(Melaka-1.30 pagi)
Matanya tidak dapat tidur. Fikirannya masih terbayang akan gambar siang tadi.
Dia bangun dari baringnya.
Ting!
Pesanan WhatsApp dari Ikram Benjamin dibuka.
Geram hatinya ketika itu.
Laju jarinya menaip satu-persatu aksara diskrin.
'Tapi abang cakap, abang suka Dahlia. Sekarang ni lain pula. Kalau macam tu, jangan mainkan perasaan Dahlia dari awal! Dahlia tak suka!- Anggun Dahlia.
Telefonnya dihempas ke tilam. Dia pun tidak tahu cepat sangat hatinya memarahi lelaki itu.
Sedangkan, dia sendiri masih ragu-ragu dengan hatinya.
Sampai hati Ikram Benjamin mempermainkan dirinya.
Dia merebahkan semula badannya ke tilam. Mukanya ditekup dengan bantal kecil.
"Arghhhhh! Bencinyaaa!"
Dia menjerit didalam bantal itu.
"Huhh!"
Mukanya diangkat semula.
Bantal kecil itu ditumbuk geram.
-------------
(Brussels, Belgium-7.55 malam)
Ikram Benjamin ketawa terbahak-bahak. Dia memegang perutnya yang sakit akibat terlalu banyak ketawa.
"Itulah. Lain kali jangan jual mahal dengan abang."
Dia tersenyum bahagia.
Memang dia tersenyum bahagia. Tetapi hakikatnya yang berada di Melaka itu sedang berduka cita.
Malas dia mahu melayan WhatsApp seterusnya dari perempuan itu.
Pesanan tersebut dibiarkan tidak berbalas. Tunggulah nanti bila hatinya sudah betul-betul aman, baru pesanan itu dibalas kembali.
Dia memandang langit yang bertaburan bintang.
Kemudian, telefon bimbitnya dihalakan ke arah langit.
Klik!
Sekeping gambar langit tersimpan dalam ruang galerinya.
Aplikasi Instagram dibuka. Dia memuat naik gambar tadi ke akaunnya.
Jarinya menaip sesuatu pada ruangan kosong dibawah gambar.
'Bahagia.'
Cukup satu perkataan itu. Dia menyimpul senyum.
Gambar itu sudah selamat dimuat naik ke dalam akaunnya.
Telefon bimbit diletakkan diatas meja.
Dia merebahkan badannya dikatil.
Ting!
Baru saja dia berbaring, telefonnya berbunyi.
Dengan malas dia bangun dan mencapai telefonnya.
Notifikasi dari Instagram.
Keningnya terjungkit.
Ada satu komen pada gambarnya.
@ADahlia: T.A.H.N.I.A.H !!!
"Tahniah??"
Otaknya mula mencerna pemilik akaun itu. Tiada gambar pada profil tersebut.
"ADahlia? Anggun? Anggun Dahlia??"
Suaranya sedikit meninggi.
Kemudian seluruh biliknya dipenuhi dengan gelak tawanya sendiri.
Perempuan oh perempuan!
Mudah sangat termakan dek emosi.
Share this novel