Bab 39

Drama Completed 53004

Cintaku bertepuk sebelah tangan,
Entah kali berapa,
Tak mampu aku kira,
Hatiku telah terluka,
Jiwaku terseksa,
Kerana dia,

Perasaan ini hadir dalam diriku,
Mencintaimu,
Sepenuh hatiku,
Tak pernah sekali,
Aku berhenti mencinta,

Cintaku bertepuk sebelah tangan,
Entah kali berapa,
Barangkali sejuta,
Hatiku rasa hampa,
Kerana dia sudah berpunya,

Perasaan ini hadir dalam diriku,
Mencintaimu,
Sepenuh hatiku,
Tak pernah sekali,
Aku berhenti mencinta,

Jiwaku melara,
Sakitnya tersiksa,
Tak diterima,
Oh hina di matamu,
Aku merana,

Hatiku merana,
Dipermain cinta,
Musnah segalanya,
Besarnya harapanku,
Kepadamu Ohhh...

Perasaan ini hadir dalam diriku,
Mencintaimu,
Sepenuh hatiku,
Tak pernah sekali,
Aku berhenti mencinta...

Lirik lagu nyanyian Fiza Sinha seolah-olah mendendangkan rasa hatinya ketika ini. Sungguh dia rasa sakit dengan perasaannya sendiri. Dia terseksa kerana mencinta. Bukan dia yang meminta. Kalau boleh dia juga tidak mahu hatinya hancur begini. Dia tidak pernah meminta supaya rasa cinta itu hadir. Eryn tenggelam bersama tangis. Beginikah rasanya sakit apabila hati dipujuk agar akur tentang jodoh yang tiada?

"Kenapa ni, Eryn?" Nizam bertanya cemas. Bahu Eryn dipegangnya kejap. Digoncangnya tubuh gadis itu.

"Cakaplah cepat. Kenapa menangis macam ni? Kena usik lagi ke?" Nizam meneka. Eryn hanya mampu mengangguk. Tak suka apabila dia diusik oleh Muiz dan kawan-kawannya.

"Mereka buat apa sampai menangis-nangis macam ni?"

"Muiz...dia halang Eryn tadi lepas tu...dia cium Eryn." Semakin kuat suara tangis Eryn. Bila diingat semula, dia sendiri berasa jijik dan malu. Perbuatan Muiz bagaikan mencalar kehormatannya sebagai seorang gadis sunti.

"Kurang asam! Nak kena Muiz ni. Tak apa, nanti abang jumpa dia. Tahulah abang nak settle macam mana. Dah jangan nangis. Lain kali jangan balik seorang diri. Mulai esok, abang akan datang dan tunggu Eryn balik."

Eryn yang baru berusia 12 tahun ketika itu hanya mengangguk. Beza usianya dengan Nizam tidaklah jauh mana, hanya lima tahun namun sejak dari kecil sifat Nizam yang selalu ada untuk melindunginya benar-benar membuatkan dia selesa dengan lelaki itu. Mungkin lebih tepat jika dia katakan dia sebenarnya sudah pun jatuh cinta pada Nizam.

Sangkanya perasaan cinta yang terbit seawal usia itu akan berlalu pergi dengan sendiri apabila dia menginjak dewasa namun ternyata dia silap. Perasaan itu malah bercambah dan berkembang dengan mekar. Hubungan dia dan Nizam mula merenggang apabila Nizam terpaksa menyambung pelajarannya dalam bidang kulinari. Baliknya nanti hanya sekejap cuma. Sedar tak sedar Nizam mula membina tembok bagi menjaga batas mereka apatah lagi dia bukan lagi Eryn yang hingusan. Dia tumbuh menjadi gadis yang cantik.

Puan Azuween sedar anak angkatnya itu memiliki paras yang indah. Maka, dia sangat mementingkan penampilan Eryn supaya kekal kemas dan tampak bergaya. Dia bangga apabila ramai orang memuji anaknya. Seolah-olah dia telah mencapai satu kejayaan yang besar dalam usaha membesarkan anak angkatnya itu. Sebaik saja memasuki usia dewasa, Eryn tidak mampu lagi mengekang gelora hati. Dia meluahkan cinta tapi Nizam menolak hanya kerana Nizam menganggap dia tidak lebih dari seorang adik.  Eryn menyangka perhatian yang diberikan oleh Nizam selama ini adalah kerana Nizam turut memiliki rasa yang sama namun ternyata dia salah.

Eryn nekad untuk mendekat semula tapi lelaki itu sudah berubah. Semakin dia mencuba, semakin itu Nizam menjauh. Apa masalah Nizam sebenarnya? Eryn tak mampu nak faham! Kenapa dulu boleh layan macam biasa? Kenapa sekarang harus berubah? Kenapa dulu dia layak mendapat layanan yang istimewa? Kenapa sekarang untuk mendapat perhatian dari lelaki itu pun cukup payah? Apa yang perlu dia lakukan?

Eryn mengesat air matanya. Dia bangun lalu memandang pantulan dirinya di dalam cermin.

"Apa yang perlu aku lakukan? Apa kurangnya kau, Eryn?" dia bermonolog sendiri.

Mendengar khabar bahawa Nizam dan Nurin bakal berkahwin saja pun sudah cukup menyakitkan. Bagaimana harus dia menghadapi perit ketika majlis mereka berdua kelak? Oh tidak, dia tak sanggup! Mahunya dia meroyan apabila mendengar Nizam menyebut nama Nurin sewaktu melafazkan akad. Sepatutnya nama Eryn Adleena yang bermain di bibir Nizammudin Iskandar. Bukannya nama si Nurin yang entah siapa-siapa tu.

"Eryn, kamu dah balik ke? Tadi keluar dengan Nizam?" Puan Azuween menjengah sebaik saja pintu bilik Eryn dikuak perlahan.

"Dah kenapa kamu ni? Nangis ke?" Puan Azuween menyoal apabila menyaksikan wajah anaknya yang memerah dengan matanya yang sedikit bengkak.

"Mak, anak pungut macam Eryn ni memang tak ada masa depan ke, mak? Memang tak layak nak hidup bahagia ke?"

"Ish, dah kenapa kamu cakap macam tu? Takdir hidup kita ni bukan status anak pungut, anak haram atau anak halal yang menentukan masa depan kita ni bersinar atau gelap. Nak bahagia atau tak tu kita kena cari. Bukan mengharap bahagia tu datang sendiri."

"Eryn dah cuba, mak... Eryn dah cuba cari tapi tak jumpa malah makin sakit yang Eryn rasa."

"Sabarlah, masanya belum tiba. Tak kan baru sakit sedikit terus nak putus asa?"

"Penat macam ni, mak..."

"Kalau penat cuba berehat dulu."

"Tak boleh, berehat dari semua ni sama saja seolah-olah merelakan."

"Habis tu kamu nak buat apa? Nizam tu dah declare nak nikah dah pun. Mak pun dah cuba cakap dengan Mak Ngah kamu tentang kamu dengan Nizam. Nampak gayanya Mak Ngah kamu kata dia serahkan dekat Nizam semua. Apa pun keputusan yang Nizam buat dia akan sokong dan terima. Tak nak masuk campur katanya sebab tu melibatkan the rest of his life. Dia yang lebih layak menentukan jalan hidupnya sendiri."

"Jangan-jangan perempuan tu dah guna-gunakan Mak Ngah tak?"

"Uih, merepek kamu ni!"

"Tak mustahil, mak!"

"Mana ada orang zaman sekarang buat benda macam tu dah."

"Apa pula tak ada? Kalau dicari barulah mak jumpa. Pawang, bomoh semua tu masih ada zaman sekarang. Kenapa? Mak ingat makin maju dunia, makin pupus ke guna-guna, sihir dan segala mak nenek yang bersangkut-paut dengan semua tu?"

"Ish, kamu ni biar betul. Tak kanlah sampai nak guna-gunakan orang semata-mata nak dekat Nizam."

"Kenapa pula tak? Kita bukannya kenal sangat pun dengan Nurin tu. Tak pernah kenal, tak pernah bercampur-gaul, lepas tu tiba-tiba dah nak kahwin."

"Mak terfikir juga dah kenapa macam lekas-lekas sangat nak kahwin. Tak menyempat pun nak suai-kenal dgn kita-kita ni padahal kita ni bukan orang lain pun. Eh, jangan-jangan perempuan tu dah mengandung tak?"

"Tak mungkinlah, mak. Abang Nizam tak akan buat macam tu."

"Manalah tahu kalau-kalau..."

"Tak mungkin, mak!" Tiba-tiba Eryn meninggikan suaranya sedikit. Tidak sanggup rasanya dia membayangkan yang selebihnya. Tak mungkin Nizam benar-benar telah melakukan perbuatan yang terkutuk itu.

Puan Azuween terdiam melihat emosi anaknya.

"Eryn mesti cari tahu apa yang special sangat perempuan tu sampaikan Abang Nizam tergila-gilakan dia sangat."

"Kamu nak cari macam mana?"

"Nantilah Eryn fikir. Serabut! Nak tidur dululah." balas Eryn lalu menghempas tubuhnya ke katil.

"Tolong tutup lampu ya, mak. Thank you. Love you."

Puan Azuween perlahan-lahan bangun lalu melangkah keluar. Sempat dia mengerling anaknya sebelum dia menutup lampu dan pintu bilik. Dalam diam dia mula risau. Apa yang akan jadi pada Eryn sekiranya benar Nizam dan Nurin bersatu? Bagaimana dengan penerimaannya nanti? Jelas bahawa Eryn terpukul dengan berita itu malah jelas kelihatan anaknya tertekan. Apa yang harus dia lakukan? Tak sanggup rasanya melihat Eryn begitu. Puan Azuween mengeluh perlahan. Semoga ada sinar lain untuk Eryn seandainya benar takdirnya bukan bersama Nizam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience