"NURIN!"
Richard berpaling ke arah suara itu. Ah, celaka! Macam mana pula Dylan boleh masuk kacau daun?! Pintu bilik yang dikuncinya sebentar tadi kini terbuka luas. Dylan berdiri di situ sambil menghalakan pistolnya ke arah Richard.
"Kau dah melampau, Richard!" Nafas Dylan turun naik dengan laju. Sakit rasa hatinya melihat kelakuan Richard. Lagi-lagi apabila melihat keadaan Nurin yang sudah tidak berbaju. Dasar celaka!
"Dylan..." mendayu suara Nurin memanggil namanya.
"Melampau kau kata?! Aku cuma nak kan hak aku! Kau yang melampau terjah masuk tak bagi salam."
"Kau lepaskan Nurin sekarang! Dia bukan hak sesiapa!"
"Kalau macam tu apa hak kau ke atas dia? Dia bukan hak sesiapa, kan? Aku dah labur banyak untuk dia. Bukan seratus dua ribu yang habis aku labur pada dia ni. Tapi sedikit pun aku tak ada hak ke atas Nurin? Come on, Dylan. Kau pun dah kaut untung berapa banyak dah. Bagilah aku peluang untuk rasa nikmat duit aku sebelum ni."
"Sebelum muka kau berkecai, lebih baik kau lepaskan dia!"
"Apa ni?! Kita dah kenal lama Dylan, aku dah labur banyak untuk dia. Aku cuma nak kan bahagian aku! Kau duduk sana diam-diam. Aku janji tak kan lama. Lepas tu kau angkutlah dia bawa balik." Ujar Richard lalu meneruskan aktivitinya tanpa mempedulikan pistol Dylan yang dihalakan tepat ke arahnya.
Bang! Satu tembakan dilepaskan ke arah Richard. Tepat mengenai dadanya. Richard tersungkur kesakitan. Nurin menjerit terkejut. Apatah lagi bila ada cecair merah yang mengalir keluar dari tubuh Richard turut membasahi tubuhnya. Sedaya upaya dia menolak tubuh Richard ke tepi daripada terus menindihnya. Bulat membuntang matanya melihat Richard yang sedang mengaduh sakit. Menekan bahagian luka yang mengalirkan darah merah.
"Sial kau...kau gila...kau bodoh...arghh..." Ujar Richard menahan sakit.
"Dan kau pula celaka, aku dah bagi warning. Kau yang abaikan. Kau lebih memilih nafsu daripada nyawa. Bukan salah aku."
"Arghh...sakitlah sial!" Richard cuba untuk bangun.
"Sakit? Biar aku tamatkan derita kau."
Balas Dylan lalu melepaskan satu lagi tembakan yang menyebabkan lelaki itu berhenti bergerak. Nafasnya bagaikan tersekat. Richard mengerang menahan perit. Matanya terbalik ke atas sebelum nafasnya terhenti selepas seketika. Dylan segera membuka bajunya lalu menyarungkan pada tubuh Nurin. Dia mengangkat Nurin dan dengan segera berlalu pergi dari situ. Dia tahu, dia tidak akan terlepas kerana membunuh namun itu tidak penting! Yang lebih penting Nurin selamat.
"Dylan, apa yang you dah buat? You sedar tak? Richard dah mati. Apa kita nak buat? Kenapa you buat macam tu? Kenapa you bunuh dia?" Tanya Nurin sebaik saja mereka masuk ke dalam perut kereta. Nurin menggigil takut. Selain Richard, beberapa orang pengikutnya turut terbunuh. Apa yang merasuk Dylan?
"I sedar, Nurin." Balas Dylan sepatah lalu menekan pedal minyak. Laju saja keretanya meluncur pergi dari situ.
"Dylan, you bunuh mereka yang lain juga? Dylan...macam mana ni? Kita tak mungkin akan terlepas dari hukuman. Mayat mereka....mayat mereka masih berada di sana. Polis..polis akan jumpa dan cari kita... Macam mana ni? Habislah kita... I takut Dylan..."
"Tak payah you ingatkan apa yang I dah buat, Nurin. Apa yang penting sekarang ni you dah selamat. Kalau tak mereka yang terbunuh, I yakin nyawa you yang akan melayang."
"Tapi you dah buat salah...you membunuh... You bukan pembunuh sebelum ni.... you dah buat salah Dylan..."
"Mereka pun buat salah! Kalau I tak datang, mungkin you yang akan terbunuh! You boleh fikir tak tentanf nyawa you sendiri?" Dylan membentak. Hatinya yang tengah cemas semakin resah dengan asakan Nurin yang tak sudah-sudah.
"Apa yang kita nak buat sekarang?" Nurin yang buntu memikirkan akibat yang perlu ditanggung mula menitiskan air mata.
"Bukan kita, tapi I seorang. You pula terus balik ke rumah dan jangan nak merayap ke sana ke mari selagi mana keadaan belum reda. You faham tak ni?"
"Habis tu you macam mana? Semua ni jadi sebab I Dylan. I punca kepada semua masalah ni. Kalau I tak jumpa Richard, you tak kan buat macam ni. You tak kan bunuh dia. I yang salah. Malangnya nasib you Dylan sebab orang macam I."
"Berhenti risaukan I dan fokus pada diri you. Apa pun yang terjadi lepas ni, I nak you tahu yang I sayangkan you. I cintakan you Nurin dan I tak akan biarkan anything bad happen to you. Kalaulah nyawa yang perlu I pertaruhkan untuk you pun I sanggup."
Nurin terdiam. Ini kali pertama Dylan melafazkan cintanya. Namun, keadaan sekarang tidak memungkinkan Nurin untuk menikmati lafaz cinta yang diucapkan sedangkan lafaz itulah yang paling dia nantikan.
"You sayangkan I tak?" tanya Dylan kepada Nurin. Gadis itu mengangguk laju.
"Kalau betul you sayangkan I, you kena jaga diri. Lepas ni I mungkin tak kan dapat nak jaga you macam sebelum ni."
"Kenapa macam tu? Kalau you cintakan I, kenapa kita tak terus bersama? You know how I feel, right? You nak pergi mana? Stay with me, please? Tak pun you bawa I sekali. Jangan tinggalkan I."
"No, Nurin. We're not meant to be together. I bukan untuk you walau sekuat mana pun sayang you untuk I."
"I tak faham! Apa pula halangannya? I sayangkan you dan you pun sayangkan I. You baru saja ucapkan yang you cintakan I dan I pula dah memang lama cintakan you. Dalam hati ni ada you seorang. Duduknya di tempat yang paling tinggi."
"Listen, you boleh dapat yang jauh lebih baik. Someone yang boleh jaga you, jaga hati dan perasaan you much more better than me."
"Tapi I nak you!"
"No! Jangan berdegil, Nurin. Sekarang bukan masa yang sesuai. Dengan apa yang I dah buat tadi tu, you rasa apa yang akan jadi pada I?"
Nurin terdiam lagi. Dia tahu buruk akibat yang terpaksa ditanggung. Dia sedar tentang kenyataan itu namun siapa tahu mungkin ada keajaiban yang berlaku untuk dua hati bersatu?
"I takut Nurin...I takut kalau you terpaksa hadap apa yang ada di depan I. You masih muda. Sayang kalau usia muda you dihabiskan di tempat yang salah. I nak you bina masa depan. Lepas ni I mungkin akan bersembunyi buat seketika. I pun tak tahu berapa lama tapi I tak nak you sia-siakan waktu you tu untuk stay dengan I. Maaf Nurin tapi I tak dah tak boleh jamin yang I mampu jaga you. Sekarang I kena jaga diri."
Suasana sepi seketika namun wajah Dylan kelihatan tegang. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Sedar tak sedar mereka sudah pun berada di hadapan rumah Nurin.
"Let's bid goodbye." Ujar Dylan menyebabkan Nurin tidak mahu keluar dari perut kereta sebaliknya tangisan pula yang berkumandang. Dia tidak mahu melepaskan Dylan. Setelah apa yang berlaku hari ini, hanya Dylan yang mampu membuatkan dia rasa selamat. Dia tidak mahu bersendirian. Tangan Dylan digenggamnya erat. Mengenangkan bahawa ini mungkin pertemuan mereka yang terakhir semakin teguh pegangannya.
"Listen, sayang. We need to do this. Senyumlah, sayang. I nak tengok senyuman you buat kali terakhir. Sampainya hati you tak sudi senyum untuk I?"
Nurin menggelengkan kepalanya. Tidak mampu untuknya meluahkan kata. Hatinya pilu. Dia dapat merasakan Dylan akan pergi jauh meninggalkan dia.
"Jangan macam ni. Cepat masuk ke dalam sebelum jiran sebelah you ni keluar. Pergi mandi dan pakai baju elok-elok."
"I sayang you, Dylan"
"Me too...dan kerana sayang I terpaksa lepaskan you." ujar Dylan perlahan sambil mengelus lembut pipi Nurin. Dylan mengucup dahi Nurin sebagai tanda selamat tinggal. Agak lama sebelum bibirnya bertaut sebentar pada bibir Nurin yang bergetar menerima kucupan itu. Mata mereka bertentang buat seketika sebelum Dylan sekali lagi mengarahkannya untuk keluar.
Lalu dengan hati yang berat, Nurin melangkah juga. Dia menahan esak tangisnya dari terus berlagu. Memandang sayu pada lelaki yang sekian lama menjaganya. Dylan melambai perlahan sebelum berlalu pergi meninggalkan Nurin dengan hati yang remuk. Nurin masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai. Bersama tangis yang masih belum reda, dia menuju ke bilik air dan membiarkan air mengalir laju membasahi tubuhnya. Bergabung bersama air mata yang setia mencemarkan pipi. Dia cuba untuk mencari ketenangan namun hanya kepiluan yang menyinggah. Nurin terduduk dan melayan rasa pilu itu semahu-mahunya.
Share this novel