31

Romance Completed 63993

(Manaory.Co-8.30 pagi)

"Morning,boss!"

Sapa seorang pekerja lelaki sebagai penyambut tetamu.

"Morning!"

Dia menundukkan sedikit kepada pekerja.

"Hye, handsome!"

Dari jauh kedengaran suara nyaring Louis.

Tangannya melambai-lambai persis seorang pragawati yang sedang berada dipentas peragaan.

Melihat gayanya berjalan saja membuatkan Ikram Benjamin naik rimas.

Keningnya dinaikkan.

"Lepas ni tolong berjalan mengikut etika seorang lelaki. Jangan nak meliuk-lentok sangat macam pokok ditiup angin."

Serta-merta badan Louis berdiri tegak seperti tiang lampu.

"Baik, tuan!"

Tangannya ditabik tinggi.

"Oh by the way, lewat bos sampai hari ini? Breakfast untuk I tak ada?"

Baru saja ditegur, kini perangai sotongnya datang kembali.

Ikram Benjamin menjulingkan matanya. Malas mahu dilayan.

"Sepatutnya kau yang belikan makanan untuk aku."

Hujung jari menekan butang lif. Butang nombor 3 ditekan.

Ting!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience