Ikram Benjamin melangkah masuk ke ruang kafe. Sesekali bibirnya menyapa dengan senyuman apabila bertembung mata dengan para pelanggan yang sedang menjamu selera. Dia meliar pandangan ke seluruh ruang kafe itu, tetapi bayang majikannya tidak kelihatan.
Kemudian, dia membawa kakinya menuju ke ruang pejabat Anggun Dahlia. Pintu kayu diketuk perlahan.
Tok! Tok! Tok!
Senyap. Tiada jawapan dari dalam.
Pintu kayu itu ditolak perlahan. Matanya menangkap pada sekujur tubuh yang tersandar lesu dikerusi kerjanya.
Pintu ditutup perlahan. Tidak mahu menganggu lena perempuan itu. Dia melangkah ke arah Anggun Dahlia.
"Bos." Dia mengetuk perlahan meja kerjanya.
Tok, tok!
Ada sedikti pergerakan kecil dari Anggun Dahlia. Matanya terbuka sedikit.
"Ben. Em...ada apa?" Badannya disandar tegak pada penyandar kerusi.
"Tak ada apa. Aku sebenarnya nak tanya, tadi dari luar aku dengar bising-bising. Kenapa? Budak-budak buat perangai lagi?" Keningnya terjungkit naik.
Anggun Dahlia memandang Ikram Benjamin sekilas. 'Macam manalah boleh wujud lelaki kacak sempurna macam dia? Baik, budiman. emm..emm... bertuahnya perempuan yang bersuamikan dia nanti.' Dia mengerdipkan matanya berkali-kali menghilangkan lamnunannya.
"Budak-budak okey. Saja bagi nasihat sikit." Sakit kepalanya turun ke tengkuk. Kepalanya digeleng beberapa kali.
Sementara itu, Ikram Benjamin menarik kerusi. Dia duduk bertentangan Anggun Dahlia. Dia mencapai tablet yang terletak diatas meja. Rutin hariannya selain menjadi butler kepada Anggun Dahlia. Dia juga ditugaskan untuk menguruskan aliran keluar masuk tunai kafe itu. Ya. Orang kepercayaan Anggun Dahlia.
Matanya fokus memandang ke ruangan debit dan kredit.
"Bos,bulan lepas punya sales kurang memuaskan. Jadi untuk bulan ni kena ubah sikit strategi. Aku takut nanti kau tak boleh catch up dengan gaji budak-budak." Matanya masih lagi menjamu skrin kaca itu.
"Tak apa. Aku dah suruh Brasier uruskan target sales bulan ni. Kalau sampai down,aku potong budak tu buat sup daging." Jarinya laju membalas e-mel dari pekerjanya di cawangan Johor Bahru.
"Habis itu siapa yang nak makan sup tu nanti?" Ikram Benjamin memandang majikannya sambil mencebik.
"Kau makan!" Dia tersengih tanpa rasa bersalah.
"Dalam Islam haram bagi kita makan daging saudara sendiri."
"Ya...ya. Aku tahu. Nak bergurau pun tak boleh." Dia mencebik.
Ikram Benjamin memandang sekilas jam ditangan. Hampir jam 2.30 petang. Namun, solat Zohor masih belum dilaksanakan.
"Bos, aku pergi solat kejap." Dia bangun dari duduknya.
"Jangan lupa petang nanti jam 4 kita kena gerak ke Johor Bahru." Sambungnya lagi.
Arahan yang cepat ditangkap oleh Ikram Benjamin. Sekejap saja hilang dari pandangan mata Anggun.
"Bos,aku tidur kejap!" Laungnya dari luar.
Anggun Dahlia hanya memberi isyarat tiga jari.
Share this novel