18

Romance Completed 63993

Nice, France – 6 pagi

Pintu bilik hotel dibuka dari luar.

Dia melangkah masuk.

Kasut sukan hitam ditanggalkan dari kaki. Begitu juga dengan stoking.

Kemudian sepasang kasut sukan itu diletakkan didalam almari kasut.

Setelah itu, dia menuju ke bilik air.

Automatik lampu bilik air terbuka sendiri.

Ikram Benjamin berdiri dihadapan cermin besar.

Tangan diletakkan dibawah paip.

Air dingin mengalir ditangannya.

Terus saja dia membasuh muka. Kemudian, tangannya beralih pada pencuci muka.

Selesai mencuci muka, serum dan toner ditekap lembut pada kulit mukanya.

Siapa kata lelaki tidak memerlukan penjagaan muka?

Setiap apa yang Allah anugerahkan haruslah dijaga dengan baik.

Itu prinsip hidupnya.

Selagi benda itu tidak menyusahkan dirinya, dia pasti akan buat.

Sisa air dimuka diseka.

Dia menarik senyum puas. Rambut yang terjuntai didahi diselak ke atas.

Dia segera membersihkan diri.

Elok saja dia melangkah keluar dari bilik air, telefon bimbitnya berbunyi.

Bzzz!

Telefon yang sedang dicas diatas meja diambil.

Melihat gerangan yang memanggilnya.

Brasier.

Dia menyentuh skrin. Menjawab panggilan itu.

"Morning bro! Awal pagi dah call aku. Ada apa call aku? Rindu ke?"

Dia tersengih sendiri dengan gurauan itu.

"Ceh! Tak kuasa aku nak rindu kau. Aku nak inform dekat kau. Bos tak sihat. Lembik aje aku tengok dia pagi tadi. Selalunya mulut dia macam popcorn. Ada aje benda tak kena. Tapi hari ni senyap macam orang bisu. Buat kerja pun lambat. Banyak termenung. Ke....kau orang bergaduh ni? Hah?!"

Dia menggertak Ikram Benjamin.

Tetapi yang ada, lelaki itu mengeluh berat.

"Kenapa bagi tahu aku? Kau kan ada. Tolong tengokkan bos. Jangan sibuk dekat kitchen aje. Nanti dia meroyan seorang dekat office, bukan kau tahu pun."

Dia mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Meroyan apa? Dia tu kahwin pun belum."

Sekali lagi dia tersengih. Kelakar pula ayatnya.

Apa kaitannya meroyan dengan perkahwinan?

Mestilah ada kaitan.

Meroyan itu biasanya akan dikaitkan dengan ibu yang dalam berpantang.

Tetapi Anggun Dahlia itu...ah, was-was pula dia meroyan atas sebab apa.

Kini dia menghamburkan tawa sendiri sambil mengeringkan rambut.

"Yang kau ketawa kenapa? Tak lawaklah."

Bidas Brasier geram. Jika sahabatnya itu ada disitu, sudah pasti sebuah penumbuk mengenai pipinya.

"Alaa, ketawa pun tak boleh. Habis tu, kau call aku nak suruh aku buat apa ni? Aku bukannya suami dia yang nak kena jaga setiap masa. Dia dah besar. Pandailah dia. Huh."

Menyampah bila dikenang perempuan itu.

Geram!

Susah betul mahu memujuk hatinya. Bukannya susah pun. Hanya perlu membalas semula cintanya. Mudahkan?

Itulah. Dia sudah cakap berkali-kali. Perempuan memang suka menyusahkan diri sendiri. Benda mudah pun tidak boleh diiurus dengan baik.

"Oh! Kura-kura dalam perahu, dia buat-buat tak tahu ya? Tak apa, tak apa. Aku cuma nak tolong aje. Jangan ingat aku tak tahu. Aku dah tolong kau jagakan dia dekat sini. Tapi aku tak boleh jamin kalau ada orang lain kebas dia dari kau. He..he."

Brasier senyum sinis. Susah kalau bercakap dengan orang ego. Masing-masing tak mahu mengaku salah sendiri.

Habis itu siapa yang mahu mengaku salah? Dia? Ada eloknya cerita ini cerita dia. Bukan cerita Ikram Benjamin dan Anggun Dahlia.

"Kenapa pula kau cakap macam tu?"

Ikram Benjamin tidak senang hati. Rasa ingin tahu membuak-buak.

"Yalah! Kau ingat bos tu tak ada orang yang minat ke? Sebelum ni ada saja lelaki beratur nak mengurat dia. Kau aje yang tak ambil tahu."

Ikram Benjamin membetulkan duduknya. Tangannya mengepal penumbuk.

Rahangnya bergerak-gerak menahan geram.

"Brasier. Kau call aku ni, tak ada kerja ke? Rasanya banyak kerja aku yang kau kena buat dekat sana."

Dia mendengus geram.

Tunggulah nanti, balik saja Malaysia pasti lelaki itu akan dicampaknya ke lombong. Suka sangat menyakitkan hati orang.

"Kau jangan cuba nak tukar topik, Ben. Takkan kau cemburu? Masih tak nak mengaku lagilah ni? Hahaha. Ya. Aku tahulah. Jangan risau. Aku kan bijak. Semua kerja boleh settle dalam seminit."

Ikram Benjamin tersengih. Dahinya digaru. Susah kalau ada kawan yang cepat tangkap.

"Bro, jangan biarkan bos lepas macam tu aje. Aku risau nanti bila kau balik sini, kau yang menangis tepi dapur gas aku. Memang masa tu aku masak sambil menyanyi lagu ghazal ajelah! Hahaha."

Dihujung talian, Brasier melepaskan ketawa besar.

"Hoi, apek! Kau tahu juga lagu ghazal ya?"

Akhirnya terlepas juga tawa yang ditahan tadi. Gara-gara melayan otak Brasier.

"Come on! That is my favourite song meh! Ok, dude. I have got to go. Anything, roger aku. Chow!"

Selesai berpamitan, dia menapak ke koridor.

Angin pagi itu sejuk. Sekarang di Perancis musim luruh. Jadi, suasana berangin sedikit melunturkan kerisauan hatinya.

Dia memejamkan mata sambil menikmati angin pagi itu. Tenang seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience