59

Romance Completed 63993

"Assalamualaikum, Wan! Ooo, assalamualaikum! Ke mana pula orang tua ni?" Sepasang suami isteri separuh umur mendaki tangga batu rumah Mak Wan. Ditangan mereka penuh beg plastik. Hasil berbelanja pagi tadi dipasar pagi.

"Walaikumsalam. Ada ni. Masuk ajelah. Wan dekat dapur ni!" Jawab Mak Wan dengan suara nyaring.

"Tidur si bujang ni? Ish, Ikram. Bangun. Kamu tak tolong Wan ke dekat dapur tu?" Pak Ngah menggoyangkan kaki Ikram Benjamin perlahan.

"Emm..." Ikram Benjamin membuka sedikit matanya yang kelat. Malam tadi dia terpaksa tidur hanya dua jam saja. Dia perlu menyiapkan dokumen untuk di emel pada Louis. Dokumen itu perlu disahkan oleh ahli mesyuarat yang lain bagi mengadakan pameran kereta hujung bulan ini. Jadi, terpaksalah dia bersengkang mata bersama Louis dalam perbualan video mereka malam tadi. Nasib baik sempat diselesaikan. Dia tidak mahu cutinya terganggu. Kacau saja orang mahu berkahwin!

"Hmm...Pak Ngah. Sudah. Itu yang Ikram naik ke atas. Lelapkan mata sekejap. Malam tadi Ikram kena siapkan kerja. Kalau tidak, tak boleh cuti kahwin nanti." Dia tersengih malu. Rambutnya yang serabut dikemaskan semula.

"Itulah kamu. Dari dulu suruh cari kerja yang senang sikit tak mahu. Nak juga berniaga sendiri. Sekarang nak cuti pun terganggu. Tak apalah. Rezeki kamu. Bukan senang nak bina perniagaan besar macam tu." Ujar Pak Ngah sambil tersenyum.

"Abang haji! Mari ler turun makan. Semua dah siap ni." Kedengaran Mak Ngah memanggil dari dapur.

"Hah, iyalah. Sekejap. Abang kejutkan si Ikram ni." Jawabnya lembut.

"Dah, jom. Kita makan dulu. Pak Ngah pun belum berkenalan dengan bakal menantu Pak Ngah tu." Orang tua itu tergelak kecil. Bahu Ikram Benjamin diusap lembut.

"Hmm...bakal menantu ya? Hehe. Ada didapur. Pak Ngah turun dulu ya. Ikram nak salin baju." Dia tersipu malu. Senyumannya masih meleret. Mana boleh disangkal hati yang sedang berbahagia. Dia bangun dari sofa menuju ke bilik. Manakala, Pak Ngah sudah turun ke dapur.
-----
"Alhamdulillah, banyak rezeki hari ni. Dahlia masak ya?" Ujar Mak Ngah ramah. Tangannya mencedok sesudu daging salai masak lemak cili padi dan diletakkan pada pinggan Pak Ngah. Kuah pekatnya boleh membuatkan sesiapa saja yang memandang pasti kecur air liur.

"Eh, bukanlah Mak Ngah. Yang itu Mak Wan yang masak. Dahlia cuma tolong sikit saja." Anggun Dahlia tersengih malu. Dia meneruskan suapannya.

"Mana ada si Dahlia tolong sikit. Itu hah kerabu sotong, ikan bawal goreng berempah dengan sambal belacan Dahlia yang masak. Wan dapatlah berehat sikit hari ni. Ada chef baru." Mak Wan melorek segaris senyuman.

"Alahai, sepatutnya tetamu kena duduk. Bukannya terus masuk ke dapur. Belum jadi menantu lagi dah kena memasak ya? Haha." Pak Ngah sempat menambah perasa dalam gurauan Mak Wan. Apa lagi, merah padam muka Anggun Dahlia menahan malu.

Ketika itu, matanya bertembung pandang dengan Ikram Benjamin. Lelaki itu sedang merenungnya. Terus saja matanya dikenyitkan buat Anggun Dahlia. Sebelum dia meneruskan suapannya.

Semakin bertambah merah kulit muka Anggun Dahlia menahan malu. Haih, tolonglah jangan berpakat mahu mengusiknya hari ini. Mahu saja dia menekap mukanya dipinggan yang berisi nasi itu. Biar tiada orang yang melihat mukanya menahan malu.

Usai makan tengah hari, mereka berkumpul diruang tamu. Mungkin sedang berbincang mengenai majlis untuk Ikram Benjamin dan Anggun Dahlia.

Tetapi lain pula dengan Anggun Dahlia. Dia mengambil peluang itu untuk bersendirian didapur. Dia mencuci pinggan yang telah digunakan tadi. Mulutnya juga diselangi dengan irama kecil. Adat duduk dirumah orang haruslah meringankan tulang.

Tanpa sedar ada seseorang dibelakangnya. Dia membuka aplikasi kamera di telefon bimbitnya.

Klik! Klik!

Beberapa keping foto Anggun Dahlia tersimpan kemas diruang galeri. Dia menarik senyum puas. Dia merapati perempuan itu yang masih lagi leka dengan kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience