60

Romance Completed 63993

Beberapa keping foto Anggun Dahlia tersimpan kemas diruang galerinya. Dia menarik senyum puas. Dia merapati perempuan itu yang masih lagi leka dengan kerjanya.

"Sedapnya sayang abang nyanyi." Ikram Benjamin menarik sengihan nakal.

"Tsk! Terkejutlah Dahlia! Abang nak apa? Pergi naik atas. Buat apa turun bawah? Nanti diorang nampak tak manis." Malas Anggun Dahlia mahu melayan kerenah lelaki itu. Sejak di Rome tempoh hari semakin menjadi-jadi pula perangai gatalnya. Kalau macam itu, terpaksalah dipercepatkan majlis perkahwinan mereka berdua. Bahaya ada dimana-mana.

"No! Abang nak duduk sini." Ikram Benjamin bersandar pada dinding dapur sambil memeluk tubuh. Dia memerhatikan Dahlia dari atas ke bawah. Keningnya terjungkit naik seperti memikirkan sesuatu. Bibirnya menarik sengih nakal.

"Nak buat apa duduk sini? Nak basuh pinggan?" Anggun Dahlia menjeling tajam. Ada saja mahu menyibuk disini.

"Buat apa nak basuh pinggan. Abang ada kerja yang lagi penting sekarang ni." Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia sambil tersengih.

"Kerja apa? Tolonglah Dahlia basuh kuali tu." Mulutnya memuncung ke arah kuali dan periuk kotor diatas dapur gas.

"Sekarang abang tengah buat kerjalah ni." Ikram Benjamin menyimpan senyum. Jiwa lelakinya tidak tenang melihat pemakaian Anggun Dahlia. Perempuan itu hanya mengenakan baju kurung kedah dan kain batik beserta tudung bawal. Entahlah, seperti ada sesuatu yang sedang berbisik nakal. Yang pasti, dia sukakan Anggun Dahlia versi itu. Air liurnya ditelan payah.

"Kerja apa? Malaslah Dahlia nak layan abang. Jawab main-main." Anggun Dahlia beralih ke arah dapur gas. Kuali dan periuk kotor diambil. Tangannya terus mencapai span dan sabun.

"Kerja...tengok sayang. Haha." Ketawanya terlepas juga. Dia tidak tahan melihat muka Anggun Dahlia yang sedang menyinga.

"Betullah! Sayang tahu tak abang rindu sayang? Sudahlah kena berpisah dengan buah hati abang ni. Cinta abang tak kesampaian tau malam tadi. Macam nak gila abang bercakap dengan dinding."
Dia mula merapati Anggun Dahlia.

"Padan muka! Kalau abang duduk sini, nanti abang kacau Dahlia." Dia menjeling sekilas lelaki itu.

"Tapi kan....abang nak cakap sikit boleh?" Dia merenung Anggun Dahlia tajam. Kemudian, sengihannya menyusul.

"Hmm...apa?" Jawab Anggun Dahlia acuh tak acuh.

"Lepas ni, sayang jangan pakai baju kurung kedah dengan kain batik lagi boleh tak?" Dia menelan air liur memandang Anggun Dahlia.

"Hah? Kenapa pula? Bukan Dahlia yang nak pakai. Mak Wan yang suruh pakai. Jadi, Dahlia pakailah. Nanti apa pula kata Mak Wan abang tu." Anggun Dahlia mengeringkan tangannya dengan tuala kecil.

"Sebab...abang..." Ikram Benjamin mengekori Anggun Dahlia. Perempuan itu sedang mengambil dua biji buah epal dan dua tangkai buah anggur untuk dijadikan pencuci mulut.

"Sebab apa?" Buah epal dan anggur dibasuh dengan air garam. Kemudian, Anggun Dahlia mengambil pisau kecil untuk memotong buah epal.

"Kan abang dah cakap tadi. Sayang...err..nampak seksi." Ikram Benjamin menarik sengih. Keningnya turut dinaikkan.

"Abang jangan nak buat perangai gila tau! Nampak pisau ni?" Terus saja pisau kecil itu diacu pada Ikram Benjamin. Lelaki itu berundur ke belakang.

"Syyy!!! Hahaha. Abang gurau, sayang. Tolonglah, letak pisau tu. Bahaya!" Dia masih lagi dengan gelaknya yang tidak habis.

"Haa! Jangan nak main-main ya. Nanti Dahlia report dekat Mak Wan baru tahu!" Geram hatinya. Buah epal tadi telah siap dipotong. Dia menyusun buah-buahan itu diatas pinggan.

"Tak..tak. Haha. Abang gurau sikit pun tak boleh. Ok, abang naik atas dulu ya. Buah ni biar abang yang bawa. Risau nanti pinggan buah ni melayang ke luar." Ikram Benjamin memecut naik tangga sambil membawa pinggan buah. Tawanya juga masih kedengaran. Suka sangat mengusik Anggun Dahlia.
------
"Assalamualaikum, ya ustaz!" Seorang lelaki menapak keluar dari keretanya. Dia tersengih sambil melambai tangannya pada Ikram Benjamin.

"Hah. Walaikumsalam. Ingat juga kau ya jalan balik ke Melaka. Aku ingat kau dah terperuk dekat Vietnam sampai lupa jalan balik ke rumah." Ikram Benjamin bersalaman dan berbalas pelukan sekejap dengan lelaki muda itu. Tidak terlalu muda. Hanya muda dua tahun daripadanya.

Dia adalah Irfan. Berumur 31 tahun. Sepupu kepada Ikram Benjamin. Sudah tiga tahun menetap di Vietnam sebagai seorang jurutera disebuah syarikat penerbangan.

"Eleh. Sekurang-kurangnya aku balik setiap tahun. Kau tu yang dua tahun sekali pun susah nak jumpa." Ujarnya geram. Irfan mengangkat bagasi dan diletakkan diberanda rumah Mak Wan.

"Weh, aku dengar kau bawa balik bakal bini. Mana dia? Tak nak kenalkan dekat aku? Aku minta cuti lama smata-mata nak meraikan pernikahan kau, tahu." Sambungnya lagi. Irfan meninjau ke dalam rumah. Kosong saja.

"Ah, kau tak payah nak mencari sangat! Awal-awal aku dah simpan dia. Macam aku tak kenal kau. Dasar buaya darat!" Ikram Benjamin tersengih sinis.

"Haha. Tak guna betul cakap aku buaya darat! Jomlah, naik. Aku penat." Irfan menarik bagasinya ke dalam.

Saat itu, langkahnya terhenti. Matanya terpaku pada satu pemandangan didepan matanya.
Air liurnya ditelan. Kemudian, dia menarik sengih. "Ya Allah. Bidadari apakah yang kau kirimkan untuk aku ni?" Dia meninggalkan bagasinya ditepi dinding. Terus berlari ke beranda mencari Ikram Benjamin.

"Weh,Ikram! Aku rasa aku nampak bidadari dalam rumah Mak Wan. Masyaa Allah, cantiknya!" Dia menggoyangkan bahu Ikram Benjamin. Tetapi lelaki itu hanya mengangguk. Dia ralit dengan tablet ditangannya.

"Ah, kau tak nak layan aku. Ada eloknya aku pergi cari bidadari tadi. Rugi aku kalau..." Belum sempat dia berlari ke dalam, bahunya terlebih dahulu ditarik Ikram Benjamin.

"Bidadari tu pakai tudung ke?" Keningnya diangkat meminta kepastian.

"Yalah. Dekat tangga dapur. Tengah pegang telefon. Kenapa?" Irfan menjawab dengan riak polos.

"Aku dah agak. Ah, kau pergi balik rumah kau sana! Mak Ngah cari kau tadi. Pergi sana! Syuhh syuhh!" Badan Irfan ditolak keluar rumah.

"Weh...tapi bida...." Belum habis dia menutur bicara, ayatnya terlebih dahulu dipotong Ikram Benjamin.

"TAK ADA! Kau pergi balik rumah kau sekarang. Malam nanti kita lepak lagi." Dia menolak Irfan terus ke rumah Mak Ngah. Tidaklah jauh jarak rumah Mak Wan dan Mak Ngah. Hanya sepuluh langkah saja.

"Hoi! Kau...tunggu malam nanti ya!" Irfan membaling seliparnya ke badan Ikram Benjamin. Terdengar gelak kuat Ikram Benjamin.

'Nasib baik aku sempat sorok kau, Anggun Dahlia.' Bibirnya menarik senyum senget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience