"Ben. Malam nanti kita naik ke Sabah. Kau book flight sekarang."
Arahan yang diberi cukup untuk difahami lelaki itu.
Begitulah dia. Dia seorang perempuan yang berhati keras dan tidak gemar memberi arahan berulang kali.
Prinsipnya mudah. Dia bekerja dengan manusia yang sudah matang. Pasti mereka boleh memahami arahan semudah itu.
"Kenapa malam ni? Tunggu esok tak boleh?"
Ikram Benjamin membuka aplikasi kalendar. meneliti jadual untuk hari esok.
Mana tahu, esok ada temu janji lain.
"No way! Esok pagi ada client nak jumpa aku."
Intonasinya meninggi.
Diari berkenaan perjalanan perniagaan hariannya dicampak ke dalam ruang luggage.
Kemudian, sepasang sut bewarna biru muda dilipat kasar seperti kain buruk layaknya.
"Client yang mana? Setahu aku kita tak ada client dari Sabah."
Dia memerhati gerak geri bosnya. Dokumen tentang kafe dimasukkan ke dalam luggage.
Serentak itu kepalanya digeleng melihat cara perempuan itu mengemas.
Lalu, sepasang sut biru muda tadi diambil dan dilipat semula dengan kemas. Sut diletakkan semula ke dalam luggage.
"Wait! Dokumen semua tu nak buat apa? Perlu ke nak bawa semua? Kita kan dah ada rekod dalam data. Rasanya lebih senang rujuk dalam data."
kedua belah keningnya terangkat. Perempuan suka menyusahkan diri. Ada cara paling senang, mahu juga memilih cara paling rumit. Memberatkan luggage saja.
"As I mentioned earlier. Kita dapat client baru untuk jadi partnership kafe di Sabah. Aku nak tahu details . Sebab itu aku ajak kau fly ke Sabah malam ni. Kau sendiri tahu, aku tak suka lepaskan rezeki macam tu saja. Peluang takkan datang dua kali."
Dia tersenyum puas. Bangga dengan kebolehan dirinya sebagai seorang perempuan.
Jika dibandingkan dengan perempuan diluar sana, mungkin sudah lingkup perniagaan jika tidak berani menyabut cabaran.
"Ok. Boleh! As you wish."
Dia mengangkat bahu. Malas mahu bertekak dengan perempuan bernama Anggun Dahlia.
"Jangan lupa booking chalet untuk dua bilik dan kereta sewa. Make sure chalet tu line telefon semua elok. Senanglah nanti kau nak bercinta dengan girlfriend kau."
Ops! Kenapa harus ayat itu yang terlontar dari mulut perempuannya?
Ayat yang berbaur cemburu jika diikut logik akal manusia.
"Ayat terakhir tu kenapa? Tiba-tiba sebut pasal girlfriend. Tak habis lagi cemburu?"
Dia menyimpul senyum. Matanya tidak lepas dari memandang Anggun Dahlia.
"Mana ada cemburu! Kau bukan suami aku. Jangan berangan!"
Luggage sudah siap dikemas.
Sekarang dia perlu menyelesaikan tugas untuk hari ini.
Dia tidak boleh terus-terusan mengharapkan Brasier.
Anak muda itu juga ada tugasnya sendiri.
"Orang kalau tak cemburu,tak adanya tiba-tiba membangkitkan isu."
Dia mara ke hadapan Anggun Dahlia. Kini jarak mereka hanya beza senafas.
Ikram Benjamin menatap anak mata Anggun Dahlia.
Mukanya sengaja dirapatkan. Sehingga deru nafas perempuan itu menyapa dipipi.
Hangat.
Anggun Dahlia kaku ditempatnya. Mahu saja dia menumbuk muka lelaki itu.
Dalam posisi begitu, dia cuba memejamkan mata. Mungkin itu cara yang paling selamat.
"Kenapa pejam mata? Tak nak tengok muka aku? Perempuan dekat luar sana ramai yang tergila-gilakan aku."
Dia cuba menyimpan senyum yang mahu terlakar.
"Tak nak. Kau gila!"
Ada getaran pada intonasi suaranya.
Tadi bukan main angkuh dan bongkak perangai perempuan itu.
Sekarang ini...
Ikram Benjamin menahan tawa. Sakit perutnya dari tadi.
"Ya. Aku gila. Aku cuma nak kau ambil tahu pasal aku. Bukan sekadar aku jadi butler kau."
Tepat suaranya disebelah telinga Anggun Dahlia.
Ah, mahu luntur imannya mendengar suara sebegitu rupa.
Dasar lelaki! Sengaja dia mahu menguji tahap keimanan perempuannya.
"Ben! Kau. . . kau jangan macam-macam."
Berdebar. Pelbagai perasaan dirasakan.
Tangannya digenggam. Mengalirkan kekuatan untuk diri sendiri.
"Macam-macam...yang macam mana? Hmm?"
Suara gemersik itu hampir saja membuat Anggun Dahlia rebah.
"Kau tak sukakan aku, Dahlia?"
Masih lagi dalam posisi yang sama. Dia gemar dengan usikan itu. Membuatkan perempuan yang selama ini keras kepala menjadi seorang yang penakut!
"Dahlia?"
Anggun Dahlia membuka matanya. Memandang tepat anak mata olive itu.
"Hm. . . Dahlia."
Lembut dia menuturkan nama itu.
"Ke... kenapa....Dahlia?"
Air liur ibarat pasir. Namun ditelan juga.
"Sebab aku nak, aku seorang saja yang panggil kau dengan nama tu. Dahlia."
Ikram Benjamin tersengih.
Ya. Dia suka dengan nama itu.
Dahlia.
Serta-merta darah menyerbu naik ke muka Anggun Dahlia.
"Jerk!"
Badan Ikram Benjamin ditolak kasar. Sungguh! Dia malu!
Terdengar gelak halus lelaki itu.
Sepertinya dia sedang dipermainkan!
Kurang ajar punya butler!
Share this novel