25

Romance Completed 63993

Ting! Ting!

Jam dinding klasik berdenting ke angka 7. Suasana dikafe itu masih sunyi.

Kabus turut menutupi separuh pemandangan diluar.

Tik! Tik! Tik!

Embun dingin jatuh menitik pada setiap helain daun-daun hijau.

Dari kelam pagi, ada cahaya lampu dari sebuah superbike hitam memecah kesunyian pagi.

Dia membelok ke kawasan rezab.

Pemiliknya turun dari superbike itu. Dia melangkah menuju ke pintu utama kafe Anggun Dahlia.

Ya. Kafe itu dinamakan Anggun Dahlia sempena nama pengasasnya yang cantik tetapi garang.

Tap!

Pintu kaca itu tertutup.

Suis lampu dipetik. Ruang mewah kafe itu disimbahi dengan cahaya lampu bewarna oren.

Kakinya melangkah ke dapur. Dia berhenti melangkah. Suis lampu dapur dipetik. Seluruh isi dapur juga diterangi dengan cahaya dari lampu pendaflour.

Dia menuju ke peti ais. Bahan-bahan yang diperlukan diambil dan diletakkan diatas meja.

Kemudian, dia menuju ke sinki. Pili paip dibuka. Air mencurah ditangannya. Dia mencuci tangan menggunakan sabun.

Mesin pengisar diambil. Dia memasukkan kelapa parut dan secawan air panas ke dalam acuan.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dia mula memasak. Segaris senyuman menemani moodnya pagi itu.

-----------

Anggun Dahlia menuruni anak-anak tangga dengan berhati-hati. Sepertinya ada seseorang yang telah tiba dikafe.

Awal lagi. Siapa agaknya dia?

Dia membawa kaki menuju ke dapur.

Matanya tertumpu pada satu figura lelaki yang sedang membelakanginya.

Sekali pandang saja dia sudah dapat meneka pemilik tubuh itu.

Dia berdiri disebalik dinding. Keningnya terangkat .

"Buang tebiat ke apa awal pagi dah masuk kerja?"

Dia meninggalkan lelaki itu didapur.

Baru saja dia mahu mengangkat kaki, ada suara memanggilnya.

"Dahlia."

Dia memusingkan badannya memandang lelaki itu.

"Kenapa pandang abang dari jauh?"

Ikram Benjamin menghampirinya.

"Saja. Tak nak kacau kau. Kenapa datang awal pagi ni? Mimpi ke?"

Matanya tertancap pada pinggang lelaki itu. Apron. Lelaki itu memakai apron.

"Ya. Abang mimpikan Dahlia. Sebab itu awal pagi abang dah terpacak dekat sini."

Lelaki itu kembali dengan kerja asalnya.

Anggun Dahlia hanya memerhati.

Hidungnya menangkap bau. Bau nasi lemak pandan!

Serta-merta perutnya berbunyi.

Kriukkk!

"Nasi lemak dah siap. Jom sarapan."

Ajak lelaki itu.

Dia mencedok sambal udang ke dalam pinggan. Kemudian nasi lemak pula diletak ke dalam mangkuk kaca.

"Come."

Sungguh lembut ajakannya. Dia membawa hidangan itu ke ruang kafe depan.

Anggun Dahlia mengekorinya dari belakang.

"Err..tak apa. Kau sarapanlah dulu."

Lelaki itu menarik sebuah kerusi. Sambil memberi arahan dari matanya meminta agar Anggun Dahlia duduk disitu.

"No excuse. Come."

Anggun Dahlia akur lalu duduk dikerusi itu.

Ikram Benjamin pula duduk bertentangannya.

Aura lelaki itu lain macam.

Adakah lelaki itu semakin tampan dimatanya?

Ataupun hatinya telah terpaut pada jejaka itu?

Parah, parah!

Dengan lafaz doa makan, suapan pertama berjaya masuk ke dalam mulutnya.

Kunyahannya terhenti.

"Sedap."

Perlahan namun cepat didengari Ikram Benjamin.

Lelaki itu tersenyum sambil meneruskan suapannya.

"Kenapa kau senyum?"

Anggun Dahlia menyoal pelik. Gila agaknya senyum tiba-tiba.

Pastinya perempuan itu tidak menyedari bahawa ayat pujiannya tadi didengari Ikram Benjamin.

"Tak ada apa."

Matanya merenung Anggun Dahlia.

"Awal kau bersiap hari ni, bos?"

Dia harus berkelakuan formal semula. Letih juga jika orang terlalu jual mahal. Membuang masa saja.

"Hmm...banyak kerja nak buat."

Lelaki itu mengangguk kecil.

"Bos. Hari ini jangan lupa, partnership dari Sabah , Mike akan turun ke Melaka. Dia nak ke sini."

Ajunya sambil meneruskan suapan nasi lemak pandan.

"So. . . .?"

Perempuan itu mencicip air teh o panas.

Ikram Benjamin hanya memandang Anggun Dahlia dengan dahi berkerut.

"So,kau ada janji dengan dia atau tak nak jumpa pukul berapa?"

Perempuan itu bangun menuju ke dapur. Membawa pinggan dan cawan untuk dibasuh.

"Hmm.. . ."

Itu sahaja yang dibalas oleh Anggun Dahlia. Ikram Benjamin melepaskan keluhan berat.

"Hmm??"

Dia mengajuk perbuatan perempuan itu.

Langkahnya turut diatur ke dapur.

"Habis tu, pukul berapa nak jumpa dia?"

Dia merenung tajam ke arah Anggun Dahlia.

Jam tangan dipandang langsung. 9.30 pagi

'Nak kena dia ni!'

Ikram Benjamain tarik senyum senget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience