50

Romance Completed 63993

Dia memberhentikan langkahnya. Seketika itu, nafasnya ditarik dalam. Setelah itu, dia memberi salam.

"Assalamualaikum, Dahlia." Salam diberi dengan penuh tertib. Gemersik suaranya menembusi rongga pendengaran Anggun Dahlia.

Ketika itu, kerja Anggun Dahlia terhenti. Dia rasakan ada seseorang sedang berdiri disisinya. Dengan perlahan, dia mendongak. Melihat gerangan yang memberi salam.

Waktu itu dirasakan detak jantung terhenti. Air liurnya ditelan ibarat menalan butir-butir pasir.
Ikram Benjamin masih tersenyum melihatnya.

"Wa... err...walaikumsalam." Lidahnya dirasakan kelu. Baru beberapa hari tidak bersua muka dengan lelaki itu, sudah gugup dirasakan. Anggun Dahlia membalas pandangan lembut Ikram Benjamin.

"Hai...cinta hati abang." Ikram Benjamin menundukkan sedikit badannya bagi menyamai paras Anggun Dahlia. Dia mencari anak mata perempuannya. Ketika itu,bibirnya mengukir senyuman.

Matanya dirasakan panas tiba-tiba. Dia rindukan perempuan dihadapannya sekarang. Dia mahu menatap muka itu sepuas-puasnya. Dia ingin perempuan itu tahu bahawa sepanjang mereka tidak bertemu, hatinya rindu...rindu akan perempuan itu. Perempuan yang bernama Anggun Dahlia. Ya, perempuan itu adalah perempuannya.

"Err... ha...hai. Hai...abang.". Ada getaran pada bibir Anggun Dahlia. Jantungnya dari tadi tidak mahu memberi kerjasama. Dia melarikan pandangan matanya daripada Ikram Benjamin. Dia tidak suka ditatap seperti itu. Dia malu.

"Sayang. Pandang mata abang. Bagi abang tengok sayang puas-puas. Sayang tahu tak, abang rindukan sayang." Gemersik suaranya ibarat berbisik ditelinga Anggun Dahlia.

Membuatkan kulit muka perempuan itu merona merah.

"A...abang...err abang buat apa dekat...sini?" Anggun Dahlia cuba melawan pandangan mata itu. Tiada siapa yang tahu dalam hatinya sudah kacau-bilau.

"Abang datang sini sebab abang rindu." Jawab Ikram Benjamin sambil tersenyum.

"Abang rindukan sayang abang yang ada depan mata sekarang ni." Dia mengerdipkan matanya sambil menyimpul senyum.

Matanya beralih fokus pada pipi Anggun Dahlia. Ada kesan tepung dipipi itu.

Dengan perlahan dia membersihkan habuk tepung itu dengan ibu jarinya.

"Macam mana boleh ada tepung dekat pipi ni, hmm sayang?" Dia merenung anak mata Anggun Dahlia. Setelah pasti pipi itu bersih, Ikram Benjamin memandang semula pada anak mata Anggun Dahlia. Bibirnya tersenyum. Begitu juga dengan matanya mengikut garisan senyum.

Anggun Dahlia terkejut dengan tindakan Ikram Benjamin.

"Err...Dahlia nak buat kek. Terasa nak makan, itu yang buat." Dia melarikan pandangannya. Tidak betah jika diperhatikan lama seperti itu. Mahu pitam rasanya.

Dia membasuh tangannya disinki.

"Sayang nak makan kek apa?" Soal Ikram Benjamin lembut.

"Kek coklat." Comel saja jawapan yang keluar dari mulut Anggun Dahlia membuatkan Ikram Benjamin tersenyum.

Dia memerhatikan bahan-bahan yang ada diatas meja. Semuanya cukup. Hanya perlu diadun saja.

"Ok. Sekarang, sayang duduk atas ni." Ikram Benjamin menepuk permukaan meja panjang yang berada dibelakangnya.

"Hah?" Anggun Dahlia kelihatan terpinga-pinga.
"Kenapa?" Dia bertanya kembali.

"Sayang duduk dulu atas meja tu." Kini arahan diberikan sedikit tegas berbanding tadi. Lalu, Anggun Dahlia akur dengan arahan itu. Dia menaikkan badannya pada meja itu.

"Good girl! Sayang duduk diam-diam. Biar abang buatkan kek coklat untuk sayang." Ikram Benjamin menarik sagaris senyuman.

"Hahh?? Abang...err..tahu ke nak buat kek?" soalnya dengan perasaan ragu-ragu. Anggun Dahlia memandang Ikram Benjamin meminta kepastian.

Ikram Benjamin berdiri rapat menghadap Anggun Dahlia. Mata perempuan itu direnung dalam.

"Kalau nasi lemak pandan abang boleh masak, takkanlah buat kek coklat untuk sayang tak boleh?" Soalan itu dibiarkan tergantung. Kemudian, dia mengenyitkan matanya buat Anggun Dahlia.

Terus saja Anngun Dahlia melarikan matanya ke arah lain.

Jantungnya masih lagi berdebar. Tetapi dalam diam dia menyimpul senyum apabila memandang belakang badan Ikram Benjamin.

Indahnya rasa bila dia dilamun cinta!

Sungguh, dia tidak mahu bangun dari mimpi itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience