16

Romance Completed 63993

Kakinya menari diatas pasir kristal. Dia suka suasana pantai pada waktu malam. Dingin. Bulan purnama juga indah dikaki langit.

Dia memegang dada. Entah mengapa sejak siang tadi dadanya berdebar. Tidak tenang seperti selalu. Tangan juga dingin membeku.

"Cantiknya! Rugi daripada dulu tak jejak kaki ke sini. Mak,abah. Kakak dah sampai sini. Cantik sangat tempat ni. Tapi...awal sangat mak dengan abah pergi. Kakak rindu."

Ombak menjadi saksi jatuhnya butir mutiara itu ke pipi mulusnya. Dia duduk memeluk lutut. Kakinya dibiarkan basah terkena air pantai.

IPhone berdering.

Tertera nama 'My Butler'. Malas mahu dilayan. Semakin gila jiwanya. Sama gila dengan lelaki itu.

Ting!

Satu pesanan Whatsaap diterima.

Dahlia. Where are you? I knocked the door, but you didn't answer. Is everything alright? And why you didn't pick up all my calls? – My Butler

Ben. Don't worry. I'm doing okey. Just go to sleep. See you tomorrow. Night. – Anggun Dahlia

No! You are sound doesn't okey at all! Where are you? I will go to you. – My Butler

Whatsapp itu tidak dibalas. Dibiarkan saja begitu.

'Betul ke dia ada hati pada aku? Sudahlah, geli pula aku bila memikirkan soal jiwa.'

Perbualannya siang tadi bersama Brasier terlayar difikiran.

'Kalau tak macam mana? Aku main dengan hati sendiri ke? Hoi, berhentilah berangan!'

Mukanya ditekup dengan telapak tangan. Kakinya menyerakkan butir-butir pasir.

"Ah! Lantaklah! Apa nak jadi lepas ni, jadilah!"

Baru saja dia mengangkat punggung, ada satu figura yang sangat dikenalinya. Nasib baik ada lampu-lampu perhiasan disekeliling pantai.

"Crap! Dia buat apa dekat sini?! Mana. . . mana aku nak lari ni? Aishh!"

Matanya melingas memandang sekeliling. Dia cuba bersembunyi dibelakang pokok kelapa. Tersorok sedikit dari cahaya lampu.

Dia masih lagi bersembunyi dibalik pokok kelapa. Mencari jalan untuk keluar dari persembunyiannya.

Ting!

Satu pesanan dari Whatsapp diterima.

Dahlia. Aku terlupa nak bagi tahu kau. Esok lepas jumpa client, aku tak ikut kau balik Melaka. - My Butler

Kau nak ke mana? - Anggun Dahlia

France.- My Butler

Jauhnya? Berapa hari? – Anggun Dahlia

Three weeks,maybe. Kalau urusan aku selesai awal, aku baliklah. – My Butler

Habis tu kerja-kerja kau siapa yang nak buat dekat sini? – Anggun Dahlia

Brasier ada. He is a well-known person. Don't worry. – My Butler

Ok. – Anggun Dahlia

Jangan rindukan aku, Dahlia. – My Butler

Anggun Dahlia menahan senyum.

Tetapi tanpa dia sedari, ada satu figura berada dibelakangnya.

"Ehem!"

Terhinjut bahunya oleh sapaan itu. Dia berundur setapak.

"K...kau! Buat apa dekat. . . sini?"

Air liur bagaikan tersekat ditekak. Payah mahu mengeluarkan suara.

Kaku tubuhnya.

Ikram Benjamin tidak seperti selalu. Tiada riak yang menghiasi mukanya. Tiada senyuman. Tidak ceria. Sebaliknya, riak tegang.

"Buat apa dekat bawah pokok kelapa ni? Tengah kait buah kelapa ke? Tak takut nanti kepala tu kena timpa dengan buah kelapa? Jom, ikut abang."

Ikram Benjamin menyimpan senyum. Ini kali kedua dia melihat muka perempuan itu terkejut.

'Abang?! Sah, dah nak mati agaknya orang tua ni!'

Sungguh. Lelaki itu sudah gila. Sejak bila dia menjadi abangnya? Pandai-pandai saja menaik taraf hubungan mereka.

'Hubungan apa?! Hubungan diplomatik antara dua negara? Seperti Arab Saudi dan Malaysia? Begitu? Ah, aku pun ikut gila sama!'

"Tak nak!"

Dia melarikan pandangan mata daripada terus menjadi bahan renungan lelaki dihadapannya itu.

"Come. Esok abang dah tak ada dekat sini. Kita habiskan masa berdua malam ni. Kita berborak macam orang lain. Macam pasangan yang ada dipondok kedai tu. Banyak benda kita boleh bercerita sebelum abang berangkat ke negara orang. Boleh?"

Begitu lembut intonasi suaranya.

Dia merapati Anggun Dahlia.

Ada debaran dihatinya. Ada satu rasa sedang menyelinap masuk ke dalam ruang hatinya.

Ikram Benjamin membuka langkah. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Rambutnya ditiup angin. Dia menyelak rambut yang terjatuh didahi.

Jika dimata perempuan lain, gaya seperti itu mungkin boleh mencairkan hati perempuan.

Tetapi tidak untuk perempuan berhati keras dibelakangnya.

Haruman Hugo Boss menusuk ke dalam rongga hidung Anggun Dahlia.

Nanti...pasti dia merindui haruman lelaki itu.

Oops!

"Ada apa ke France?"

Perempuan itu memulakan bicara.

"Ada urusan kerja."

Intonasi lelaki itu masih tegang seperti tadi.

Entah angin apa yang membadai jiwanya.

"Kau nak ikut aku?"

Dia memberhentikan langkahnya.

Begitu juga Anggun Dahlia.

'Hmm, tadi bahasakan diri dia abang. Sekarang ni aku kau pula? Kan aku dah cakap, nak mati agaknya dia ni.'

Kini mereka berdua saling bertatapan.

Anggun Dahlia diam.

"Dahlia. Aku tanya ni. Kau tak nak ikut aku ke France?"

Dia meneliti riak polos Anggun Dahlia.

Bekalan untuknya nanti ditanah asing. Pastinya dia akan merindui perempuannya.

Ya. Rasa itu dia pendamkan saja. Belum tiba masanya lagi.

Biarlah perempuan itu mencapai cita-citanya dahulu.

"Tak. Aku tak nak ikut. Aku bukan kucing kau yang boleh menyorok dalam luggage kau. Lagipun, kerja aku dekat sini siapa yang nak uruskan? Kau pergilah."

Jawabnya acuh tak acuh.

Dia terus memandang pantai.

"Tapi aku pergi lama. Aku tak tahu bila kerja aku boleh selesai. Aku risau tak ada siapa yang jaga kau bila aku pergi jauh nanti."

Pandangan mata lembut itu jatuh pada bunganya.

Ya. Bunga Dahlia.

Bukan bunga mawar. Bukan bunga matahari. Bukan juga bunga tahi ayam.

Tetapi dia sekuntum bunga yang berjaya mencuri perhatiannya selama ini.

"Kalau boleh, aku nak kau ikut aku. Aku nak kau ada dengan aku. Aku tak nak kau berjauhan dari aku."

Dia berbicara sendiri kerana perempuan disebelahnya sedang mengelamun.

"Sebab...aku sayang kau, Dahlia."

Ayat itu terungkap perlahan. Hanya angin yang menjadi saksi.

Dasar lelaki pengecut!

Biar...biar masa yang menjadi penentu. Ada jodoh, adalah. Tidak perlu dirisaukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience