4

Romance Completed 63993

Mercedes Amg Gt63s dengan megahnya membelah lebuh raya menuju ke Johor Bahru.

Dari Melaka ke Johor Bahru hanya memakan masa tiga jam sahaja. Bergantung kepada tahap kelajuan Ikram Benjamin memecut kereta tersebut.

Skrin radio ditekan. Ketika itu, radio sedang memutarkan lagu dari Taylor Swift; Lover.

Mereka ditemani dengan lagu itu.

Jika dihayati, lirik lagu itu sangat romantik. Mungkin boleh tersenyum seorang diri.

Ikram Benjamin mengetuk jari telunjuk distereng.

Kepalanya turut diangguk mengikut melodi indah itu.

Seketika, dia menoleh ke arah Anggun Dahlia.

Tetapi perempuan itu sedang sibuk dengan tablet ditangan. Membalas e-mel.

Lagu itu tiba dibahagian korus.

We could light a bunch of candles
And dance around the kitchen, baby
Pictures of when we were young would hang on the wall
We would sit on the stoop
I'll sing love songs to you when we're eighty
See, I finally got you now, honey, I won't let you fall

Gemersik suara itu singgah ditelinga Anggun Dahlia. Perlahan tetapi jelas dipendengarannya.

Anggun Dahlia menoleh ke sisi.

Lelaki itu masih serius. Walaupun lagu itu yang keluar dari mulutnya.

"Itu untuk kau."

Matanya fokus pada jalan raya.

"Apa?"

Anggun Dahlia membalas pandangan kejap lelaki itu.

"Lagu."

Sekali lagi dia memandang Ikram Benjamin.

Bagai meminta kepastian dari ayat sepatah itu tadi.

"Mabuk eh?"

Dia cuba mengawal rasa itu. Takut dia dicop sebagai P.E.R.A.S.A.N.

Tetapi siapa yang mahu berbuat begitu?

Ikram Benjamin?

Mana mungkin.

"Mungkin. Aku mabuk...dengan kau."

Perlahan dia menjawab.

'Mabuk dengan kau??'

Ayat itu jelas dipendengaran Anggun Dahlia. Mana mungkin dia pekak.

"Emm."

Dia membuang pandang keluar tingkap.

Tiba-tiba kekok pula.

Ah, suka sangat berdrama dimalam hari kan?

Signal ke kiri diberikan. Kereta itu membelok ke Perhentian Rawat dan Rehat. Jam tangan menunjukkan angka 4.45 petang. Telah masuk waktu Asar.

(Macam iklan dalam tv. Hehe.)

"Bos,kau nak turun sekali tak? Dah masuk Asar. Aku nak solat." Enjin kereta dimatikan.

(Lelaki yang baik adalah lelaki yg mengutamakan solatnya. Ewah!)

Jam tangan dibuka. Diletakkan didalam drawer dashboard. Dia memandang ke arah Anggun Dahlia.

"Emm... tak."

Ringkas jawapannya.

"Ok. Kunci pintu. Aku blah dulu."

"Alright!"

Pintu dikunci.

Earphone dilepaskan dari telinga. Sengal lehernya semakin terasa. Sengal dipinggang juga tak mahu kalah sakitnya.

"Tsk! Buat hal!"

Tangannya mengurut perlahan bahagian belakang pinggang.

Kemudian, kepala disandarkan pada seat. Mata dipejam. Rimas!

Ah! Tak boleh jadi!

Enjin kereta dihidupkan. Aircond dibuka. Membiarkan angin dingin dari penghawa itu menyapa kulit.

Tanpa sedar, dia terlelap.

(Setakat ini macam mana? Semoga kemanisan Abang Ben menjadi mimpi indah untuk awak.)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience