6

Romance Completed 63993

Kereta memasuki kawasan parking dihadapan kafe mewah itu. Tetapi tidak semewah kafe milik bosnya nun di tengah bandaraya Melaka itu.

Kafe corner lot itu masih lagi dibuka. Waktu tutup sehingga jam 11 malam.

Sekarang baru jam 8.10 malam.

Perutnya terasa lapar.

Tempat duduk penumpang dipandang sekilas. Nampaknya manusia itu masih lagi enak dibuai mimpi.

Evil smirk menghiasi bibirnya. Iphone diseluk dari kocek seluarnya.

Aplikasi kamera dibuka. Mood silent juga diaktifkan.

1,2,3. . . klik!

Gambar tersimpan didalam memori.

'Aduh! Macam mana aku boleh lupa off flash?!'

Cepat saja Iphone disimpan semula. Apabila figura itu mula menggerakkan kepalanya.

"Ben? We are arrived already?" Ajunya.

Tudung yang senget dibetulkan.

"Yes boss! Baru sampai."

Terasa mahu tercabut jantungnya tadi. Nafas lega ditarik.

'Fuhhh,selamat!'

"Kenapa tak kejut aku?"

Postur badan dibetulkan. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Membetulkan urat badan.

"Tunggu bos bangun." Acuh tak acuh jawapan yang diberi.

'Tunggu bos bangun sangat!'

Anggun Dahlia hanya berdecit.

Pantang dalam hidupnya bila ada manusia lain yang terpaksa memandang muka serabutnya. Hilang aura tegasnya selama ini!

"Jomlah! Tunggu apa lagi?"

Ikram Benjamin hanya menurut.

Pintu kereta ditutup.

"Hello my lady! Lambat sampai? Lama I usha parking tadi. Tak juga sampai."

Dia Jeremy. Lelaki berbangsa Cina. Berperwatakan sedikit 'sopan' dibandingkan dengan lelaki lain. Umurnya baru sahaja 25 tahun. Baru berkhidmat dibawah Anggun Dahlia dua tahun kebelakang. Sejak kafe di kawasan Johor Bahru itu dibuka.

"Yo! Sorry lah! Singgah Machap tadi. Solat makan apa semua. Itu yang lewat sikit."

Laju saja Ikram Benjamin mencelah.

Dia terus melangkah menuju ke kaunter.

Bangku tinggi bewarna putih itu ditarik. Punggung dilabuhkan selesa.

"Kafe macam mana bulan ni? Sales ok? Customers? Aku tengok sales bulan ni drop around MYR1K. Kenapa banyak sangat? Three months back, I think everything in good conditions. Lambat serve customers? Any complaints? Budak-budak okey?"

Bertalu-talu soalan dilemparkan.

Ikram Benjamin menarik sengih dihujung sana. Faham benar dengan perangai majikannya.

'Tak reti menyabar! Macam aku tak pernah ajar.'

"Calm down,my lady! One by one,ok?"

Anggun Dahlia menghela nafas.

"Then, explain one by one!"

Matanya meliar disekitar kafe itu. Pelanggan masih lagi ramai memenuhi ruangan meja yang ada.

Ada yang membawa keluarga. Ada juga yang berasmara dana sambil suap menyuap buah hati masing-masing. Buah hati?

Mungkin! Anak muda,kan? Tak mungkin adik-beradik keluar berdua dan 'semanis' itu kelakuannya.

"Not bad. . . But still ok!" Lambat saja jawapan Jeremy.

"Aku tak nak jawapan macam tu!"

Senyum ditarik. Keningnya diangkat.

Kecut juga perut Jeremy. Perempuan dihadapannya itu boleh tahan perangainya. Mahu berdesing telinga sekejap lagi.

"Fine! Not ok. . . At all !"

Perit pula tekaknya ketika itu.

"Wait! Hold on! Apa benda ni?!"

Nafasnya turun naik seperti seekor kerbau yang mengamuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience