28

Romance Completed 63993

Matanya masih lagi terpejam rapat.

Kehangatan nafas lelaki itu masih lagi dirasai pada pipi lembutnya.

Haruman pada badan lelaki itu semakin kuat menerjah hidungnya.

"Sayang tahu tak, abang dah penat dengan sayang? Setiap hari abang tunjuk perasaan abang pada sayang. Tapi...tapi sayang tak pernah peduli."

Ikram Benjamin memandang bibir dihadapannya.

Cantik.

Ibu jarinya menyentuh permukaan bibir itu.

Dia leka dengan dunianya sendiri.

"Ben..err... aa..aku...aku minta maaf. Aku nak naik atas."

Dia memaksa dirinya untuk bangun.

Tangan lelaki itu yang sedang ralit menari dibibirnya ditepis kasar.

Dengan sekuat tenaganya dia menolak Ikram Benjamin sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Dia bergegas untuk keluar dari ruang pejabatnya.

Meninggalkan lelaki itu dibelakang.

Tangannya bergetar sambil memulas tombol pintu.

Hidungnya menangkap bau haruman Hugo Boss.

Dia tahu lelaki gila itu pasti berada dibelakangnya.

Pintu terbuka.

Tetapi tangannya direntap dari arah belakang. Menyebabkan dia masuk semula ke ruang pejabatnya.

Bam!

Pintu terhempas kuat.

Ikram Benjamin mengunci tombol pintu.

Ketika itu, air matanya merembes keluar dari tubir mata.

Dia tidak suka lelaki seperti itu.

Dia tidak suka lelaki yang melayan perempuan dengan kasar dan ganas.

"Sayang nak ke mana ni?"

Tubuh perempuan itu dihampirinya.

Dia menarik senyum sinis.

Dia suka melihat reaksi Anggun Dahlia yang selama ini tidak tahu menghormati perasaan orang lain tetapi malam itu semuanya berubah.

Anggun Dahlia meminta maaf kepadanya! Hebat bukan?

Dia tergelak kecil.

"Kau dah gila ke? Kau pergi balik!"

Jerkahnya.

Tetapi Ikram Benjamin semakin gelak dengan tawanya.

Kelakar mungkin melihat kelakuan perempuan itu.

Siapa yang gila sebenarnya? Dia atau perempuan itu?

Memekik tidak tentu pasal.

"Syyy. Diam sayang. Kenapa jerit-jerit ni?"

Rambutnya diraup ke belakang.

Tubuh perempuan itu dirangkulnya kasar.

"Syyy.. hey. Jangan nangis,ok? Aku cuma usik kau aje."

Nada suaranya kembali lembut.

Sehingga mampu menggetarkan jiwa perempuan Anggun Dahlia.

Dia diam dalam rangkulan lelaki itu.

Lembik rasa badannya.

Mahu saja ditumbuk lelaki itu.

Kurang ajar punya lelaki!

"Abang cuma nak tegur sayang. Lain kali jangan hampakan perasaan orang. Lagi-lagi orang tu adalah abang. Abang sedih. Abang terasa bila sayang tak endahkan perasaan abang."

Suara lembut itu membuat Anggun Dahlia mendongak memandang mukanya.

Rangkulan tadi dilepaskan.

Kini mereka memandang antara satu sama lain.

Memaksa hati untuk memahami dan berbicara sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience