Nurin tidak tahu sudah berapa lama dia dikurung di bilik itu. Agaknya mungkin satu jam sudah berlalu. Tubuhnya terasa sakit akibat bertarung dengan Richard. Bukan main rakus lagi lelaki itu cuba untuk melahap tubuhnya. Tindakan Nurin untuk mempertahankan diri berhasil apabila dia secara tidak sengaja menendang 'burung punai' belaan Richard yang berada di celah kelangkangnya. Tindakan Nurin membuatkan nafsu Richard mati serta-merta namun akibatnya dia terpaksa menanggung amarah Richard dan terpaksa akur apabila dikurung sendiri di situ. Bagi Nurin, dikurung sendiri jauh lebih baik berbanding dengan berada di sisi Richard yang tak habis-habis dengan nafsu kudanya.
Kaki Nurin terasa sakit apabila berpijak. Barangkali terseliuh semasa berperang dengan Richard. Nurin terhinjut-hinjut bangun dari duduknya. Dia berjalan perlahan ke arah birai katil dan duduk di situ. Kakinya diurut perlahan. Dia memerhati keadaan sekeliling. Mencari ruang dan peluang untuk meloloskan diri namun hampa. Langsung tiada jalan untuknya. Nurin risau tentang nasib yang bakal menimpa diri. Jika sekali dia terlepas, itu mungkin kerana dia bernasib baik. Namun adakah nasib baik itu akan terus bersamanya untuk kali kedua?
"Dylan..." Nama lelaki itu meniti dibibir. Agaknya di mana Dylan sekarang? Kalau Dylan ada bersamanya selalu, mesti Richard tak akan mencipta onar seperti ini. Dari dulu lagi Dylan bagaikan pelindung yang sentiasa menepis marabahaya yang mendatang. Boleh dikatakan Dylan umpama perisai baginya. Agak-agaknya Dylan tahu tak kejadian yang menimpanya kini? Dylan, tolonglah datang...
Nurin meratib memanggil nama malaikat penjaganya itu. Dylan mungkin jahat. Dosa dan noda bagaikan makanannya. Agamanya pula entah ke mana namun bagi Nurin dialah malaikat yang dikirim untuk menjaganya. Jika Dylan hidup di landasan yang benar, Nurin yakin dia mampu berubah menjadi sebaik-baik manusia.
Nurin tersedu. Mengenang nasib diri yang tak habis-habis diselubungi kegelapan. Dari dulu sehingga kini, jalan hidupnya kekal kelam dan malap. Entah di mana cahaya yang didambakan. Bermula pada hari dia dijadikan alat untuk melangsaikan hutang-piutang, dan seterusnya bersambung di jalan hitam gelap penuh maksiat. Disangkakan keluar dari lorong, namun ibarat keluar dari mulut buaya masuk ke mulut naga.
Bunyi daun pintu dikuak membuatkan Nurin berpaling. Ah sudah, Richard lagi.
"You nak apa lagi? Dah kenapa kurung I?"
Richard melangkah masuk perlahan.
"You kenapa payah sangat? I kecewa dengan you, Nurin. Dulu you tak macam ni. Dulu elok you layan I, tapi kenapa sekarang you buat I macam I tak pernah bagi you apa-apa?"
"I dah cakap I bukan Nurin yang dulu. I keluar dari kelab sebab I tak nak jadi gadis kelab dah. Cukuplah I hidup dengan maksiat."
"So, you nak insaf?" Richard tergelak kecil. Geli hatinya apabila Nurin bercakap tentang maksiat.
"You masih nak impikan syurga ke? Jangan mimpi, Nurin. You memang dah ditakdirkan untuk jadi bara dalam neraka nanti! But you jangan risau, I sudi untuk terus menemani you. I rela jadi bara neraka asalkan dapat bersama dengan you."
"You siapa nak judge I? You bukan tuhan! You duduklah neraka sendiri. Jadi bara neraka macam yang you nak. I tak nak!"
"Memang I bukan tuhan tapi I ada otak yang boleh digunakan untuk berfikir. Tak kan you tak boleh fikir logik? Syurga bukan untuk you, bukan untuk orang macam kita. Kenapa you nak susah-susah jadi baik kalau nantinya confirm ke neraka? Buat rugi! Lebih baik enjoy. Hahaha! You dah buat macam-macam benda jahat. You yang jahat! Perdayakan jantan-jantan dekat luar sana termasuk I pun kena kencing dengan you. Mentang-mentanglah cantik, muda bergetah you ambil kesempatan untuk pancing nafsu kami ni semua demi keuntungan. You goda mereka, goda I dengan sengaja! You punca kami buat seks bebas. Yang mana suami orang semuanya makan luar. Belai betina murahan yang satu kelab dengan you sebab you yang goda. You penyumbang! Tak melayan, tak buat seks konon tapi you yang menyumbang! You petik nafsu kami! Tak ke jahat juga namanya tu? Tak payah berlagak sucilah, Nurin."
"Tuhan itu maha pengampun."
Semakin galak Richard ketawa. Alahai Nurin, puas dipegang jantan sana sini, puas juga menjolok mata jantan dengan pakaian yang menghairahkan, dan tiba-tiba nak bercakap tentang pengampunan tuhan. Yakin sangat ke diri tu dapat pengampunan daripada tuhan?
"Lawaklah you ni. By the way, apa kata kita buat macam ni. I tak halang you untuk bertaubat. Bahkan kalau you nak jadi ustazah pakai tudung labuh pakai jubah pun I tak kan halang langsung. Sumpah I won't judge. Tapi you kalau nak bertaubat sekali pun, tunggulah selepas I dapat tubuh you. At least sekali pun jadilah. Dulu you benarkan I pegang sana, pegang sini, sengaja buat nafsu I bergetar dan sekarang you tak nak tanggung akibatnya? Ish, mana boleh macam tu. I tak naklah sampai bila-bila I teringin. Kempunanlah I nanti."
"You dengan nafsu kuda you memang tak boleh nak berpisah! Jangan nak salahkan I sedangkan dengan perempuan lain pun you boleh lampiaskan nafsu. You tak kisah pun asalkan perempuan tu sanggup mengangkang untuk you! Semua you bedal!"
"Memang! I lelaki normal of course I suka perempuan. Rezeki depan mata kenapa I perlu abaikan? You jangan lupa, dalam banyak-banyak perempuan, I dah labur banyak duit untuk you tapi you tak pernah pun nak balas jasa I. Dah kenapa? It's not fair. Yang lain-lain tu I malas nak cakap, memang dasar murah. Tayang seribu pun dah sanggup bogel depan I. Tayang dua ribu lagi advance mereka sanggup buat. Bodoh! Nasib baik benda celah kangkang tu sedap. Berbaloi I keluarkan duit tapi itulah...bila I teringat dah berapa ratus ribu I laburkan pada you, I rasa tak berbaloi langsung. Sungguh merugikan. Tak adil. You tahu sebab apa? Sebab I tak dapat ratah you macam mana I ratah perempuan yang lain. Bila I tahu you belum pernah kena tebuk, lagilah berliur I dibuatnya. Hahahaha!"
Richard ketawa besar mengenangkan murahnya perempuan kelab yang pernah dilanggannya tapi Nurin ni lain dan atas sebab itulah dia masih lagi mendambakan gadis itu. Dia benar-benar mahu menakhluki Nurin. Lebih lagi bila dia tahu Nurin masih terjaga daranya, makinlah dia geram!
"You memang tak guna, Richard. Otak you tak ada benda lain selain seks!"
"Hei, you tak rasa lagi sebab tu you tak tahu. Benda sedap, sayang. Jom I bagi you first experience, baru you tahu sedapnya tu macam mana."
Richard meluru ke arah Nurin. Tidak mahu lagi membuang masa berbual kosong. Merugikan! Dalam sekelip mata dia sudah pun berada di atas Nurin. Menindih Nurin dengan tubuhnya. Nurin meronta-ronta untuk melepaskan diri namun pegangan Richard teguh sekali. Nampak gayanya Richard belajar dari kesilapannya yang tadi. Kali ini dia langsung tidak memberikan sebarang ruang dan peluang kepada Nurin untuk melepaskan diri. Nurin menjerit nyaring. Meminta tolong entah kepada siapa.
Richard menjilat leher Nurin dengan penuh nafsu. Sebentar kemudian dia mengucup kasar bibir Nurin namun tidak lama apabila Nurin mengambil kesempatan itu untuk mengigit bibirnya. Richard mengaduh sakit namun dia tidak pula marah malah tersenyum.
"So, you suka seks ganas ke? Tak jadi masalah." Ujar Richard lalu menghadiahkan Nurin satu tamparan.
"Nak lagi?"
Papp!! Satu lagi tamparan diberikan. Nurin menangis menahan sakit. Perit yang dirasakan bagaikan menjalar di pipinya. Nurin kepenatan, dia kesakitan. Dia tidak tahu setakat mana dia boleh bertahan. Seandainya takdir dia mati mempertahankan diri demi maruah, dia sanggup daripada terus menyerah.
Saat Richard merentap baju yang menutupi tubuhnya, Nurin menggigit lengan Richard. Tanpa sebarang amaran, satu tumbukan padu pula hinggap di perutnya. Sakitnya bukan kepalang membuatkan Nurin berhenti meronta. Pandangannya semakin lama semakin kabur. Namun dia dapat merasakan setiap sentuhan Richard yang kelaparan. Dia sedar dia kini sudah terdedah tubuhnya namun sakit yang dirasakan membantutkan pergerakkan. Nurin akhirnya berserah pada takdir. Pandangan matanya mula gelap. Ah, teruk begini. Telinganya tiba-tiba mendengar suara Dylan memanggil namanya. Aduh, nampak gayanya dia semakin dekat dengan mati. Hinggakan suara Dylan pun tiba-tiba muncul sedangkan Dylan tiada di situ.
Dylan....
Share this novel