22

Romance Completed 63993

Brasier menarik sengih.

"Sebab apa aku nak marah kau pula, Brasier?"

Matanya dijulingkan ke atas.

"Yalah! Sebab aku tak jaga wife kau dekat sini."

Brasier menayang evil smirk.

"Wife?"

"Hmm. Habis tu, kau tak nak dia jadi wife kau satu hari nanti, Ikram Benjamin? Oh god! Sejak bila kau jadi slow macam Slope ni? Hahaha"

"Slope?! Shit! Damn, you!"

"Cepat sikit balik sini. Boleh tengok dia macam selalu."

Brasier tersenyum. Teringat bagaimana sahabatnya itu pernah menyangkal dakwaannya.

Kononnya dia sedikit pun tidak mempunyai perasaan pada Anggun Dahlia. Nah,bila dalam situasi macam sekarang, siapa yang terlebih kalut?

Kepalanya digeleng. Ketawanya terlepas.

"Kenapa ketawa?"

"Saja. Aku teringatkan kau."

"Oh-ho! Kau rindu aku?"

"Naaa. . . . bukan aku! Tapi Anggun Dahlia."

Ikram Benjamin disana seperti mahu melompat ke angkasa. Hati berbunga bahagia.

"Tengoklah kalau kerja aku dapat habis awal, aku cabutlah. Ok. Aku chow dulu."

"Emm."

Tamat saja panggilan, dia menyambung semula aktivitinya tadi.

"Haih! Orang lain punya hal, aku yang kena? Orang lain tengah bahagia, aku yang merana?"

Senyum ditarik menampakkan barisan giginya. Dia memandang barang-barang didepannya. Kepalanya digaru.

"Dahlia rindukan abang?"

Mukanyanya ditekup dengan tangan. Dia tersenyum.

'Ah! Indahnya perasaan bila dirindui.'

Angau!

Dokumen yang berselerak diatas katil segera dicapai.

Pakaian yang tergantung kemas didalam almari dimasukkan ke dalam luggage.

Jika ditanya berkenaan hati, dia berani jawab hatinya sedang berlari. Berlari mengejar cinta yang tertinggal ditanah Hang Tuah.

Untung saja, kerjanya sudah selesai petang kelmarin.

Ikutkan niat dihati, dia mahu membawa rajuknya menetap beberapa hari dibumi Perancis. Tetapi apabila dikhabarkan tentang cinta hati, mana dia boleh tahan!

Melaka – keesokan hari- 10 pagi

Usai menyimpan luggage dibilik rehat, dia membawa kaki menuruni tangga dibahagian kafe. Matanya menjamu beberapa pelanggan yang sedang menikmati hidangan.

Sesekali dia menyapa dengan senyuman apabila bertemu mata dengan mereka.

Dia menuju ke ruang pejabat Anggun Dahlia.

Pintu pejabat diketuk. Tapi tiada sahutan.

Tangannya memulas tombol pintu.

Ternyata dimeja juga kosong. Matanya meliar memandang ruangan mewah pejabat itu. Disatu sudut, matanya tertancap sosok tubuh yang sedang berbaring.

Disisinya juga terdapat beg plastik yang mengandungi ubat demam dan batuk.

Ikram Benjamin melutut. Mahu ditatap sepuas-puasnya raut bersih itu. Dia rindukan perempuan dihadapannya.

"Assalamualaikum."

Sepi.

"Dahlia."

Masih sepi.

"Sayang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience