15

Romance Completed 63993

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) – 6.00 petang

"Bos, jaga diri dekat sana. Tentang kerja dekat sini, saya handle sebaik yang mungkin. Ibarat menjaga buah hati saya."

Brasier tersengih sambil meyakinkan majikannya.

"Alright! Nanti tolong bawa balik kereta aku. Tolong drive elok-elok. Ada calar walau seinci, siap kau! Kafe pun sama. Balik sini kalau aku dapat tahu lingkup bussines aku, aku pecat kau!"

Air mukanya tegang. Ah, siapa saja yang tidak kenal Anggun Dahlia.

Perempuan itu mana tahu erti sebuah senyuman. Hidup terlalu serius. Sebab itulah tiada lelaki yang mahu mendekat.

"Yes, mem! Arahan diterima. Ok, saya gerak dulu bos. Ben, jaga bos. Jangan buat benda lain pula."

Mata dikenyit ke arah Ikram Benjamin.

Tetapi belum sempat dia memusingkan badannya, telinga sempat dipiat Ikram Benjamin.

"Eii tak kena! Wekkk! Aku blah dulu, Ben!"

Sebaliknya dia menarik sengih nakal.

Setelah menghantar Brasier pulang, mereka berdua berjalan beriringan. Mencari tempat duduk sementara menunggu masa untuk berlepas.

"Bos, aku pergi washroom sekejap. Kau tunggu sini seorang boleh?"

Luggage diletakkan disebelah kerusi.

"Ok."

Jawapan bersahaja. Anggun Dahlia tidak beriak.

Lelak itu melangkah menuju ke bilik air.

Dia memerhati Ikram Benjamin yang semakin jauh dari pandangan.

Keluhan dilepaskan.

Tangannya mencapai Iphone dan wireless earphone. Aplikasi Spotify dibuka.

Sementara itu, dia hanya melayan perasaan. Sambil merenung rakyat jelata yang sibuk dengan tujuan masing-masing.

Suasana hiruk-pikuk. Maklum saja, waktu cuti persekolahan telah tiba.

Tanpa sedar, dari jauh ada sepasang mata yang sedang memerhatinya. Dia mengeluarkan telefon dari poket seluar.

Dalam diam gambar Anggun Dahlia kini tersimpan dalam memori. Senyum puas ditarik.

Telefon disimpan semula ke dalam poket.

Dia melangkah sambil membetulkan kaca mata hitamnya dengan penuh gaya maskulin.

"Nah!"

Bungkusan beg plastik putih dihulur.

Anggun Dahlia mendongak.

Ikram Benjamin.

"No, thanks."

Dia kembali menatap skrin Iphone.

"Jual mahal!"

Ikram Benjamin melabuhkan punggungnya disebelah perempuan itu. Dia bersandar dikerusi.

Aplikasi di telefon bimbit dibuka. Sesuatu telah menarik perhatiannya. Bibirnya menarik senyum lebar.

--------------

Brendon Hills Village, Kota Kinabalu – 9.30 malam

Ting!

Aplikasi Whatsapp dibuka. Satu mesej daripada 'My Butler'.

Jom keluar makan, Dahlia. – My Butler

Dia ingin membalas mesej tersebut. Tetapi dibatalkan niatnya serta-merta.

Iphone dicampak ke atas katil. Kakinya menuju ke almari. Memilih blouse labuh tanpa lengan dan dipadankan dengan cardigan bewarna kuning. Tudung berona coklat cair diambil.

Setelah selesai menukar pakaian, dia menuju ke hadapan cermin besar yang dilekatkan pada dinding.

Dia memusingkan badannya ibarat seorang kanak-kanak kecil. Tawa kecilnya terlepas.

Gembira hatinya tiada siapa yang boleh lawan.
Dia harus menyempurnakan misinya.

Sementara berada ditempat orang, dia ingin menikmati semuanya yang ada disini.

Baik dari segi pemandangan flora dan fauna. Mahupun masakan rakyat disini.

Terujanya dia!

Ting!

Sekali lagi pesanan dari Whatsapp diterima.

Bos, tidur ke? - My Butler

Belum – Anggun Dahlia

Kenapa tak balas Whatsapp tadi? – My Butler

Busy. – Anggun Dahlia

Buat apa? Esok baru kita busy. – My Butler

Nak apa? – Angggun Dahlia

Dahlia. – My Butler

Dan . . . jantungnya dirasakan terhenti seketika. Kedua-dua tangannya sejuk.

"Kau memang gila!"

Dia bingkas bangun menyiapkan diri. Ingin mengambil angin malam diluar.

Usai merapikan diri dihadapan cermin, Iphone dicapai dan melangkah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience