Mereka berhenti ditengah ruang itu. Anggun Dahlia ternganga.
Kini mereka berada disebuah kafe yang menyajikan ratusan pencuci mulut, pastri dan kek.
Siapa yang tidak suka jika disajikan dengan pemandangan sebegitu.
Oh, syurga dunia!
"Sayang nak makan apa?"
Aju Ikram Benjamin disebelah telinga Anggun Dahlia.
Nampaknya perempuan itu masih ralit dengan sajian didepannya.
"Err..nak makan semua!"
Tanpa diduga jawapan itu meluncur dari mulut Anggun Dahlia.
Membuntang mata Ikram Benjamin mendengar ayat itu.
'Dia ni sedar ke tidak?'
Keningnya dijungkit pelik.
"Biar betul Dahlia nak makan semua?"
Laju saja perempuan itu mengangguk.
"Abang. Nah!"
Ikram Benjamin memandang huluran itu.
Gula-gula kapas ditayangkan didepan mukanya.
"Kenapa tak habiskan?"
Ikram Benjamin menyoal kembali.
Perempuan itu menggeleng sambil terus-terusan menyua gula-gula kapas itu.
Dalam keadaan terpaksa Ikram Benjamin menerima huluran tersebut.
"Ohh, jadi abanglah yang kena habiskan ni?"
Keningnya dinaikkan.
"Dahlia nak makan yang itu,yang itu, yang itu...semua sedap!"
Mulutnya memuncung ke arah makanan yang dimaksudkan. Dia meninggalkan Ikram Benjamin dengan gula-gula kapas ditangannya.
Ikram Benjamin menggeleng sedikit.
Tanpa membuang masa, dia menemani Dahlia mengambil makanan dimeja yang telah disediakan.
Sambil menunggu Anggun Dahlia mengambil makanan, sempat juga dia menghabiskan gula-gula kapas itu. Walaupun dalam keadaan terpaksa kerana ramai mata yang memandang ke arahnya sambil tersenyum.
Tiba saja dimeja, Anggun Dahlia dibantu seorang pelayan yang sedang membawa empat biji pinggan ditangannya.
Manakala, ditangan Anggun Dahlia pula terdapat tiga biji pinggan yang tersedia dengan pelbagai jenis pastri, biskut, kek dan pizza.
Membulat mata Ikram Benjamin melihat makanan tersebut. Dia memandang semua makanan yang terhidang. Kemudian dia memandang semula pada Anggun Dahlia.
"Banyaknya!"
Hanya itu yang mampu diungkap.
Dihadapannya tersedia Herby Cheese Bread, Samoa Cookie Bar, Bursting Blueberry Tart, Chocolate Buttercream Cake, Lemon Scones, Cinnamon Roses dan Passover Cream Puff.
"Lapar sangat ke sayang abang?"
Dia tersengih.
Anggun Dahlia menyuap mulutnya dengan satu-persatu makanan didepannya.
"Lapar."
Jawapan itu membuatkan Ikram Benjamin melepaskan tawanya.
"Ok. Sayang makanlah. Abang tunggu."
Dia menyimpul senyum.
"Abang, nah! Aaaa."
Anggun Dahlia menyua sudu ke mulut Ikram Benjamin. Mulutnya juga dingangakan membuat isyarat supaya Ikram Benjamin menerima suapannya.
"No, no! Sayang makanlah."
Dia menolak lembut tangan perempuan itu.
Share this novel