Bab 5

Drama Completed 53004

Dylan merenung Nurin tanpa sepatah kata. Martina disebelah Nurin juga langsung tidak bersuara. Berat rasa hatinya untuk melepaskan Martina pergi memandangkan Martina merupakan orang harapannya untuk terus menjaga Nurin sekiranya dia tiada. Wajah Nurin yang tenang membuatkan dia sukar untuk mentafsir perasaan sebenar gadis itu.

"Tina, are you sure?" Dylan beralih kepada Martina.

Martina mengangguk perlahan. Berat hatinya untuk berdepan dengan Dylan tapi apakan daya, sebelum dia mengorak langkah mahu tak mahu dia harus berdepan dengan Dylan juga. Itu bukan pilihan namun satu kewajiban.

"Well, you pun dah almost 10 years with me. So, you free to go. Ini hidup you, you berhak tentukan hala tuju hidup you. Siapalah I nak halang you untuk keluar dari sini."

"Betul ke? Oh my god, thank you so much Dylan!" Seolah-olah satu bebanan berat baru saja terlepas dari bahu sebaik saja Dylan memberikan lampu hijau untuknya melangkah pergi.

"Ya, anytime you need us don't forget to give us a call. Oh well, it is hard to say goodbye to someone with whom you spend so many years but I'll pray for your best. Nurin, are you okey with this?" Dylan kembali semula kepada Nurin.

"Now, tell me Dylan. How can I say goodbye to a friend that I can't live without?"

"Nurin..."

Nurin tersenyum kelat. Dia sudah berjanji pada diri sendiri, dia tidak akan membiarkan air matanya jatuh lagi.

"It's okay, my dear sister. There are no goodbyes for us, wherever you are, you will always be in my heart. Oh my god, I already missing you." ujar Nurin berserta senyum kelat yang diukir secara paksa.

"Aww, so sweet!" Martina memeluk Nurin. Dalam diam dia berdoa agar gadis muda itu juga akan keluar dari situ. Nurin gadis yang baik, hidup di dalam dunia penuh dosa itu bukanlah tempat yang sesuai untuknya. Nurin layak untuk mencapai kejayaan di luar sana, sama seperti gadis-gadis lain yang seusia dengannya. Malang nasib Nurin tercampak ke lembah dosa tanpa sebarang pilihan. Masa depan Nurin tercampak bersama ke lembah itu. Sudah tiga tahun masa depannya gelap tanpa sebarang cahaya. Sesungguhnya Martina sendiri sudah 10 tahun gelap dengan noda dan dosa. Janganlah Nurin juga jadi seperti dirinya.

"Okay Dylan, kalau maca tu I pergi dulu. Lampu hijau dah dapat dah so rasanya ada baiknya I start packing barang-barang. Boleh tahan banyak takut tak menyempat nak siap berkemas." Martina memohon diri.

"Sure, you can go but Nurin, please stay for a while." Dylan memberikan arahan.

Martina melemparkan sebuah senyuman sebelum berlalu pergi meninggalkan Dylan dan Nurin berdua. Nurin menghantar Martina keluar dari bilik itu dengan iringan mata sahaja. Jika melihat Martina berlalu disebalik pintu bilik pejabat Dylan pun dah terasa berat, entah macam manalah nanti kalau dia melihat Martina melangkah pergi keluar dari situ ya?

"Nurin, are you okay?" Dylan menyoal Nurin. Dia berjalan perlahan mendekati Nurin.

"No, I am not okay." Perlahan saja suara Nurin. Ah, Dylan dah agak. Nurin tak kan mampu untuk menerima kenyataan bahawa Martina akan pergi. Martina adalah orang pertama yang berjaya menenangkan Nurin sewaktu kali pertama Nurin dibawa masuk ke sana. Dia sendiri pun memerlukan masa untuk memperoleh kepercayaan Nurin. Ah, sungguh Dylan tak pernah terfikir yang Martina akan pergi secepat ini. Kalau dia tahu, tak mungkin dia mengarahkan Martina untuk membantunya menjaga Nurin. Tak pasal-pasal mereka berdua jadi rapat.

"It's okay, Nurin. Perpisahan ni bukannya bersifat kekal. You two boleh meet up dekat luar." Dylan berlagak santai. Memandang Nurin yang melabuh punggung di kerusi berhadapan dengan mejanya.

"I don't know Dylan. Rasa macam tak ada mood untuk anything or everything. Haa, if she can go, then can I go too?"

"You jangan nak mengada-ngada. You tahu apa jawapan I, kan?"

"But why? Kenapa kalau I semua tak boleh? Itu tak boleh, ini tak boleh. Sampai bila you nak peram I?"

"Sampai you benar-benar matang dan boleh jaga diri sendiri.

"I can take care of myself, Dylan. You yang tak nak percaya."

"You still too young."

"Habis tu? You nak I seusia Kak Martina baru boleh keluar dari sini?"

"Nurin, enough."

"No, Dylan! Inilah masalah you, kalau I bercakap tentang ni mesti you nak I berhenti. What is wrong with you, Dylan? Apa yang buatkan you payah sangat nak lepaskan I?"

Dylan melepaskan satu keluhan. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi lalu memejamkan mata. Malas mahu membalas kata-kata Nurin. Tidak lama kemudian dia membuka matanya semula dan ternyata Nurin sudah pun berdiri di hadapannya.

"Say it, Dylan. Are you falling in love with me?"

"What? Merepek apa you ni, Nurin?"

"Just say it! You cintakan I dan sebab tu you tak nak biarkan I keluar dari sini. Betul tak?"

"Nonsense! I tak nak lepaskan you keluar sebab I tak boleh lupa kali terakhir you lari keluar dari sini. You tak ingat apa jadi?"

Nurin terdiam. Damn, perlu ke peristiwa itu disebut lagi?

"Kalau you keluar, I tak akan ada disebelah you untuk jaga you. If anything happen, you yakin boleh handle dengan baik? You are only 19, Nurin. Still too young."

"I hate you, Dylan. Perlu ke sebut tentang peristiwa tu? Benci!"

"I cuma nak ingatkan you!"

Nurin terus melangkah keluar. Jeritan Dylan yang memanggil namanya diabaikan sahaja. Dia menjerit sebaik saja tiba di biliknya.

"Dylan is stupid!" sakit hati Nurin apabila peristiwa hitam itu disebut. Nurin sedaya upaya menyingkirkan peristiwa hitam itu daripada terus menerus menghantui, Dylan pula selamba mengungkit. Dylan tak tahu ke dia struggle gila untuk lupakan peristiwa tu? Ish, bodoh!

Walau apa pun terjadi, one fine day dia nak pergi dari situ. Dia ada hutang yang perlu dilunaskan. Tapi... Kalau dia pergi, adakah itu bermakna dia terpaksa tinggalkan Dylan? Oh tidak, dia benar-benar tersilap kali ini. Tersilap kerana membenarkan rasa cinta itu hadir untuk Dylan. Entah bila rasa itu hadir, Nurin sendiri pun tidak tahu. Ah, apa juga yang dia tahu tentang cinta. Dia sendiri bukannya pernah bercinta cuma satu yang dia pasti, dia rasa selamat jika lelaki itu ada. Sehari tak bertentang mata, hatinya mula merindu. Senyumannya pula boleh membuatkan jantung berdetak lebih laju dari kadar normal. Kadang-kala jantung bagaikan berhenti berdegup jika bersama lelaki itu. Lagi-lagi kalau dia tunjukkan sikap penyayang dia tu. Aduh, mencair teruk dibuatnya. Haa, betullah tu kan?  Nurin sememangnya dilamun cinta. Tak salah lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience