam. Pelanggan bagi duit, dia bagi perempuan.

"I am not a kid anymore."

Dylan memandang Nurin. Amboi, melawan. Dulu masa mula-mula sampai bukan main lagi bersulam air mata siang malam. Sekarang dah tahu melawan.

"Kalau dah rasa nak sangat, just tell me. I pun boleh rasmikan you!" Dylan sengaja mendekat lalu menyentuh bahagian kulit paha mulus milik Nurin yang terdedah. Spontan Nurin menepis membuatkan Dylan tertawa kecil.

"Haha, see? You belum ready, dear. You buat saja kerja you, tak payah nak buat extra sangat. Tak cukup duit you tahu apa yang you nak kena buat. Just tell me how much yang you perlu. Tak payah mengada!" ujar Dylan sebelum berlalu pergi meninggalkan Nurin bersama debaran hati yang masih belum reda.

Bertuah betul! Ikut suka dia boleh pegang-pegang, kalau suka kata suka. Bukannya susah pun! I pun dah lama suka you, bodoh!

Nurin membebel namun tiada siapa pun yang mendengar kerana dia hanya membebel di dalam hati. Nak disuarakan, dia belum punya kekuatan. Ah, biarlah Dylan yang meluahkan dulu tapi... Dylan ada perasan ke tak? Dylan jaga dia kenapa? Dylan suka dia ke? Ah, jangan-jangan dia sekadar perasan sendiri. Ish, benci!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience